Saturday, February 23, 2013

Fenomena Air Merah Beracun di Sabah (RED TIDE)

Assalamualaikum,




FENOMENA AIR MERAH [RED TIDE]
Perairan Sabah terutamanya di kawasan Labuan memang sudah lama terkenal dengan kejadian air merah atau lebih dikenali ‘Red Tide’ disebabkan oleh Cochlodinium polykrikoides.Namun pada penghujung tahun 2005 dan awal tahun 2006 sejenis lagi penyebab air merah yang dikenali sebagai Pyrodinium bahamense var compressum mula muncul.Dinoflagelat Pyrodinium bahamense var compressum yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan ‘Paralytic shellfish poisoning’ [PSP] yang mempunyai lebih 20 derivatif.

Punca Fenomena Air Merah Beracun [Red Tide]
Fenomena air merah beracun [Red tide] di Perairan Sabah terutamanya di Perairan Labuan berlaku secara bermusim iaitu di penghujung tahun dan awal tahun.Diramalkan bahawa fenomena ini biasanya berlaku pada musim kemarau selepas berlakunya hujan lebat dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.Semasa fenomena,air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.

Mengapakah sebilangan sahaja hidupan laut yang menjadi toksik?
Ini disebabkan keunikan hidupan laut tersebut yang mempunyai sistem pemakanan secara penapisan.Plankton yang bertoksik akan terkumpul dalam tisu dan organ dalaman semasa penapisan makanan.Hidupan laut yang berkenaan adakah seperti berikut:
i. Semua jenis kerang-kerangan
ii. Ikan tamban
iii. Ikan selar
iv. Ikan selayang
v. Ikan kembong

Tanda-tanda keracunan
i. Peringkat Awal
Pada masa 30 minit pertama,mangsa akan terasa kebas pada bahagian bibir,kemudian ke bahagian muka terus ke leher.Mangsa juga akan terasa seperti dicucuk jarum di bahagian hujung kaki dan tangan,sakit kepala,pening,muntah-muntah,cirit-birit dan loya.
ii. Peringkat Bahaya
Bagi kes yang teruk,mangsa akan mengalami kelumpuhan otot,sukar bernafas dan rasa tercekik.Dalam kes yang sangat serius,kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.

Langkah-langkah keselamatan
Setakat ini,belum ada lagi penawar atau antidot yang khusus untuk rawatan keracunan kerang paralitik.Oleh itu,langkah-langkah keselamatan seperti yang berikut haruslah dititik-beratkan:
1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
2. Elakan dari memakan semua jenis kerang-kerangan dan ikan-ikan yang berkenaan.
3. Ikan-ikan lain haruslah dibuang insang,organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.
5. Elakan daripada memakan ketam dan udang kera dalam kuantiti yang banyak.
6. Sekiranya keracunan,dapatkan rawatan segera.Jangan minum alkohol. Di kawasan terpencil dimana rawatan segera tidak mudah diperolehi, minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut


Source: http://www2.dof.gov.my/labuan/ms/tracker/redtide

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, fenomena ni dijangka akan berakhir Julai nanti.. 

Pada kawan-kawan yang akan datang melancong ke Sabah, hati-hati makan seafood ya. Jangan makan kerang. Udang make sure kepala dibuang dan dibersihkan dengan baik. Sama juga dengan sotong, ketam dan udang kara. Jangan makan banyak sangat tau! Dengar-dengar dah ada penduduk tempatan yang meninggal disebabkan fenomena ni.

Aku sendiri pun memang dah laaaaama sangat tak makan seafood. Udang memang lama dah tak beli. Ikan basung/selayang pun tak beli walaupun berlambak kat pasar dan murah gileee.. RM1 je sekilo haritu kat KK. Kalau beli ikan, aku selalu beli ikan aya/tongkol. Tu pun basuh banyak-banyak kali sampai aku yakin memang bersih. Sekarang banyak makan ayam, daging je.. Balik kampung nanti baru pulun makan seafood hihihi..

Take care tau!

4 comments:

  1. uiiii, dh plan April ni ak g makan ketam kat labuan.. oho. ni takut ni.

    ReplyDelete
  2. hayati
    boleh nak makan, tp jgn makan berlebihan :D and make sure tukang masa buang taik2 ketam tu hehe

    ReplyDelete
  3. kalau eamy...g pasar mesti cari ikan putih cz abe mmg suka ike putih... :)

    ReplyDelete
  4. eamy
    kedai sini klu nasik dagang pun guna ikan putih kan hehe.. wani x brehi mana huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...