Thursday, February 21, 2013

Shaheem Batuk Batuk

Assalamualaikum,

Dah 3 hari Shaheem batuk. Dia batuk takdela berterusan, bunyi sekali sekala je tapi bila dia batuk tu adui kesiannye dengar. Dah 3 malam jugak dia terjaga dari tido, batuk dan muntah. Muntah yang banyak!! Habis toto tempat tido.. Tak kisahla tu kan. Tapi kesian sangat bila dia muntah tu. Dia muntah sebab kahak. Baby kan tak pandai nak keluarkan kahak. Tersangkut-sangkut dia nak muntah. Macam breathless pun ada. Panik jap mama huhu..Tanpa sedar aku tepuk belakang dia kuat sangat. Lepas tepuk baru perasan ekeke.. Tapi bila tepuk tu senang sketla muntah dia keluar. Senang dan banyak huhu..

Poor baby mama..

So far aku bagi dia makan ubat batuk. Tapi sikit je. And hubby ada beli ubat herba dari kedai sensei. Bagi jugak sikit, buh dalam susu. Fungsinye untuk cairkan kahak... Memang menjadi la sebab selalunya Shaheem akan terbersin. Bila bersin keluar hingus-hingus cair. Dan kadang-kadang bila dia berak, taik dia berlendir. Pssstt aku tak suka sebenarnye dengan ubat herba tu huhu.. Ntahla, rasa macam kesian je baby dah makan ubat tah pape kan. Tapi hubby insist nak bagi. Ikut kehendak hati aku memang takmo. Dah abahnye nak bagi, aku takleh kata ape. Tapi aku selalu bagi time abah Shaheem ada/suruh je. Kalau dia tak suruh aku tak bagi lalalalala....

Aku try gak natural remedy.. Bakar bawang putih, lenyek-lenyek pastu buh minyak masak sket. Lumur dekat dada, belakang, tapak kaki dan ubun-ubun. Siap, Shaheem PAMA! kihkikih.. Serius bau macam bawang putih bihun PAMA tu. Korang bese makan tak? Tak penah makan? Rugi rugi. Fave aku tu. Sila pegi beli di kedai runcit berdekatan ye hehe.. Erm keberkesanan, aku tak berapa sure hehehe.. Mungkin ada la cuma sebab aku pun ada bagi ubat kan so tak tau batuk dia tu berkurangan sebab ubat atau sebab bawang putih. Wallahualam.. Apa-apapun, tak salah kita mencuba natural remedy ni kan. Ikhtiar orang kata...



Aku sapu jugak minyak penawar habbatus sauda. Beli kat Jaafar Rawas masa Shaheem dalam hari dulu. Orang kat kedai tu kata minyak ni bagus kalau budak batuk atau nak sapu saja-saja pun boleh. Minyak penawar katanye.. Aku belek botol takde pulak tulis khasiat dan kegunaannya. Ada ingredients je. Tapi habbatus sauda memang bagus kan. Aku jarang guna sebab bau dia kurang bes huhu.. Tapi ni sebab nak Shaheem cepat sembuh, aku sapu jugakla kat dada dan belakang everytime lepas mandi.

Vicks pun aku rajin jugak sapu. Buh kat bawah hidung dia. Tak berkelip mata Shaheem menikmati bau dan angin vicks haha.. Suka betul dia..

Kenapa batuk? Mungkin faktor cuaca.. Sabah sekarang kejap hujan, kejap kemarau. Kejap sejuk, kejap panas. Mungkin jugak sebab Shaheem suka mengutip. Macam-macam bendasing dah masuk mulut dia. Yang aku tertengok dapatla aku buang. Tapi kalau tak tertengok? Memang selamatla masuk dalam perut. 

Mama dah ikhtiar macam-macam, sekarang tawakal pada Allah. Moga anak mama cepat sembuh. Tak mau batuk lama-lama! Minggu depan nak balik kampung! (Yeayyyyyy!!)

5 comments:

  1. mmg xsampai ati tgk baby batuk..

    ReplyDelete
  2. sian kan kalo budak kecik batuk..cuace tak menentu skrg ni..semoga shaheem cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...org skunk tgh selsema dgn batuk.tekak rsa xslesa je.cian aqil..tkot die bjgkit.dh la abah nk pi operasi ni..aduhaiii....
    kannnn...cuaca x mnentu skunk ni.kalo pns tu pnas sgt...kalo hujan tu mmg sjuk btol la..

    ReplyDelete
  4. dik..bg mkn omegaguard..elok untuk anak :)

    moga cepat sembuh sheheem syg..

    ReplyDelete
  5. zura
    tula, kesian dia huhu

    mamadhiaadwa
    terima kasih aunty ;)

    ieja
    haa nanti klu batuk ke bersin tutup mulut ehh.. susah kalo jangkit ngn aqil nanti

    ibu wafa
    oo omega guard bagus eh kak.. hee boleh try nnt ni. tq aunty! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...