Thursday, August 9, 2012

Main Masak-masak!

Assalamualaikum,

Aku ni tak reti masak. Serius. Kalo nak masak mesti kena call mak kat kampung dulu. Tanya resepi hehe.. Tak pon bukak MyResepi.com. Nak masak senang-senang cam sardin pun aku kena belek resepi dulu hehehe..

Walaupun nak kena check resepi ape sume itu tak membataskan semangat aku nak memasak untuk suami aku. Kekadang masak simple je. Tapi bila tengok suami makan sampai licin pinggan dan bertambah, kembang kempis jap lubang hidung aku. Bangga muahaha...

Tapi kadang-kadang ada jugak yang aku masak hubby tak berapa nak makan. Makan tapi nampak dia macam tak berselera sangatla huhuh.. Aku rasa bukan sebab aku masak tak sedap tapi sebab dia tak berapa gemar masakan tu. Macam gulai ke ape saje yang bersantan dia memang tak makan sangat. Tapi kalau singgang, sup ke memang suke sangat dia. Siap hirup-hirup kuah lagi...

Anyway, bulan puasa ni aku banyak jugakla masak. Jarang nak beli kat luar.. 

Meh meh tengok gambar juadah yang aku masak untuk berbuka hehehehe... Gedik nak share macamla aku masak sedap-sedap ala chef :P

Yang ni aku dah share kot ek haritu. Lupe dah..
Kuih puteri mandi (air tangan hubby), petai, ikan rebus dan budu, sotong celup tepung, gulai ayam, tom yam balance sahur. 

Ayam masak lemak cili api, ikan tongkol rebus goreng, ulam timun dan budu. Satu lagi ikan pisang masak stim. Balance berbuka sehari sebelum tu..

Heh ni untuk aku sorang. Berbuka sorang sebab hubby on duty. Aku malas nak masak beria, masak jela megi goreng basah ni.. Bila bagitau hubby sedih je dia. Dia cakap, "erm sedihnye. Macam abang ni tak mampu bagi isteri abang makan." Muehehehe dia tak tau, bini dia ni yang malas sebenarnye :P

Close up sket. 
Yum yummm

Ni plak sardin masak kicap. Aku makan sorang untuk sahur.
Habis woo seperiuk kecik ni ekekeke


Pucuk paku goreng dengan daging kerbau, sup ayam, telur dadar. Bubur kacang. First time buat bubur kacang. Aku rasa tawar tapi hubby kata dah ok huhuh...

Sayur lemak pucuk paku dan daging kerbau goreng

Ni yang semalam. Kacang panjang goreng dengan telur, singgang ikan tongkol (ikan aya), ikan selayang celup tepung, dan murtabak megi.

First try buat murtabak megi ni hehehe...
Hubby tak berapa gemar so aku habiskan sepinggan :P



Semua juadah kampung je aku masak. Sedap! hehehehe..

Harini aku nak berbuka dengan roti telur je sebab hubby on duty. Pastu ada roti nak kena habiskan sebab dah lebih dari expiry date. Nanti malam-malam sket baru makan nasik kot Ikan singgang semalam ada lagi.

Sekian cerita main masak-masak :)

Wednesday, August 1, 2012

Dah Masuk Bulan Lapan!

Assalamualaikum,

Cepatnye masa berlalu. Aku tak perasan pun sebenarnya harini 1 Ogos. Perasan pun sebab ramai sangat yang dok pst kat facebook, "1 August 2012," "Ogos dah mari.." Barula diri ni pun sedar terus buat status hal Ogos jugak hahaha...

Erm selalunye alert je bila bulan berlalu sebab dulu keje kan. Every month ada month end closing. First week of the month kena submit pelbagai report. Memang alert sangatla. Now dah tak keje, dok rumah je hari-hari, dah tak ingat tarikh sangat dah. Even my own birthday haritu pun aku takde nak ingat sangat. Cos it's nothing special. Dulu kalau keje ada kawan-kawan yang bawak keluar makan. Wajib ada team lunch bila ada birthday sape-sape. Now dah kat rumah sendiri ni takdenyela... Ceh ngengada kan. Nak sedih hubby tak ingatla tu. Kata tak kisah... Piiraahh hehehehe...

4 bulan lagi dah nak masuk tahun baru dah kan. Apa yang aku dah buat tahun ni? Oh my. Nothing! Except for being a mother lah. Other than that macam takde ape je. It makes me wonder, apa yang aku nak sebenarnye dalam hidup aku ni. Hmmphh..

Aku dah start cari keje balik. Tapi tak taula ada yang tersangkut ke tak. Susah la keje kat sini. Sape nak amik outsider macam aku? Of course employer kat sini cari local je. Senang. Bleh bagi gaji murah. Aku tak kisahla gaji murah pun. As long as aku keje and I have my own income. Sape nak jaga Shaheem? Aku tawakal je. Moga-moga nanti ada orang yang aamaaat baik untuk jaga dia. Aduh sedih bila pikir-pikir. Tapi terpaksala. 

Raya pun tak lama dah. Jeles tengok orang buat persiapan untuk family masing-masing. Aku nak siap ape pun tak tau. Tak retilah wei. Baju raya sendiri dah ada dah. Hubby pulak, entahla dia. Katanya pakai yang mana ada je. Tak bestnya tak sedondon huu.. Tapi takleh keluarkan hal sedondon ni ngan dia. Nanti dia sound aku balik macam tahun lepas heh. Untuk anak pun aku takde siapkan ape. Hubby cakap tak payah sibuk nak beli sekarang. Balik kampung baru cari. Tak pun pakai yang mana ada je. Kesian Shaheem :(

Oklah, takleh nak membebel panjang. Sementara Shaheem tido ni aku nak masuk dapur. Masak untuk berbuka nanti. Nak masak ape pun tak tahu lagi huuuuuu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...