Monday, June 17, 2013

Shaheem 15 months' Checkup

Assalamualaikum,

Rabu lepas bawak Shaheem checkup umur 15 bulan. Dah 15 bulan anak mama ye... Alhamdulillah Shaheem sihat-sihat sokmo. Cuma kurang makan je huhu.. Sedih mama tau tengok Shaheem dah kurus berbanding dulu. Dia makan tu makan tapi takmau makan makanan berat. Nasik nasik memang dia selalu tolak la. Kalau makan pun just 2,3 suap. Itupun sikitttt je. Bukak mulut pun macam paksa-paksa. Kecik je bukak pun. Dia suka makan roti, keropok, biskut. Haa tu jela hari-hari. Rindu Shaheem yang bambam dulu huhu..

Anywayyyy, pegi klinik haritu sangatla menduga kesabaran hehe.. Sebabnya hasben aku ikut! haha.. Dia kan tak biasa menunggu lama, jadinye kurang sabar la sikit. Aku dah biasa dah. Memang dah tau KKIA Tuaran tu memang selalu macam tu. Orang sangat ramai. Kakitangan tak berapa nak ramai. Sistem pulak manual. So slow lah sikit.. Kitorang pergi pukul 9 pagi, 12 tengahari tak panggil-panggil lagi. Husband pun ape lagi kan, ngadu dengan nurse la dah tunggu lama.. Ada wajarnya jugakla husband aku tak boleh sabar. Kitorang kan datang just untuk checkup biasa, takde injection ke ape. So supposedly sekejap jela. Tapi dah nurse yang handle tempat kitorang ada dua je, kenala bersabar. Aku suggest macam ni, patutnya ada 3 orang nurse dalam satu bilik. 2 orang handle ibu mengandung sebab biasanya check ibu mengandung yang amik masa. Sorang lagi untuk check budak-budak je. Haa sure cepat je jalan.. Cadangan aku jela..

Satu lagi yang boleh menduga kesabarannya ialah cik Shaheem yang tak nak duk diam. Dukung sekejap pastu nak turun, jalan.. Terpaksala kita mengikut dia. Selalu kalau datang checkup semapt lagi dia tido masa menunggu giliran tu. Tapi kali ni tak pulak. Dah besar kan. Ralit dok tengok orang dan nak main sekali.. Nasib baikla husband ikut. Dia la yang dok tengok-tengok Shaheem...

Berat Shaheem naik 1kg je.. Sebelum ni 10kg, sekarang 11kg.
Tinggi naik banyak. Last masa datang umur setahun dulu, 70.5cm je. Sekarang dh 78cm. Shaheem ni memang meninggi je ni. Tak melebar...

Gigih kan mama Shaheem bawak anak checkup 15 bulan. Orang lain tak pegi pun. Biasala, mama Shaheem skema haha..

Next checkup bulan 9 nanti. Shaheem 18 bulan dan ada last injection untuk Shaheem. Agak-agaknye dia nangis tak nanti? Hihi.. Kita tungguuuuuu.....

Sebelum gerak kita amik gambar dulu
Mama je yang over sengeh. Anak eksyennn jek

Usha kete doktor

Bosan menunggu mama sempat snap gambar menu untuk kanak-kanak umur 1-3 tahun
Boleh try nih

Ni dah balik rumah. Sampai-sampai je dia dok silang kaki, terbongkok-bongkok. 
Buat ape tuu....

Ohh baca buku.. rajin anak mama. Sebijik macam mama! :P

3 comments:

  1. Comel tgk shaheem la...pandai dia berjalan...weeeee tang menu tuh cm best la...nk copy mommy amal bleh hehehe...mommy senyum meleret sweetttt :)

    ReplyDelete
  2. i kalau pegi KK pon tak menyabo, sbb tu tak pegi KK...haha
    yeayyy tinggi & berat shaheem lebih kurang ayish..hehe...membesar dgn sihat yer :)

    ReplyDelete
  3. eh abang shaheem rambut ada ekor laaa :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...