Monday, July 15, 2013

Kesian Anak Mama :(

Assalamualaikum,

Abah Shaheem ada training kungfu malam ni. Jadi tinggal mama dan Shaheem jela kat rumah.
Alkisah tadi tiba-tiba perutku memulas. Haih nasik kerabu punya pasal kah? (Tadi berbuka dengan nasik kerabu walaupunnn.. daku tak puasa muehehe)
Sakit oh perutku. Nak kena masuk bilik air nih. Tapi Saif Shaheem sorang-sorang kat luar ni macamana...
Shaheem tengah syok main kete. Aku cakap dengan dia, "Shaheem, mama masuk bilik air jap tau. Shaheem main kat luar tau.." Dia balas balik dengan bebelan bahasa Arabnye..
Aku cepat-cepat masuk bilik air. Pintu kututup slow slow. Rasanya Shaheem tak sedar pun aku masuk bilik air.
Dok lama, aku dengar, "maa.. maa.." kat luar. Huwaa Shaheem dah mencari. Aku diam seribu bahasa.
Pastu dengar dia berlari dari bilik ke ruang tamu kot..
Aku bukak paip air. Shaheem dengar. Dia datang ketuk pintu bilik air sambil panggil, "mama.. maa maa..."
Huuu mama tak sudah lagi ni nak oiii..
Bertalu-talu dia ketuk pintu. Aku cakap,"kejap ehhh... jap lagi mama keluar... Shaheem main car kat luar jap ehh..."
Pastu senyap. Mana tah dia pergi.. Aku dah cuak. Haishh mana Shaheem pegi nihh..
Cepat-cepatla setelkan 'keje'....
Dok kejap bunyi krukk krikk krukk krikk kat tombol pintu.
Aku dah siap dah time tu.. Bukak pintu, ta daaa cik Shaheem ada depan pintu and cuba teka apa dia buat. Dia dok try nak bukak pintu tombol tu dengan kunci grill! Ya Allah kesiannya anakkuuu huhu.. Usaha ni nak bukak pintu sebab mama tak bukak bila dia ketuk.
I am so sorry my dear! Mama tak pegi mana pun huhu..

Cerdiknye dia pegi amik kunci yang ada kat atas meja. Usaha untuk bukak pintu. Adeh kesian pulak rasa.

Lepas ni mama tahan sampai abah balikla eh huhuhu...

6 comments:

  1. Pandai shaheem!!!
    Kita kt rumah pun cmtu. Klu nk "kerja" kena tgu ada org lain.. klu x menyanyi la sorg2..

    ReplyDelete
  2. shaheem nak tlg mama..mama trkunci dlm toilet ktenye..haha

    ReplyDelete
  3. hehe...anis dah biasa amal coz duk berdua aje dgn airis kan...

    kdg2 dia bosan ketuk pintu dia pegi depan main sorang2...

    kalau angin tak baik dia nangis la depan pintu tu smpi anis siap...huhu

    ReplyDelete
  4. Pandai dan cerdik betul adik shaheem nih...amik kunci nk buka tombol pintu...good job :)

    ReplyDelete
  5. good boy.... Briliant idea!... bby is the faster learner... they learn 1000 things by hours....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...