Wednesday, May 29, 2013

Port Lepak

Assalamualaikum,

Kadang-kadang aku kesian dengan Saif Shaheem. Yelah, asyik terperap je dalam rumah. Rumah pulak tinggi sangat. Takde tanah nak pijak. Dudukla ngadap tv, ngadap dinding, ngadap mama je hari-hari. Huii aku ni pun bosan, apatah lagi dia yang tengah nak kenal dunia ni kann..

Rumah aku ni rumah flat. Aku dok tingkat dua. Flat ni mengadap tasik. Ke paya? Entahla hehe.. So pemandangan tu cantik jugakla. Sedap mata memandang. Ada beranda kat rumah aku ni. Aku sidai kain kat beranda tu lah. Aku tengok rumah orang lain semua letak tikar getah cantik-cantik pastu blehla lepak-lepak kat situ. Rumah aku plak, simen bodo je lagi sejak dari memula masuk dalam rumah ni pada September 2011. Aku nakk letak tikar getah jugak tapi asyik bertangguh je. 

Sudahnya, grill nak ke beranda tu aku selalu kunci. Tak nak Shaheem pegi situ sebab simen tu berhabuk. Kang kotor pulak kaki dia kan. Tiap kali aku nak pegi sidai kain aku terpaksala cepat-cepat tutup grill, tak bagi dia ikut. Masa kecik bolehla lagi kan. Sekarang dia dah besar, dia yang lagi laju dari aku! Huwaaa.. Payah payah.. 

Eh dia suka buang barang ikut grill tu tau grrrr.. Handphone aku, remote tv.. Mainan dia.. 


Pastu aku kesianla, tengok dia. Kalau ada bunyi motor ke, lori ke, dia mesti cecepat pergi kat grill tu, intai dari jauh. Kesiannyaaa haha.. 




Macam dok dalam penjara je kan huhu

Jadi last week, aku pegila beli tikar getah tu. Beli 4 meter, RM6.60 semeter. 

Balik dari kedai aku pun gigihla nak pasang ni. Shaheem tido time tu. Hubby pulak duty. Sekali dah bukak tikar tu atas lantai, hah sudahh, cane nak buat hahaha.. Dah hampir nak give up dah. Ingat nak suruh hubby je buat nanti. Tapi, rasa tak puas hati pulak. Aku pun berusahala buat. Huhh berpeluh-peluh ketiak...

Hasilnye,


Kedut-kedut je tikar tu hahaha..
Ampunla ek, aku buat sorang-sorang huhu
Potong pun senget benget. Lain harilah touch up.
Yang penting Shaheem sukeeee.. Masa ni aku baruu je siap pasang, Shaheem pun terjaga dari tido.
Suka dia bleh main kat situ hehehe

Siap hisap susu kat situ lagi haaa


Ni dok gomol abah.
Dengan abah sekali baring haha

Main main..

Makan petang sambil menikmati pemandangan indah! hehe
Now dah tak perlu intai mengintai lagi kalau ada bunyi yang menarik perhatian. 
Intai je terus kat pagar tu hehe
Oh pagar tu kitorang pasang lama dah.. 
Tu pun sebab mak aku dok bising hehehe..


Jadi, itulah dia tempat lepak baru Shaheem hehe. Dapatla dia tengok dunia luar sikit...

4 comments:

  1. mcm sonok lak balkoni buh jaring mcm tu..hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Klau akk pun.suka jugak..bukn shaheem je..haha..angin free je ek..xyah ekon2..

    ReplyDelete
  3. mmg seronok duk kt balkoni mcm tu..angin sepoi2 gitu...hihih

    ReplyDelete
  4. ros
    hihi jaring tu wajib letak sebab ruang antara pagar tu bsar sangat. bahaya!

    chekgu azrine
    hihih btul2. kat sini kuat sangat berangin..

    mr n mrs zaidi
    hehehe sgt seronok!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...