Saturday, April 6, 2013

Letrik & Air

Assalamualaikum,

Dua masalah kat rumah aku.. letrik dan air. Letrik atau karen selalu takde. Dalam sebulan, ada la kot 2, 3, 4 kali blackout. Kalau siang hari masalah panas. Malam hari panas dan gelap. Adui dui dui.. Macam malam ni, tiga kali blackout! Tengah syok syok layan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia (betul ke?) tetiba, pufff golap! Panik jap sebab Shaheem duduk jauh dari aku. Aku panggil dia, "Shaheem Shaheem.." Senyap je dia. Meraba dalam gelap mencari henpong. Nasib baik duduk dekat. On torch light pada henpong, cari dia. Shaheem kaku depan tv. Haha comel. Mata dia yang sepet tu sehabis bulat jadinya. Nasib tak nangis.

Sempat snap gambar dalam gelap hehe
Shaheem sekarang 24/7 tak berbaju dan seluar. Togel pakai cd je.
Sabah panasssss!

Teringat masa mula-mula masuk rumah ni dulu. Tido dalam bilik tengah. Aku masa tu tengah pregnant. Panas jugak masa tu. Kat tempat baru susah sikitla nak tido.Pusing sana, pusing sini. Sekali, pufffff... Gelappp! Huu aku dah takut. Nasib ada hubby kat sebelah. Aku kejutkan dia bagitau blackout. Dia mamai mamai jawab, " yee, abang tahu.. Mat Ju dah bagitau tadi, kat sini selalu blackout.." Mat Ju tu jiran kitorang. Tapi sekarang dah pindah masuk dalam. Aku bila dengar hubby jawab macam tu terus grrrrr hangin! Yelaa, dia dah tahu tapi tak bagitau aku punnnn... Esoknya terus aku suruh dia beli lilin. Dibuatnya blackout time aku sorang-sorang kat rumah tak ke naye. Macam yang berlaku malam tadi la.. Aku berdua je dengan Shaheem. Kalau takde lilin susah jugakla.. So sekarang, lilin adalah benda wajib ada!

Bila nak berakhir masalah letrik ni aku tak taula. Orang kata Sabah ni selalu sangat blackout sebab kat sini kan banyak penempatan haram. Geng geng haram ni curik line letrik nak sambung ke rumah haram dorang, sebab tu la blackout ape sume. Aku pernah baca dalam surat khabar, tiap-tiap tahun SESB kerugian berjuta-juta ringgit kes orang curi letrik ni.. Haihhh... Masalah kan? Sabor jele....... Problemnya bila selalu blackout ni ialah, barang-barang letrik ni la. Macam tv, laptop, peti ais.. Elok-elok tengah jalan tetiba terpadam. Dok 15 minit, letrik ada balik. Pastu takde balik... Dok ulang banyak-banyak kali boleh rosakla barang-barang ni kan.... 

Tu masalah letrik. Masalah kedua ialah air. Haa ni seksa jugak ni. Lagi seksa kot daripada masalah letrik. Kalau takde air, nak mandi, berak kencing, masak sume payah. Betul tak?? Selalu jugakla rumah aku ni takde air. Ingat lagi, masa pregnant dulu pun pernah mengangkut air dengan hubby. Amik dari paip air kat rumah sampah. Rumah sampah tu depan blok aku je. Tapi naik turun tangga dari tingkat 3 dengan perut memboyot sambil mengangkut botol-botol mineral berisi air adalah sangat menyakitkan huhu..

Then, sehari sebelum aku bersalin. Pun takde air. Hubby dahla sibuk nak uruskan aku dekat hospital ni. Terpaksa la jugak sibuk menguruskan hal simpanan air kat rumah. Sebab kalau tak silap masa tu ada notis kata 3 hari takde air. Hubby beli 2 tong besar untuk letak dalam bilik air. Beli berkotak-kotak air mineral untuk minum.. Pinggan mangkuk terpaksa angkut basuh kat Petronas. Haha sabar jela. Kenangan kenangan..

Selepas selepas tu on off la masalah air ni. Harini, hubby mesej aku bagitau ada notis takde air start 6/4 sampai 8/4.. Laaaaama tu! Huhuhuhu... Terpaksala tadah air dalam tong hitam besar tu. Tadah sampai penuh. Ni aku tido lewat ni kes dok menadah air dan pulun membasuh cd Shaheem dan kain baju. Terpaksa buat tengah-tengah malam sebab kena tunggu Shaheem tido dulu. Kalau dia tak tido aku tak boleh nak buat ape.. 

Confirm takde air 3 hari ni, aku makan luar je huahua.. Susahla nak masak takde air. Nak basuh pinggan mangkuk lagi... 3 hari ni jugak terpaksala Shaheem pakai pampers. Apa boleh buat......

Haihh cepatla masalah air, masalah letrik ni berakhir. Tak tahan!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...