Monday, May 13, 2013

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum,

Belakangan ni banyak berita kematian yang aku terima.

On the way pulang ke kampung hujung April baru-baru ni, aku dikejutkan dengan berita pemergian senior aku kat kolej di UPM dulu. Dia maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Aku takdela kenal sangat dengan arwah. Tapi pernahla bekerjasama dengan dia dalam aktiviti kolej. 

Hari Jumaat, 3 Mei 2013 dikejutkan pula dengan pemergian anak kepada blogger Erina Asmawani, Aqil Hamzah. Allahuakbar. Bila aku dapat tau pasal arwah, aku terkejut sangat. Aku dapat tau tu dah lewat dah sebab aku tak online. Seminggu kat kampung hubby aku memang tak on laptop. Sebelum aku ke kampung hubby, memang dah tau berita arwah dimasukkan ke ICU. Masa tu aku berharap sangat arwah akan sembuh seperti sediakala. Tak tau pun keadaan arwah dah agak kritikal. Balik ke kampung aku, on laptop terus bukak group Gojes Blogger dan dapat tau Aqil dah pun meninggal dunia. Ya Allah, sedih sangat hati ni. Arwah sebaya dengan Shaheem. Walaupun tak penah jumpa arwah depan-depan tapi terasa jugakla sebab selalu baca kisah dia di blog Ena. 

Tadi, terbaca pulak cerita tentang pemergian arwah Aqil yang Ena kongsikan di blognya.. Allah.. Allah. Besarnya dugaan-Mu buat Ena sekeluarga. Semoga Ena tabah dan kuat menghadapi ujian ni. 

Selang seminggu selepas mendapat berita kematian Aqil, Jumaat, 10 Mei 2013, bapa saudara aku pula pergi menemui pencipta-Nya. Ayah Wan, abang sulung mak aku. Dia memang dah lama sakit. Seingat aku, sebelum aku kawin lagi dia sakit. Alhamdulillah, masa majlis aku tahun 2011 tu, ayah Wan sihat sikit dan dapat menghadiri majlis perkahwinan aku di kampung. Selepas tu dia memang selalu jatuh sakit. Banyak kali jugak dimasukkan ke hospital. 2,3 hari sebelum meninggal, dia rebah dalam bilik air. Bila anak-anak nak bawa ke hospital dia tak nak. Katanya takde ape-ape. Ditakdirkan Allah, pagi Jumaat tu dia pengsan. Anak dia bawak ke bahagian kecemasan hospital dan petangnya dia meninggal. 

Nenek aku lah yang paling sedih bila dapat tau Ayah Wan dah takde. Menangis-nangis dia. Cik (nenek aku) cakap, "mati dia dulu daripada Cik..." Cik pun dah uzur dah sekarang. Ibu mana yang dapat tahan kesedihan bila anak yang pergi dulu... Semuanya ketentuan Allah kan.. 

Bila dapat berita tentang kematian ni, timbul rasa insaf dalam diri. Bila-bila masa saja mati akan menjemput kita. Tak kirala kita dah ready ke belum. 

Marila kita sama-sama lengkapkan diri dengan amal ibadat, supaya bila maut datang menjemput kita lebih daripada bersedia, insyaallah...


3 comments:

  1. Al fatihah kepada semua arwah..semoga ditempatlan.dalam.kalangan para solihin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...