Wednesday, July 24, 2013

Tentang Raya

Assalamualaikum,

Insyaallah raya nanti balik kampung. Kali ketiga tahun ni balik kampung. Banyak duit??!! Hohoho.. tengah fenin jugak ni mana nak korek haha.. Tak plan pun nak balik sebenarnya. Aku pun ok je kalau tak balik sebab dah dua kali balik tahun ni. Tapi hubby laa.. last minute, apply jugak waran. Bos bagi cuti katanya... Insyallah will fly home on 5th Aug. Tertakluk pada perubahan..

Raya tahun ni, kat Besut. 

Baju raya? Err belum beli. Pakai baju lama jelah, aci dop?

Shaheem dah ada baju melayu sepasang, siap sampin bagai hehe.. GB dengan geng mommy gojes. Kaler hijauuu.. Ya, hubs yang request nak tema kaler hijau tahun ni. Katanya sempena PAS kekal di Kelantan PRU-13 haritu. Apekah?? haha.. Whatever lah.. Plan nak cari t-shirt pulak. Seluar pakai yang mana ada. Cheapskate punye mak. Maafla sayang, mama tak kerja.... Kalau mama kerja memang mama shopping sakan untuk Shaheem, sayang mama... Mama bagi yang mama mampu jelah ye huu *sedih*

Tak buat persiapan sangat untuk raya kali ni. Sambut ala kadar saja lah.. Yang penting dapat balik kampung, bertemu mata dengan ahli keluarga yang amat dirindui...

Saif Shaheem 16 months old
Budak banyak akal!

Eh eh aku kan, sebagai persiapan untuk raya jugakla kira ni hehe tengah pakai satu facial product baru.. Product ni tak famous sangat di Facebook hehe.. Start pakai hari first puasa, so dah 15 hari aku pakai. Ermmm rasa macam kulit muka aku dah ok sikit compared dulu. Dulu rasa berkerak je muka haha, but now rasa soft and smooth je. Suke suke.. Aku nak try pakai for a month dulu..  Nanti aku reveal product nye ya :D

Harini, dah hari ke-15 berpuasa. How time flies......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...