Monday, July 8, 2013

Makan Besar di Gayang Seafood Restaurant

Assalamualaikum,

Semalam hubby dengan bermurah hati bawak aku makan seafood kat restoran nih. Huahuahua.. murah hati btul.. sebabnya orang kata makan kat sini bleh tahan jugakla harganya Makan besar sekali sekala apa salahnya. Aku bawak diri dan bawak perut je. Hubby kena bawak duit haha..

Tujuan makan besar takde pape.. Saja untuk mengenyangkan perut. No specific occasion. Anniversary dah lepas. Besday aku lambat lagi. Besday dia lagi lambat hehe.. Selalu dok dengar je orang cerita pasal Gayang Seafood ni. So kitorang pun nak jugakla try makan sekali..

Oh ye, restoran ni letaknya di Tuaran. Tak jauh dari umah aku..

Aku sebenarnye nak makan ketam tapi alangkah sedihnya, ketam abes. Huwaaa.. Takpelah, jimat sikit duit haha..

Kitorang order makanan-makanan ini.. Makan 2 orang saja. Shaheem makan biskut :D



Belut masak pedas ( Aku tak pernah makan tapi semalam try sekeping dua, ok ok jela huhu)
Ikan tilapia masak stim nyonya (eh ape tah namanye haha.. tp ada nyonya2 laa. Ikan tilapia tu paling muroh ehe)


Sup pulut ikan. Sedap! Rasa macam shark fin soup. Yumssss..

Sotong celup tepung

Oh air, aku minum jus tembikai, husband teh 0 panas. Dan kitorang request air kosong, naahhh sejag dia bagi. Memangla tak abes minum...


Total?




Ehehehehe.. okla tu. Yang penting makan kenyang. Sampai sendat haa seluar. Hubby lagilah, balik rumah terus tersandar atas kerusi. Kekenyangan. Aku pegang perut dia keras gile hahaha.. Tu pun semalam sotong terpaksa tapau sebab tak mampu dah nak habiskan.. Ada lagi dalam peti ais tuh.. Buat makan dinner malam ni lah :D

Thanks Mr Pumpkin! Saranghaeeee hehehe..

Ni dok bergomol dengan Shaheem atas sofa. Masa ni baru balik. Encik husben takleh bergerak sebab kenyang haha..


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...