Tuesday, July 9, 2013

Kek Coklat Puding Karamel

Assalamualaikum,


Ini projek aku dengan puan jiran pada hari Sabtu lepas. Aku selalu buat kek ni dan bagi kat jiran-jiran. Tapi loyang aku kecik so tiap kali bagi memang sikit sorang jela dapat huhu.. Jiran aku cakap anak-anak dia suka dan selalu tak puas makan. Huhu kesian. So dia pun nakla buat sendiri. Dia mintak resepi aku bagila. Tapi dia kata 2 kali buat mesti tak jadi. Katanya puding karamel tu nanti akan kembang dan menutupi adunan coklat. So jadi tak cantik dan lembik katanya. Donno what went wrong dia pun ajakla aku ke rumah dia tolong tunjukkan caranya.. Ececece gaya macam aku terer je kan. Padahal aku pun bukan leh pakai sangat hahahaha..

Resepi ni aku amik kat Facebook. Page Buku Resepi kot. Lupe dah.. 

Bahan-bahan untuk puding karamel:
1 tin susu pekat manis
1 tin air
Telur 6 biji
Gula 5 sudu (utk karamel/gula hangus)

Bahan-bahan untuk adunan kek coklat:
Telur 2 biji
Gula 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Serbuk koko 1 cawan
Air 1 cawan
Gandum 2 cawan
Minyak masak 1 cawan
Soda bikarbonat 1 sudu besar

Cara-cara:

1. Mula-mula kita buat puding karamel dulu.
2. Karamel kan gula dalam loyang. Bubuh 5 sudu gula, bakar/goreng atas api. Sampaila dia hangit dan cair. 
3. Dah siap ketepikan dan biar dia sejuk. 
4. Pastu buat puding dia pulak. Masukkan 1 tin susu pekat manis, satu tin air, telur 6 biji dalam jag. Kacau-kacau hingga adunan tu cukup sebati.
5. Masukkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel yang dah sejuk tadi tu. 
6. Kukus selama 15 minit.
7. Bila puding dah agak keras, cakar-cakar bahagian atas dengan garpu.
8. Masukkan pula adunan coklat. Adunan coklat tu aku just mix guna blender sebab aku takde mixer. 
9. Sambung kukus selama 30 minit hingga sejam.
10. Kalau nak tau kek dah masak ke belum, blehla cucuk dengan lidi atau pisau. Kalau keluar bersih maknanya dah masakla tu.
11. Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk.
12. Dah sejuk baru masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkkan lagi hehe..
13. Dah sejuk baru keluarkan dari loyang tau. Sebab kalau keluarkan time panas, nanti puding karamel tu hancur. Daku pernah mengalaminya hahaha..

Nanti bila dah keluarkan dari loyang, puding karamel akan berada di atas, coklat kek kat bawah...



Eh kalau korang tak paham cara buat tu, tanya tau huhu.. Aku tak reti betul nak share share resepi ni.. Alkisah yang jiran aku buat asyik tak jadi tu sebab aku la yang salah bagi instruction hahaha.. Aku dah cakap ngn dia pudinag karamel tu guna susu setin. Tapi aku tak cakap susu cair ke pekat. Jiran aku buat dengan susu cair. Agaknye sebab tu lah puding tu macam kuran menjadi kekekeke.. 

Selamat mencuba ye...

Aku nak buat cheesekut tak buat-buat lagi. Geram tengok sume pakat dok buat. Tunggu tunggu. Kang dah jumpa cheese, dah beli aku buat laa :D


7 comments:

  1. nampak sedap, rasa mesti sedap sampai ke rumah jiran utk tunjuk ajar hehe

    ReplyDelete
  2. wahh kemain sedap kek amal..mila pun lom buat lg cheesekut, enth bila nk buat.

    ReplyDelete
  3. Kukus kat umah mentua. Dah sethun dah kat situ. Nak amik balik segan. Kah3

    ReplyDelete
  4. sgt2 yummy...sy plan nk buat raya nnti..tp resepi yg sy dpt agk byk bhn2..

    ReplyDelete
  5. ahhh sedap! one of my fav ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...