Saturday, February 9, 2013

Normal Vaginal Delivery


Bersalin spontan melalui vagina
-Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.

Prosedur:

1. Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2. Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya. 

3. Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4. Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5. Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6. Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar. 

7. Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan). 

8. Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus.

9. Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10. Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting. 

11. Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12. Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.


Kepada yang bakal bersalin, takut tak baca ni? hihihihih.. Jangan takut-takut, ni lah namanya natural/gentle birthing.. Nak beranak ni kena banyak-banyakkan relax. Sakit memang sakit.Takleh nafi la yang tu. Tapi cuba control. Control pernafasan, control perasaan. Ceh pandaila kan nasihat orang haha.. Banyakkan berzikir juga tau. Baca doa Nabi Yunus tu..Aku memang dok baca tu je.Dengan Surah An Nahl. Ayat berapa lupa huhu..Ada aku share kat blog pregnant.Sila intai blog sebelah tu ye hehehe..

Rindu pulak rasa nak mengandung & bersalin lagi. Erkk tak serik kerr menahan sakit?? Bila ingat-ingat memang takutnye la hai nak menanggung sakit bersalin tu esp contraction la kan.Aduhh..Dan sakit kena jahit. Aaaa memang tak tahan! Tapi bila ingat balik segala hikmah di sebalik mengandung dan bersalin ni rasa nak sangat-sangat.. But I guess belum tiba masanya. Shaheem baru nak masuk setahun.Bagila dia peluang untuk manja-manja dengan mama abah dulu sebelum pikul tugas sebagai abang besar kepada adik-adik hehe.. Lagipun aku rasa macam body aku pun taksihat sepenuhnya lagi. Masih sakit sana sini. Urat-urat dok tersimpul lagi ni. So, sabar dulu lah.. Insyaallah kalau ada rezeki Allah nak bagi, ada la tu kan. Bila-bila pun.. Whenever I am ready. Allah lebih tahu...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...