Tuesday, June 25, 2013

Laksa Penang

Assalamualaikum,

Ini adalah pertama kali aku masak laksa penang. Diulangi dengan menaip huruf besar ye, PERTAMA KALI. Haha.. ada sedikit rasa proud di situ :P Kesiankan, orang lain dah lama pandai masak tapi aku baru terkedek-kedek..  Aku memang budak baru belajar. Dan aku belajar sendiri-sendiri je. Google la yang selalu membantu. Pastu tanya jiran dan kawan-kawan yang pandai masak ekeke.. Dan mak kat kampung!

Macamana boleh termasak laksa ni? Jiran aku laa.. Haritu dia ada bagi semangkuk. Peh sedappp.. Tak pernah aku makan sedap macam dia buat. Niat di hati nak mintak dia buat lagi haha.. Kuang asem jiran ni kan. Tapi segan, jadi aku cuba jaya la buat sendiri. Gigih beli barang kat pasar. Hubby siap warning, "mama beli beli ni jangan tak buat pulakk.." Haha dia pun dah masak dah dengan perangai aku yang selalu je hot hot chicken shit ni..

Disebabkan rasa tecabar dengan warning encik pumpkin tu, makanya hari Jumaat lepas aku pun berketang ketung la kat dapur.. Sesambil bersilat dengan cik Shaheem yang memang tak boleh tengok aku masuk dapur. Dia mesti sibuk nak masak jugak huhu.. 


Hasil air tangankuuuu...
Wahh serius rasa bangga muahaha.. Cite kat mak sure mak bangga gak nihh. 
Untuk hiasan just ada telur, bawang, limau kasturi & cili padi je. Ok le tuu yang penting kuah powerrr

Power nih hehe
Rupa dah ada kan? Bau pun ada.. Rasa.. aku rasa ok laa hehe..
Tengok hubby makan tak banyak bunyi maknanya sedapla. Kot. Dia memang selalu makan tak penah nak cakap sedap ke tak sedap huhu


Aku nak share resepi tapi aku lupa resepinya wakakaka.. Maklumla buat hari Jumaat, harini dah Selasa. Aku lepas beranak ni memang cepat lupa. HAHA alasan kannnn... Nantila aku tulis elok-elok dalam kertas pastu baru aku share kat sini.. Sekarang ni bahan, cara buat semua berterabur dalam kepala otak aku. Buat haritu main bubuh mana ingat. Tak ikut step langsung! Nanti aku update ye..... :P


4 comments:

  1. Clap..clap...yeayyy..pandai dah amal..yeahhh

    ReplyDelete
  2. HewHewHew. Good job mama shaheem. Sy mgu ni td smgt jugak msk dalca, sotong hitam, ikan bawal rempah, syur kcg buncis + udang & bayam rebus. Hahahahaha. Kbykn nya.. pestime.. wakakaka

    ReplyDelete
  3. kuah tu pekatttt ok...selera mak yong tengok huhu..klu laki makan tak bersuara tu mmg sedap la amal hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...