Thursday, May 16, 2013

Follower Dah Bertambah. Alhamdulillah^^

Assalamualaikum,

Hehehe gedik tak tajuk. 

Follower setakat harini, ada 234 orang (cantik plak nombor tu). Penting ke follower ni? Eh pentinglaa.. Ini menunjukkan blog aku ni dibaca orang dan disukai orang. Yeke? Haha perasan sendiri.. 

Cececece siap print screen lagi :P


Terima kasih pada yang mengfollow blog picisan cap ayam ini huhu.. Aku tau aku jarang update. Kalau update pong entry bosan-bosan. Tak reti nak menulis katakan.. Tapi aku suka blogging. Suka merapu. Biarlah takde orang baca. Aku sendiri yang ulang-ulang baca. Eh tapi ni follower dah bertambah maknanya ada la yang baca kan? hehehe.. Tinggal aku kena rajin update je kan kan kan :P

Aku tau yang follow ni sume dari group Gojes Supermommies tu (eh betul ke nama tu.. sampai harini takleh hapal nama penuh group tu huhu).. Masyeh korangg!! Nanti aku follow balik tauuu.. Aku mungkin jarang blogwalking. Kalau blogwalking pun selalu jadi silent reader je. Nak komen nak komen tapi selalu takde masa huhu.. Saif Shaheem bukan bleh tengok mama dok senang menghadap laptop!

Laptop aku letak tempat tinggi! Agar tak tercapai oleh dak Shaheem. Tapi sekarang dia dah pandai. Bila mama dok je kat tempat laptop tu, dia akan datang tarik baju. Tak pun tolakkk mama suruh duduk dengan dia. Tak pun menangis menjerit mintak perhatian hehehe.. Kesian anak mama.. Sebab tu lah aku susah nak update blog ataupun online. Time dia tido barula bleh bernapas sket. Tapi biasanya time dia tido tu jugakla aku kena jadi lipas kudung. Laju-laju bereskan kerja rumah.

Letak laptop atas speaker.
So aku berdiri bila online. Lenguh kaki!
Bila Shaheem tido barula letak atas meja kecik tu..
Time dia tak tido takleh letak bawah, nanti sebokkk je nak menaip jugak huhu


Walau apapun, aku akan cuba la untuk update blog ni. Sayang tau dkat blog ni. Cerita sentiasa ada tapi tu lah, kekangan masa tu.. Aku akan cuba jugak up satu entry sehari. Biarlah info copy paste sekalipun. Asalkan berupdate hihii (hangan-hangan tahik ayammm)

Thanks again for following me :)


4 comments:

  1. alahai...sakit lah tengkuk shaheem tgk t.v tue...

    ReplyDelete
  2. weeee fiq la follower yg nombor cantik tu ;D hihi... fiq pun kadang2 je dpt on9. tgh2 mlm cm skrg ni la nk BW pun cz darwisyah dh tdo. amboi tinggi benor ltk laptop tu. risau jatuh je.

    ReplyDelete
  3. eamy
    terrrpaksa hehe..

    zura
    hehe taklah ok je dia..

    fiqkbe
    yeayyy tqvm fiq! nnt amal follow balik. aah terpaksa letak tinggi, kalo x nanti dia kacau huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...