Monday, June 3, 2013

1y 2m ~ Saif Shaheem Masih Belum Bertutur dengan Jelas

Assalamualaikum,

Suka kan letak tajuk panjang-panjang :P

Shaheem dah berusia 1 tahun 2 bulan ataupun 14 bulan. Shaheem berjalan masa umur 10 bulan. Dah bleh berjalan nak tunggu dia bercakap la pulak kan? Tapi sampai sekarang dia tak boleh pun lagi. Takde perkataan-perkataan jelas lagi yang keluar dari mulut dia. 

Ma
Abbahh
Aemmm (nama dia)
Babai

Erm tu jela kot yang selalu keluar dari mulut dia hehe.. Lain lain dok keluar bunyi ta ta taa je. Cakap bahasa German Perancis dia je. 

Tapi dia pahamla apa kita cakap. Macam contoh aku cakap, "mandi jommmm..." Dia mesti tarik-tarik baju dia. Pastu pergi amik towel then dok depan pintu bilik air.. Tu time good boy sangatla tu. Kalau tak, dia buat tak tau jugak. Kalau aku cakap, "tukar cd jommmm..." Dia akan tepuk-tepuk cd dia hehehe pastu pegi amik cd baru. Kalau aku cakap, " teman mama semayang.. " Dia yang terlebih dulu masuk bilik amik telekung aku hehe..

Pandai jugak tarik-tarik tangan kita, pastu bawak ke tempat yang dia nak pergi.. Kalau dengan abah dia, dia suka mintak didukung pastu dia tunjukla mana dia nak pergi. Tempat kegemaran ialah suis. Penatla abah dia berdiri kat suis lampu hehe..

Kalau nak susu memang dia tak pandai nak bagitau. Kalau dia merengek, menangis, berguling-guling, haa sah la tu. Lapar. Normally time tu kalau aku tanya dia, "nak susu?? Bum cepat.." Dia akan cepat-cepat bum atas bantal dia sambil tunggu kita bagi susu hehehe... Ataupun dia pegi kat meja tempat aku letak perkakas susu dia..

Tak sabar nak tunggu Shaheem dapat bercakap dengan jelas. Nak sembang hehehe..


Video Shaheem jawab mama tanya, "what is your name?" :)


Video Shaheem membebel dalam bahasa baby nye.
Taa taaa taaaa

3 comments:

  1. samelaaaa anak2 kite..
    zakwan pon berjalan umo 10 bulan..
    orang tua kate kalau cepat berjalan..lambat bercakap..huhuu..iye gamaknye..anak yg sulong lambat berjalan tp cepat bercakap?suratan atau kebetulan?

    ReplyDelete
  2. owhh..slow2 dear..anak nie x boleh sgt kita paksa..tp setiap hari in sya Allah dia akan paham 1-2 perkataan baru klau kita sebut berulang kali..

    ReplyDelete
  3. zahirian
    hihihih xtaula kan. ada anak buah saya, dua2 pun cpt. jalan cpt, cakap pun cpt. macamana tu? hehe

    haslinda
    btul2. xleh paksa2. nanti pandaila dia. nnt kita pun terkejut, tgk2 dia dah pandai cakap sepatah dua hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...