Saturday, June 1, 2013

Shaheem & Kenit

Assalamualaikum,

Kenit ni kesayangan family aku. Asalnya pendatang tanpa izin. Entah dari mana datang. Orang buang maybe. Masa dia mula-mula datang rumah aku dulu, dia kecik dan kurus. Sebab tu kitorang panggil dia Kenit. Adik aku jaga. Ayah aku jaga. Bagi makan, bagi minum. Bagi kasih sayang secukupnya. Sekarang Kenit dah jadi gemuk gedempol. Tapi kitorang masih panggil dia Kenit hehehe

Ni Kenit masa kecik
Eh Kenit kucing berbulu tu tau.
Yang pakai tudung tu adik aku. Dia dari kecik gemuk gedempol. Tak penah jadi kenit haha
Jangan marah haa Dila Milin :P


Ni Kenit sekarang..

Not so Kenit anymore huh? :P

Anyway, nak cite pasal Shaheem dengan Kenit. Shaheem first meet up dengan Kenit masa balik bulan 3 yang lepas. Masa tu aku tak bagi dia dekat sangat dengan Kenit sebab bulu kan.. Balik bulan 5 haritu, Shaheem dah besar, aku dah tak boleh nak halang dia dah huahua.. Lagi aku bawak lari dia dari Kenit lagi mengamuk dia haaa.. Si Kenit tu pulak manja betul dengan Shaheem. Shaheem pulak tak takut! In fact dia sangat sukakan kucing! Aduiyaiii.... But still aku pantau pantau jugakla time Shaheem dok main dengan Kenit. Make sure takde bulu melekat dan cepat-cepat basuh tangan dia kalau dia pegang Kenit. 

Shaheem tengah tido time ni. Kenit tetiba masuk bilik dan baring dekat Shaheem.
Shaheem maybe terasa bulu-bulu dekat kaki terus dakap dengan kaki hehe.. Uii besar sungguh Kenit ni.
Lebih kurang sama besar dengan Shaheem je kan..


Ada satu video Shaheem & Kenit yang adik aku capture. Memula Shaheem macam cuit-cuit Kenit. Pastu bleh pulak Kenit nak gigit dia.. Korang tengok aksi last Shaheem. Dia angkat-angkat jari macam warning Kenit haha.. Angkat jari tu style aku bila marah Shaheem. Oh my, kecik-kecik dah pandai tiru mama yeee...


3 comments:

  1. sihat walafiat tul c kenit... hehe, comey shaheem main ngn kenit =)

    ReplyDelete
  2. Kenittt sgt..hihi. Kekg jd bff la shaheem n kenit..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...