Thursday, June 6, 2013

Shaheem yang Suka Masukkan Barang dalam Mulut

Assalamualaikum,

Al Saif Al Shaheem kan kan.. suka betul masukkan bendasing dalam mulut! Aku geram sungguhlaaa... Dia pantang nampak benda, tak kira besar kecik, dapat je kat tangan, ngapppp masuk mulut. Kekadang dia gonggong benda tu dengan gigi. Takde keje kannn... Kalo barang besar-besar ni aku ok la lagi walaupun hangin jugak. Kalau benda kecik-kecik tu yang buat aku risau. Risau takut dia tercekik! Allah, mintak jauhla. Lindungila anakku daripada kejadian-kejadian serupa itu.

Yang paling teruk dia pernah kunyah anak lipas. Pastu kat kampung dia penah makan kumbang. Sampai muntah-muntah tapi takdenye dia serik. Kalau jumpa habuk ke rambut ke ape-ape jelah atas lantai, sepantas kilat dia kutip pastu masukkan dalam mulut tu. Kalau aku ternampak bolehla aku marah-marah dan halang dia daripada makan. Kalau aku tak nampak? Aku risau sangat takut dia sakit perut dok makan benda-benda ngarut :(

Makan kertas!! Favourite tuh.
Kalo dapat duit kertas tu memang dia kunyah-kunyah sampai basah lencun.
Nasib material duit sekarang dari polimer, tak mudah koyak.
Kalau takkkk... hmmm
Oh, duit syiling memang aku tak simpan dalam purse. Akan make sure tak tercapai pun dek Shaheem kalau ada. Bahaya woo.. Dia main masuk je, bukan tau ape huhu

Ni tengah makan ape pun tak taula ni
Eh gambar lama ni. Rambut pendek haha.. Sekarang rambut panjang hampir tutup mata dah

Haa.. container storage rack dia pun dia kokak jugak. Lapar sangat ke???

Ni style mengonggong. Kang nanti dia gonggong je blocks tu ke mana-mana
Alahai anak, ape pesen ni...

Toys dia tu semua aku rasa ada DNA air liur dia tu. Semua dah selamat digigit, dikulum. 

Peristiwa terbaru, dia dok main ambulans mainan yang abah dia beli.. Kat tayar ambulans tu ada rim. Senang pulakla rim tu tercabut. Almaklum mainan tak berapa nak mahal kan. Dah tercabut tu takpela, apa boleh buat. Yang tak tahannya cik Shaheem ni la. Pegi masukkan rim tu dalam mulut. The whole thing tau! Ya Allah aku punye terkejut cepat-cepat korek mulut dia. Menangis pun menangislaa.. Dah ke dalam dah rim tu. Aku menjerit-jerit jugak time tu. Bila dah berjaya keluarkan, pokkkkkkk montot dia sedass.. Haa geramnya mama! Aku membebel berbakul-bakul. Tapi Shaheem buat muka relax je. Muka innocent habis macam takde ape berlaku. Allahuakbar anak. Kamu benar-benar menguji mama huhu.. Nangis tak berlagula mama kalau apa-apa jadi kat sayang mama ni :'(


Risau betull aku.. Memang takleh tinggalkan Shaheem berseorangan. Nanti tah pape dia jumpa dia masukkan dalam mulut. Risau tau tak! Macamana nak bagi stop ni huhuhu.. Aku cari dalam Baby Center pasal ni, and ada sorang doktor ni jawab persoalan tentang anak yang suka masukkan barang dalam mulut. Oh rupanya bukan anak aku sorang jela ye huhu..



Why does my baby put everything in her mouth?

Your baby's mouth has more nerve endings per square millimetre than any other part of her body, so if she really wants to find out what something tastes or feels like, she puts it in her mouth. If you don't want something to go into your baby's mouth, don't leave it where she can get hold of it. 

Babies go on putting things in their mouths well into their second year -- although it's because they become increasingly interested in what their toys can do, rather than what they taste or feel like. But at that age they start to explore using their fingers and eyes most of the time. Toy manufacturers specify that certain toys are not for children under three years old because they contain small parts which could stick in your baby's throat if swallowed. By three, most children have stopped putting toys into their mouths. 

On the other hand, many babies like to add to what they know about the food they eat and the liquids they drink by examining them with their hands as well. Many babies like to let their fingers puddle in their juice or enjoy the feeling of pasta squished between their palms. 

Babies often mouth toys more when a new tooth is just breaking through the gum. The mouthing is also accompanied by drooling and generally being off colour -- it's painful pushing a tooth through. Some babies get looser stools and a sore bottom too. 

Reviewed by Dr Winston Yong Sin Chuen, a former associate professor at Universiti Kebangsaan Malaysia, and now a consultant paediatrician in private practice in the Klang Valley


Adehh, umur 3 tahun baru stop eh? Aiyarkkkk lambat lagila. Nampaknya mama kena bertahan dan terus pantau lah ye huhuhu... Pasal nak tumbuh gigi tu mungkin betulla sebab Shaheem memang ada 2 gigi geraham yang tengah nak keluar. Agaknya dia gatal gusi tu yang abes benda dia nak gigit gigit.. 

Ragam anak membesar, macam-macam! Sekarang baru ku tahu macamana mak handle anak-anak dulu. Huu rindu mak!

8 comments:

  1. Anak2 akk pun ada yg gini..tp bila dh ada anak 4 ni tak hingat yg mana suka.bwk.masuk brg dlm mulut..ngee..

    ReplyDelete
  2. try potong halia halus2 then campak atas lantai yg dh bersih biar dia kutip n gigit....kot2 la serik...heee....

    ReplyDelete
  3. Kita serupa lah mommy shaheem...umi QI pun dok pening kepala si QI pun mengutip macam2...haaaaaaa umur 3 thn baru berhentiii hohhh kna byk sabar nih :)

    ReplyDelete
  4. mmg budak gitu kot amal.. afiq penah mkn taik tikus! nasib baru je ceceh dlm mulut papa dia perasan.. hoho.

    ReplyDelete
  5. sme la macam Daaliyaa....ape yg dia nmpk terus masuk mulut...geram jer...lagi marah lagi dia masukkan...tp kalu dgn ayah dia, tegur sekali jer, terus kasi kat ayah...hohoho

    ReplyDelete
  6. azrine
    haha anak dah ramai xtau mana satu ye kak. tp pokoknya mesti ada yg suka masukkan barang dlm mulut kan

    achiek anis
    haa jiran amal pun ada suruh buat mcm tu. tp x terbuat hehe

    jue
    qi pun sama yaa.. haihla, kita tunggula sampai dia umo 3thn ye huhu

    ciknaa
    haaaaa taik tikusss??? afiqqq! huhu..

    mrs zaidi
    heheh daaliya takut ayah ehh hehe

    ReplyDelete
  7. ahaa...ade jugak geng irdina..irdina suka kutip telur lipas.huhuh.dah penat marah..mcm shahem jugak die suka kunyah2 duit kertas.pantang jumpa..

    mcm2 petua dah try. tabur halia la, tabur cili kering tapi selambe je dia kutip isap cam gula2..haih la anak....harap2 nak masuk 3 tahun nnti stop la tabiat tu.

    ReplyDelete
  8. nadiya
    haa mari sep2 sikit. sama ye anak kita. irdina algi dasyat hisap cili kering mcm hisap gula2 ahaha.. aduhai anak. bersabarlah kita huhu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...