Saturday, July 6, 2013

Mandi Sungai!

Assalamualaikum,

Ahad lepas, jiran aku whatsapp (ececece dah pandai whatsapp whatsapp dah sekaranggg) ajak berkelah kat Taman Rekreasi Motung-Lotung. Dia kata aku just bawak diri je. Makanan makanan semua dah diuruskan. Dia goreng mihun dan nasik. Ayam untuk barbecue anak buah husband dia dah setelkan. Bagus kan jiranku. Tu sayang tu haha.. Aku ajak hubby. Dia setuju. Setuju tu kesnya dia rasa ralat sebenarnya tu haha.. At first kitorang plan nak pegi Pulau Sapi dengan beberapa orang kawan dia. Tak tahu kenapa, tiba-tiba tak jadi. Dia rasa ralatla sebab dia dah janji dengan aku, Sabtu dia keluar dengan geng motor, so Ahad dia akan bawak aku & Shaheem jalan-jalan. Nasib baiklaaa jiran ajak pegi berkelah pulak kan. Bolehla ganti nak pergi pulau tu...

Actually ni kali kedua aku pegi tempat ni.. Dulu pegi masa pregnant. Aaa boleh baca entry ini..

Pegi kali ni sangat mencabarla kan sebab dah ada Shaheem! Aku risau jugak takut dia melasak kat sana. And yes, memang dia sangat lasak pun ok. Adui, penat tauu.. 

Bawak masuk dalam air, fuhhh kemain suka dia. Muka serius manjang tapi syok berendam. Angkat je nangis. Sampai kecut-kecut jari tu. Aku tak pernah bawak dia mandi sungai mahupun swimming pool. Ni first timela dia berendam. Sejuk lagi tu air. Tapi dia relax je. Tu aku musykil tu. Kalau kat rumah, kemain lagi meraung bila mandi. Tapii.. masuk dalam air sungai senyapppppp je. Musykil musykil...

Kitorang gerak puul 8 pagi. So Shaheem aku kejutkan awal lagi. Pukul 7 dah bangun. Eh punyela liat nak bangun. Aku kejutkan dia cakap nak pegi sekolah haha.. Dia punye menggeliat pastu sambung tido. Shaheem selalu bangun pukul 9, 10 pagi. Tu yang payah tu huhuhu...

Walaupun semua makanan jiran aku dah sediakan, kitorang amik inisiatif untuk bawak jugak sesuatu. Husband beli keropok, air oren mirinda dan ais kat petronas. Okla tu kan, daripada datang melenggang. Segan jugak aku..

Layan gambar lah ye :D







Ada gambar dalam air je. Atas darat aku tak sempat nak amik amik gambar. Sebabnya cik Shaheem tak duduk diam! Ya Allah, dia nak berjalan sendiri tu yang geram. Jalan dahla tak stabil lagi. Pastu kat situ banyak batu besar-besar. Au risau takut dia tersadung tersepak batu tu huhu.. Orang nak pegang tangan tak bagi.. Keje aku memantau dia jela haritu.. Makan pun dan tak dan je. Eh tapikan haritu, dalam sempat tak sempat aku melantak ayam barbecue sampai 5 ketul kot hahahaha.. Sedappp sangat. Pandai budak tu perap ayam. Memang lain dari yang lain. Budak laki tauuu.. Nanti nak mintak resepi huhu. Sedap sedap. Husband aku dah balik rumah pun dok teringat-ingat lagi kesedapan ayam tu haha..

Kitorang balik dalam pukul 2 petang. Masa tu hujan renyai-renyai. Shaheem tido dalam kereta sampaila kat rumah. Dah sampai rumah dia terjaga. Aku masa tu dah kepenatan gile. Memang tak larat nak layan huhu.. Terbongkang aku tido depan mata. Huh penat penat...

Tapi serius enjoyla pegi sana. Suka tengok Shaheem happy. Alhamdulillah Shaheem takde demam ke ape walaupun berendam dalam air sejuk. 

Insyaallah ada masa akan pergi lagi :)



3 comments:

  1. Sakan shaheem ek..kemain lagi mandi kt sungai no..hehe

    ReplyDelete
  2. Shaheem lawa car seat kamu hehhee....best kan berkelah....yippiiiii :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...