Sunday, June 30, 2013

Happy 66th Birthday Mak!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah harini, 30 Jun 2013, hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-66. Pagi-pagi dah call mak wish besday hehe... Aku cakap ngan mak, "hadioh besday mak tahun ni, Kelate menang Piala FA.." hahahaha.. 

Dengar suara mak ceria je. Alhamdulillah mak sihat walafiat. Sebelum ni mak uzur jugak. Asyik berdebar-debar, pening-pening. Ulang alik jugakla ke hospital. Alhamdulillah la mak dah beransur sihat. 

Mak cakap harini Kak Anum masak nasi ayam dan beli kek. Dah sambut beramai-ramai dengan abang-abang aku dan cucu cucu dia yang ada kat kampung tu. Yang duduk jauh aku dengan Kak Ayu, akak sulung aku. Wish dari jauh jelaaa... sobsss.. rindu mak!

Sentiasa suka dengan gambar ni.
Mak nampak cute hihihih

With beloved sisters raya tahun lepas. 
Oh yang kecik tu anak sedara aku, Daneen Alissa. Anak kak Anum :D
Perasan tak, dalam 4 orang anak perempuan mak, akula yang paling cerah muahahahaha

Oh makk I miss u!

3 comments:

  1. Sgt cute tgk mama amal....maintain awet muda :)

    ReplyDelete
  2. Cantik mak sis..happy birthday makcik!!

    ReplyDelete
  3. comel nye mak amal..
    eh, adik badik same je bl senyum tau..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...