Thursday, March 21, 2013

Pap Smear. Dah Buat Belum?

Assalamualaikum,

Haaa soalan cepu cemas, korang dah buat pap smear belum?? Kalau belum, cepat-cepat pegi buat. Penting tauu buat pap smear ni. Tujuannya adalah untuk memeriksa kesihatan servik korang tuuu hehe.. Oh, pap smear ni hanya untuk orang yang dah kawin tauuu.. Yang belum kawin kalau nak buat jugak, sila kawin dulu ye hehe.. Kenapa hanya orang dah kawin je kena buat ni? Sebabnya, pap smear perlu dilakukan wanita yang pernah dan aktif melakukan hubungan seks. Haa for sure la orang kawin je kan yang aktif buat benda tu. Kalau belum kawin dah aktif, err korang pun kena buat jugaklah!




Aku buat kat KKIA Tuaran je. FREE OF CHARGE! Bawak diri dan IC je.. Aku penah tanya kat klinik berbayar di Tuaran berapa charge untuk buat pap smear. Klinik tu charge RM50. Klinik lain aku tak sure. Hmm RM50 baanyak tu. Baik simpan buat makan hehe.. Pegi je Klinik Kesihatan kerajaan.. Normally tak tunggu lama pun nak buat pap smear ni sebab tak ramai yang buat. Aku tadi tunggu turn 30 minit je. Prosedur amik masa dalam 15 minit je kot (termasuk nurse interview personal details). Sekejap sangat lah!!

Aku sebenarnye dah lama dok tangguh-tangguh nak buat. Tangguh tu satunya sebab takde masa. KKIA Tuaran buat pemeriksaan pap smear hanya pada hari Khamis (kecuali Khamis minggu kedua) dan belah pagi je. Kalau nak buat ni aku kena la tinggalkan Shaheem dengan abah dia. Sebelum-sebelum ni hubby keje, kebetulan harini dia off sebab semalam dah duty. So cepat-cepatla amik kesempatan.

Alat yang digunakan untuk pemeriksaan pap smear
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.

Erm aku tangguh-tangguh jugak sebab takut sakit! Huhu.. Tapi serius ye saya nak bagitau ni, tak sakit pon haaa... Prosedur dia lebih kurang sama macam nak check jalan, kena kangkang ape sume.. Tapi nurse takdela seluk dalam-dalam.. Dia just masukkan spekulum (tool plastik yang macam mulut itik tuu..).Pastu dia amik satu berus kecik ni, dia swab la 360 darjah dinding servik kita tu. Tak rasa ape pun. Rasa geli-geli je.. Pendek kata memang TAK SAKIT lah! Yang penting korang jangan kemut-kemut. Relax jee.. Kalau korang relax, sure takde ape punye. Dan paling penting juga, kena ketepikan rasa malu. Pikir buat semua ni untuk kebaikan korang je, okay! ;)

Keputusan nurse kata amik masa dalam sebulan sebab dia cakap sampel akan dihantar ke lab swasta (aku tengok tadi dia akan hantar ke Pathlab). Kalau ada apa-apa masalah pihak klinik akan hubungi. Hmm hopefully semuanya ok lah..

Oh ye, nurse check breast jugak tadi. Lagi satu perkara wajib kita orang perempuan patut buat. Check payudara in case ada ketulan ke ape.. Kalau ada, bleh rawat dengan segera kan. Tadi nurse tolong check dan ajar sekali. Next time boleh check sendiri :) Nanti next entry aku share caranya ye!

Lagi info tentang pap smear. Kawan-kawan yang belum buat sila lah ye. Tak sakit, free & sekejap je..






2 comments:

  1. tak sempat buat dh ngand0ng :)

    ReplyDelete
  2. best pulak baca yang wani tulis...insyaallah nanti pas bersalin nak buat jugak.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...