Saturday, June 8, 2013

Nak Lipat Kain Pun Susah!

Assalamualaikum,

Heh apa je yang tak susah bila dah ada anak ni. Nak kencing berak laagila susah hahaha.. Takmau la cite pasal kesusahan yang itu kan. Aku nak cerita pasal susahnya aku nak lipat kain kalau Saif Shaheem tak tido. Haiyaa itu budak kan, memang tak boleh tengok benda bersusun. Aku elokkk je lipat pastu susun, berjam-jam lamanya, dia datang, tak sampai satu saat.... habiss habiss.. habis bersepah! Huhu mama mampu nangis je. Nak marah pun apa dia paham. Mama boleh membebel-bebel jela sambil kutip-kutip balik. Sambil lipat-lipat balik huhuhu..

Nak tunggu dia tido baru nak lipat kain susah jugak. Sebab time dia tido tu lah aku nak buat benda lain. Nak masak, nak ngemas rumah, nak sidai kain, nak itu nak ini. Kalau dalam masa dia tido tu nak buat semua keje rumah memang tak sempatla..







Itu dia aksi-aksi Shaheem mengacau aku lipat kain. Dari kecik sampaila ke besar huhuhu...

Apa solution yang aku amik? Haa jangan gelak eh. Baju yang aku lipat tu aku sorok bawah kain haha.. Aku kan wanita melayu terakhir. Dok rumah pakai kain batik 24 jam :P Jadinye lepas lipat tu, aku selit bawah kaki aku.. Tindih ngan kaki. Haa tak dapatla dia amik haha.. Bijak dak mama.. 

Sorok bawah peha yang besar :P

Cubaan nak amik kain yang dah dilipat
Nak amik jugak tu!

Frust menonggeng sebab tak dapat amik HAHAHAHA


Huu macam tu la kalau aku nak lipat kain. Memang berperang la dengan budak kecik ni.. 

Emm aku dok cakap susah susah ni bukanlah bermakna aku rasa ada anak ni menyusahkan. Tak pernah sekalipun timbul rasa menyusahkan tu. Semua kesusahan ni sebenarnya buat aku insaf sangat-sangat. Barula aku terfikir tentang mak aku. Macamana selama ni dia jaga kami 6 orang adik beradik. Banyaknya kesusahan yang dia terpaksa tempuhi untuk membesarkan anak-anak dia ni. Syukurlah Allah kurniakan aku anak. Allah nak aku rasa dan paham macamana mak aku jaga aku dulu...

Haritu kan, aku sembang dengan abang aku yang baru dapat anak sulung haritu. Abang aku tu umurnye dah 37 tahun. Ditakdirkan bertemu jodoh lewat sikit dan dapat anak pun lewat. Abang aku bercerita pasal betapa susahnya dia tengok kakak ipar aku nak melahirkan anak dia. Dengan sakitnya ape semua. Dia kata dia yang dok tunggu ni pun dah penat apatah lagi akak ipar aku yang dok sakit hampir 12 jam tu. Pastu nak teran tu lagila.. Pastu ada satu benda dia cakap ni buat aku rasa sebak sangat, " bila abe tengok kak Intan sakit macam tu buat abe teringat kat mak. Macam ni rupanya mak sakit dulu. Masa tu rasa macam nak balik rumah cepat-cepat, nak peluk mak... " Huu taip ni pun dah buat air mata aku bergenang. Abang aku ni masa muda belia dia baran sikit. Aku cukup takut dengan dia. Dia memang selalu buat mak aku nangis. Dia memang selalu gaduh dengan mak. So bila dia cakap macam tu, aku rasa terharu dan sebak sangat huhuhuhu.. 

Bila korang dah bergelar ibu atau bapa, masa tu lah baru korang akan paham betapa susahnya mak dan ayah korang nak besarkan korang. 

Insaf oke. Tak mau dah lawan cakap mak. 

Aduh rindu mak la pulak :(

5 comments:

  1. Kan...dan2 rindu mak ika juga...
    Kalo ika nak lipat kain kena bg baju 1 utk ammar lipat..br dia xkaco kain yg mama lipat tu.. :-)

    ReplyDelete
  2. Mmg..kadang2 bnda camni yg buat kita ingat blk pengorbanan mak kita..

    Comel je saif bila merajuk tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Eh, sama lah pulak.. sep sikit.. lipat pastu tindih/sorok dengan apa-apa bantal ke apa.. Hahaha...

    ReplyDelete
  4. hahahah..sama lah amal...ck pun kalo tgh lipat kain Safiyyah kacau, terus kepit bawah peha..hahahha

    ReplyDelete
  5. Haha budak2 mmg cmtu kn? Apa yg kita buat, itulah jugak yg dia buat..betollll bila dh ada anak ni rasa insaf sgt2, terus terfikir susahnya mak nk besarkn kita :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...