Thursday, February 7, 2013

Punoh Punoh!

Assalamualaikum,

Aaaa punoh jahanam plan hujung mingguku..... Baru ingat nak turun KK, jumpa kawan lama. Dah lama woooo tak jumpa. Aku kawen dia tak dapat datang meriahkan majlis. Aku beranak pun dia tak datang jenguk. Haa dia tak tengok Shaheem lagi tau. Shaheem dah nak masuk setahun dah pun huhu... Dia kawan MMP dulu.. Sekarang tengah mengajar di Miri. Husband beliau pulak di Kunak. So cuti raya cina ni dia dia balik Kunak la nak beromantika dengan suami kan hihi.. Sebelum balik Kunak (flight ke Tawau hari Sabtu malam) dia transit KK dulu...


Kenapa aku kata plan aku punah? Meeting AJK ba alif kaf ta tu laaaaaaaa.. Adoiiii.. tetiba puleks last minit ada meeting. Frust oo.. Meeting pulak pukul 3 petang. Kalau aku keluar pagi mananye sempat nak mengejar masa. Paling awal keluar pun mesti pukul 10 pagi. Rumah aku ke KK setengah jam. Nak mengharung jem lagi.. Nak mencari tempat, mencari parking.. Nak makan, nak berbual-bual of course amik masa lama kan.. Ish aku tak suka la kalau keluar tapi terkejar-kejar masa. Tak besh!


Sedih.... bila lagi nak jumpa kawanku ini... Sori Kema :'( Semoga kita ada peluang lagi  untuk bertemu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...