Monday, June 10, 2013

Puding Roti Karamel Coklat

Assalamualaikum,

Resepi dessert ni aku amik dari Facebook. Ala lupe pulak dari page mana.. Dah 2 kali aku buat. Tiap kali ada roti lebih yang dah nak expired aku mesti buat puding ni sebab senang yang amat hehehe..

Ni aku share kan resepinya. Maaf takde gambar tatacara kerja :P

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula (buat karamel)
6 keping roti (dikoyak-koyakkan)
3 biji telur (pukul dan tapis)
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus
2. Hanguskan gula dalam loyang (dah hangus letak tepi dulu, bagi sejuk)
3. Blender: Susu cair, susu pekat dan roti
4. Masukkan esen vanila, telur, tepung jagung dan terus blender
5. Ambil 1 1/2 cawan daripada adunan tadi dan kukus dengan gula hangus tadi
6. Baki adunan pula dicampur dengan serbuk koko
7. Setelah 15 minit, cakar permukaan puding yang dikukus tadi dan masukkan adunan coklat
8. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Nak tau masak ke tak, boleh cucuk garpu atau pisau pada puding. Kalau keluar bersih maknanya dah masakla tu
9. Tunggu puding sejuk baru terbalikkan

Hasilnya.......





Senang je kan bahan dan cara pembuatannya? Blender dan kukus je. Aku sukala sebab aku takde mixer atau oven hihi.. Dessert yang dimasak secara kukus selalu jadi pilihan aku..

Nanti bolehla buat time buka puasa bulan Ramadhan nanti :)

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. wow...nampak sedap dan simple..nnti sy nk try la..tq...

    ReplyDelete
  2. Tetiba suka sgt entry masak kek atau puding guna alat pengukus...haaaa nk copy bleh cm besttt :)

    ReplyDelete
  3. nom....nom..nom...sedapnye wanie... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...