Thursday, June 13, 2013

Oh No0ooo0ooo *Luahan Hati Tetengah Malam*

Oh noo oh nooo..

Eh, Assalamualaikum,

Haiyaaa hati aku sangat susah nihhh.. Dapat dua kejutan minggu ni. Semalam satu, pukul 10 tadi satu. Huwaaa..

Kejutan pertama:

Aku nih, tentibeeee la pulak kan ada nama sebagai AJK dalam B A K A T mewakili unit hasben aku. Aku pegi first meeting dulu. Tunjuk muka la kan.. Untuk menjaga air muka hasbenku.. Kena lantik sebagai AJK Pendidikan. Dan kalau unit perlukan bantuan untuk apa-apa aktiviti dia akan panggil je. Alkisahnya hari Isnin lepas kot dapatle sms kata ada meeting hari Selasa untuk aktiviti boling Sabtu ni. Aku buat donno je lepas dapat sms tu sebab dia cakap, puan DIGALAKKAN HADIR ke mesyuarat. Digalakkan je kan. Aku tak galak nak pegi jadi aku buat donno. Heh jahat. Tentibeeee hari Selasa malam dapat sms lagi. Kali ni katanya ada meeting lagi sekali pada hari Rabu dan kedatangan puan adalah WAJIB. Haaaa ni yang aku lemah nih.... Tak tido malam aku weh dok pikir nak pegi ke tak nak huhuhuhuhu... 

Akhirnya aku putuskan untuk pergi walaupun hati sangatla berat. Aku bukan ape. Aku tak retila haih nak bersosial nihh.. Lagipun aku tak kenal sape-sape. Semua senior. Semua orang lama. Aku kan baru. Err tak reti lahh! Kupergi jugakla semalam walau keletihan baru balik dari klinik checkup Shaheem yang sangat lamaa itu. Nanti aku cerita lain entry pasal checkup Shaheem. Dengan meredah hujannye ku drive sorang-sorang ke base. Gigih tak gigih tak?? Terpaksa pergi sendiri sebab Shaheem tido dan hujan selebat-lebatnya. Susah nak transfer Shaheem masuk kereta ape sume. Aku dah sentap gile dah bila hasben cakap, "yang, pergi sendirila eh meeting. Hujan ni. Shaheem tido. Bolehla abang tido sekali dengan Shaheem.." Haa ayat last tu buat aku sentap. Tak aci la kannn. Aku pun nak tidooo huhu.. Sebab sentap cecepat ku amik kunci kete dan blah. Dalam kete nangisss huwaaa.. Bodo pulak bila pikir-pikir balik heheheh *Sori abang, syg pergi tak tengok abang pun. Geramsss* Heh dia tau aku marah. Balik tu dia cakap, "abang tak tido pun, abang takleh lelap mata. Risau macamanala syg drive dalam hujan.." Heh yele yele :P Jarak rumah aku ke base agak jauh gakla.. Dalam 15 minit perjalanan. And please note ye, driver kat sini ganas-ganas huhu.. Aku cukup takut nak drive sendiri sebenarnye.. 

Okla, cut the story short. Masuk meeting aku banyak diam jela. Dah duduk diam, tetiba.. "ok alwani, since dah duduk sebelah emcee tu, hari sabtu ni awak jadi emcee la ye. Berpasangan dengan dia (emcee sedia ada). Kalau ada dua orang emcee mesti majlis lebih meriah"

OH NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!

Aku tak pernah jadi emcee wehhhh.. Abesla abeslaa abeslaaaaaa... Dahla aku tak kenal sape sape. Oh maiiiii... Nak nangis :'( Acaner ni wehhh... 

Kejutan kedua:

Harini kawan asben ajak pegi umah dia. Makan pengat pisang. Makcik (read: isteri) kawan abang tu memang rajin masak memasak. Aku ingat dia ajak aku ngan asben jela. Sekali pergi, ada dua tiga orang lagi kawan hasben dengan makcik masing-masing. Yang lelaki sembang kat beranda. Aku sembang depan tv dengan para isteri nih. Pastu makan-makan. Maghrib balik. Hasben pegi kungfu bla bla bla.. Dia balik pukul 10 tadi. Pastu nak kuar balik jumpa kawan. Sebelum kuar dia cakap, "oh ye, tadi abang sembang dengan kawan-kawan. Abang cakap kat dorang Ahad ni datang umah kita plak. Kita buat nasi dagang.."

OH NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!

Hadoilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... haritu memang buat nasi dagang tapi untuk makan 2 orang je. Pastu tak berapa nak menjadi sangat pun sebab aku first time buat. Ni nak buat sekali lagi dan nak jamu orang makan?? Adeiii... usap dada aku tadi.. Mana nak kemas rumah lagi (nampak sangat rumah bersepah hehe), mana nak masak lagi. Dahla Sabtu pegi main boling paksa rela. Oh tidakkk.. Nasi dagang bukan mudah. Kalo tak jadi macamana? huhuhuhu

Dasyatnya kejutan-kejutan yang kuterima ini.. Adehhhh *Usap Dada*


8 comments:

  1. Waaa klu yumie meroyan berbakul tang ns dagang tu.slp hb bleh tarik muke la.hahaha.tang emcee tu xpe lg bleh diredah.bab msk mkn rmai2 adlh pening.xpe amal,yumie yakin aal boleh.hihi chaiyokkk!!

    ReplyDelete
  2. Waaa klu yumie meroyan berbakul tang ns dagang tu.slp hb bleh tarik muke la.hahaha.tang emcee tu xpe lg bleh diredah.bab msk mkn rmai2 adlh pening.xpe amal,yumie yakin aal boleh.hihi chaiyokkk!!

    ReplyDelete
  3. Waaahhhh..dasat gak penangan perantau ni ye dak..adehhh..terkelu lidah membacanya..huhuhu..sabar byk2 ye amal..

    ReplyDelete
  4. Huhu..kalau mami asyraf maunya bersilat kot dgn asben tetiba wat kejutan macam tu..silap2 daku lari umah..hahahha..

    ReplyDelete
  5. Kalau daku
    Abg yg pndai2 wt kejutan, so abg masak la... Kita tgk lak dia terkejut ke x...hihi

    ReplyDelete
  6. Haahaha. Part emcee klo sy.. sy ckp je xnak.. hahaha.. n kalau part tb2 nsi dgg.. hahahahah.. bak kata leenda.. silap2 berkungfu ngn husb.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Bab jadi emcee tu kalau akk maunya buat2 pingssan kat situ..hahaha

    ReplyDelete
  8. oh, saya yang baca ni pun tumpang urut dada. memang buat nafas jadi semput kejutan gini. apa2 pun kena tempuhi jugak kan. semoga awak berjaya. pasti boleh. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...