Wednesday, July 3, 2013

Puding Koktail Berjagung

Assalamualaikum,

Ini aktiviti Sabtu lepas. Husband pergi autoshow motor. Aku kat rumah makan jela haha.. Takde takde, aku buat ni untuk husband tercinta jugakla ni.. Dia suka dessert macam ni..

Resepi daku ambil dari Ciknaa.. Senang banget! Tapi aku lampi ya ampunn.. susahnya nak digest cara pembuatan tu dalam otak. Asyikla dok pm Ciknaa, tanya macamana macamana hahaha.. Maap Ciknaa! Dan terima kasih sebab bersabar dengan kerenah saya huhu..

Bahan-bahan membuat puding ni mudah dan murah je puan-puan hehe

Bahan untuk kuah:

Susu cair - aku guna setin je sebab kat rumah ada setin jah
Susu pekat - aku guna sikit je, dalam suku tin pastu bancuh dengan air
Esen vanila - satu sudu cukup!

Bahan untuk puding kastard:

Tepung kastard 1 cawan
Gula setengah cawan
4 cawan air

Bahan untuk dimasukkan ke dalam kuah selain puding kastard:

1 tin jagung krim
1 tin koktail buah (tos air, amik buah saje)
Sumi

Cara-cara:

1. Mula-mula, masak kuah. Tuang semua bahan untuk kuah tu ke dalam periuk.
2. Masak atas dapur dengan api yang kecil. Kacau-kacau sentiasa sebab tak mau susu melekat kat dasar periuk dan tak mau hangit juga..
3. Agak-agak dah menggelegak sikit, tutup api. Ketepikan dan biar dia sejuk
4. Puding kastard pulak. Tuang jugak bahan untuk buat puding tu ke dalam periuk. Masak dengan api yang kecil dan kacau-kacau..
5. Kastard tu nanti dia akan jadi pekat.. Agak-agak dah betul-betul pekat, tutup api.
6. Tuang kastard tu dalam acuan dan biar dia sejuk dan keras
7. Kuah dah sejuk bolehla bubuh setin jagung krim, setin koktail buah dan sumi... Puding kastard tu bila dia dah keras, potong potong masukkan jugak dalam kuah..
8. Sejukkan dalam peti ais.
9. Makan sejuk-sejuk.
10. Sedap!

Tadaaaa
Gambar blur pulokk.. 
Ni sebelum masuk fridge. Bila masuk fridge dia dah sejuk, kuah macam pekat-pekat sikit.
Yummy in the tummy!!


Korang boleh jugak rujuk resepi kat entry cik naa ni.. Thank you Cik Naa for sharing hehe..

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. haaa.. nanti tepek gambar. nak tengok amal nyer.. hihi.

    ReplyDelete
  2. slruppp..teringat ingat lagi makan masa besday anak dara ekin jamal ari tuh..adussss...time panas2 sedap ni..

    ReplyDelete
  3. sumi jeli ko dalam tu wani...sedaknyo napok.hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...