Friday, April 26, 2013

Hohoiiii Lamanya Tak Update Blog!!!

Assalamualaikum,

Haa tu dia. Kat tajuk dah summarize segala-galanya hehe. Lama dah kan blog ni tak berupdate. Adui kenapa tah malas sangat ni. Dah berapa banyak dah entry masuk draft. Taip sikit malas, taip sikit malas. Janganla yang ni pun jadi macam tu jugak huhu..

By the way, esok nak balik kampung. Yeaho0ooo0ooo balik lagi!! Bahaha.. Hubby dah balik harini. Jeles. Dia balik tiket pree. Aku balik tiket berbayar. Kenapa??? Malas nak cerita hehehe.. Tak kesahla. Yang penting aku ngan Shaheem balik jugak! Naik MAS kali ni sebab MAS murahla pulekkk.. Aku actually lebih suka naik AA sebabnya AA time take off atau landing smooth je. Pengalaman aku naik MAS baru 3 kali kot, adudududu.. Selalu terhentak especially time landing tu. Penah sekali terhentak kuat sangat sampai sakit tengkuk aku. Hishhh.. Kalau bab makan, bab luggage memang bestla naik MAS kan. Tapi tu lah.. Hopefully, esok okla ni take off dan landingnya. Dah la aku berdua je nihh dengan Shaheem. Doakan Shaheem good boy heheheh... Shaheem good boy je tapi manala tau dia nak berlari-lari anak tak mau aku dukung. Aku tak bawak buggy sebab susah nak bukak tutup and malas nak membawak barang banyak-banyak. Beg baju besar sume dah bagi kat abahnya. Esok tinggal bawak beg galas perkakas susu dengan baju spare Shaheem je. 

Erm aku tengah geram gak ni. Rumah TAKDE AIR! Grrrr.. Dari semalam. Bila tanya orang SPNB katanya dah bukak dah paip kat tangki. Tapi takde pun lagi ni. Acanerrr.. Aku ada sebakul baju kotor nak basuh. Takkan nak tinggal busuk tak berbasuh seminggu??!! Pinggan pun bertimbun dalam sink. Huwaaa tensionla macam ni :( 

Ok dah, cukup update sampai sini. Takleh panjang-panjang, kang tak terpublish rugiii hehehe..

Ermm layanlah video Shaheem ni.. Suka panggil aku, "Ommmmaaaaaaa..." heheh pengaruh drama Korea daaa..


*Maaf visual kurang baik. Henpon cap muroh :P

3 comments:

  1. hahaha nasib baik ommmmaaaa... kalu amma, terpengaruh cter tamil la jadinya... =)

    take care wani n shaheem. shaheem jaga mama baik2 tau!

    miss u both!~

    ReplyDelete
  2. Apapun mudah-mudahan selamat perjalanan pulang ke kampung ye :)

    Omma tak pa jangan Amma, hehee :)


    **Lama tak singgah sini**hehee

    ReplyDelete
  3. hai amal..1st time singgah..mila from group mommies gojes n blogger :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...