Monday, June 17, 2013

Buat Ibu-ibu Yang Bekerja

Assalamualaikum,

Aku suka page Muslim Kid Genius ni. Admin dia memang hebatla dalam memberi inspirasi kepada ibu bapa.  Yang ni paling aku suka.. Buat ibu yang bekerja, yang terpaksa tinggalkan anak demi mencari rezeki, this is for you...



Aku respect rakan-rakan yang bekerja sepenuh masa. Korang memang hebat. Aku tabik springgg...

Alkisahnya aku hari Sabtu haritu kan ada boling. Memula plan nak bawak Shaheem sekali. Tapi bila discuss dengan husband, aku pegi sorang je. Sebabnya, aku kena pergi awal pagi. Pukul 9 dah nak kena ada kat tempat boling. Habisnye belum tentu pukul berapa sebab ada banyak game dan aku AJK. Jadi kena duduk sampai event betul-betul habis. Takut Shaheem meragam kat sana jadi bagusla kalau dia duduk rumah je dengan Abah. 

Pagi tu aku siap-siap. Shaheem tido lagi. Dia biasa pukul 9 pagi baru bangun. Entah kenapalaa haritu dia bleh bangun awal?! Pukul 7.30 dah celik mata siap bangun cari aku.. Huwaa sedih tau. Macam tau tau je dia mama nak pegi jalan. Aku ingat nak pegi time dia tido, barula aku tak sedih nak tinggal. Ni dia dah bangun.. Ya Allah, aku punye sedih sebak tu.. Tuhan je tahuuu.. Beria-ia aku menangis huhu.. Sampai sedu sedu. Haha over tau mama. Husband aku gelak-gelak je. Dia siap cakap, "eleh mama... ni baru nak pegi main boling. belum nak pegi keje..." Huwaaaa.. sedih tau... Shaheem relax je. Tak nangis pon. Siap babai babai aku lagi walhal aku belum ready nak pegi. Haihhhh mama memang konfem dok umah jaga Shaheem jela.. Tak sanggup mama nak berpisah dengan Shaheem!

Sebab tu la, aku respect sangat dengan kawan-kawan yang bekerja. Baru aku paham macamana perasaan dorang apabila terpaksa tinggalkan anak dengan baby sitter, tinggalkan di taska.. Berat sungguh hati nak berpisah dengan anak kan. Tapi demi mencari rezeki, terpaksa jugak. No worries ya mommies, insyaallah Allah sentiasa ada bersama dengan anak-anak kita. Melindungi anak kita di saat kita terpaksa meninggalkan mereka buat seketika...



2 comments:

  1. Btoi amal. Yt pn x penah pisah ngn Aisy. X bo bayang. Kalau dia tdo pun kita rndu rinduan.. ini pulak nk tinggal2 kan... working mom memang kental.

    ReplyDelete
  2. yup
    kami ibu yg bekerja nie, memg kene kentalkan hati
    demi crik rezeki
    bukan sengaja nak tglkan anak kat taska
    huhuhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...