Monday, June 10, 2013

Menu Ahad: Nasi Ayam Special!

Assalamualaikum,

Cewaahhh special siap. Tang mana specialnya tak tau la sebab barangnye tak cukup haha..

Aku kan, dah cakap banyak kali dah dalam blog ni yang aku TAK RETI MASAK. Yes, aku tak main-main. Kalo masak kan, ada jeee tak kena. Mesti ada je hubby aku komen.. huahuahua.. Pedas-pedas lak tuh komennya. Layankan aje. Anggap komen tu inspirasi untuk buat lebih baik lain kali. Yo yo ooo jek kan bunyinye hehe..

Aku suka makan nasik ayam. Especially kalau mak yang buat. Kalau aku buat mesti tak jadi. ah tak reti kan. Tapi entah angin apa yang datang melanda, aku teringin nak buat nasi ayam yang betul-betul sedap punya! Gigihla mengoogle resepi dan terjumpala satu.. Dari blog Azie Kitchen: Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap. Haa kalo dah special dan sedap ni wajib cuba!

Hari Jumaat malam aku ajak hubby pergi pasaraya. Beli ayam dan bahan-bahan lain.. Cerdiknya aku masa beli tu, tak buat list. Banyak jugakla barang takde.. Grab yang ingat je. 

Semalam tengahari masak sambil bergelut dengan Shaheem.. Dahla nak kena siang ayam dulu sebab ayam kat sini jual sekor bulat tu. Kena potong sendiri. Haa berpeluh gakla.. Sebab aku tak reti weh nak potong ayam. Hampir-hampir nak hancur ayam aku kerjakan haha. Sabar jelah..

Tadaaaaa inilah hasilnya..

Sila lah terjah blog Azie Kitchen ye kalau nak salin resepinya. Memang sedap :)

Selalu aku masak simple je. Nasi tu just masak dengan air rebusan ayam. Tu je. Takde tumis-tumis ape-ape bahan. Patutla tak sedap aku masak selama ni haha..

Hubs tak kata ape. Sentap oke.. Aku yang tanya dia, "sedap tak bang?" "Sedapppp.." dia jawab.. Nak amik hatila tu. Makan malam ulang menu sama, aku masak nasik seperiuk, wajib habiskan haha.. Dia tanya, "ayam ni masak macamana?" Aku citela, rebus dulu, pastu perap dengan bawang putih, halia, kicap, sos tiram, buh garam gula sikit. Kenapa aku tanya dia..  Dia jawab, "tak sedaplaaaa.." Hapeeee menyirap jap darah huahua.. Pastu dia gelak. "Sedap sedap haha.." Ceh ikhlas ke tak ni. Susah betul dia nak puji masakan bini ni... 

Memang aku puas hati sangat-sangatlah dengan rasa nasi ayam ni :) Korang tryla ye..

Aku terlebih rajin semalam, buat dessert jugak hehe..

Puding Roti Coklat Karamel
Nanti aku share resepinya dalam entry lain ya
Jamu mata dulu hehe

4 comments:

  1. Fuyoooo...serius terliur..puding tu cpt2 la kongsi resepi ye..nk try buat

    ReplyDelete
  2. aduhaiiiii telan ailiooo lah tengok puding tu..cantik jer jadinyer..gulpp.. ;)

    ReplyDelete
  3. nak masak nasi ayam tp asik la tertangguh..

    ReplyDelete
  4. lagi 1 nk komen..pinggan amal lawo! boleh share tak beli kt mane? suke sesangat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...