Saturday, July 28, 2012

I'm 27 Years Old Today

Assalamualaikum,

Yep, saya berusia 27 tahun harini. 28 Julai 2012. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas kurniaan usia ni.

27 tahun. Tuanya rasa haha.. Pada usia 27dah berkahwin, dah ada seorang anak. Alhamdulillah. Pemberian Allah SWT yang sangat berharga. What's next? Wallahualam. Semoga yang baik-baik saja kan?

Sambutan? Takde ape sambutan pun. Bulan puasa kan. Nak makan-makan pun takleh. And plus aku kurang sihat. Batuk, selesema, sakit kepala. Hubby kata, "lekat adik kottt..." huahuahua... Nehi nehi.. Aku period lah! Lekat betul baru tahu nak hepi ke nak gelabah hehe...

Oh by the way, hubby tak ingat pun harini birthday aku. pfffttt... Dia tahu pun after kakak aku call nak wish birthday. Aku diamkan je. Malas la nak canang harini birthday aku kan. Kang orang kata aku pathetic pulak. Kalau dia ingat takpe. Tak ingat pun takpe. Doesn't matter. Malas nak merajuk merajuk sebab dia lupa. Letih. hehe.. Lagipun aku memang dah agak dah dia tak ingat.

Dah dia tak ingat takdela hadiah-hadiah spesel kan hehehe.. Buka puasa pun beli je harini. Hubby by time-off untuk aku harini. Tak payah masuk dapo. Hadiah birthday katanya. Plus sebab aku sakit.

Eh kla. Shaheem dah nangis.

Tata!


Wednesday, July 25, 2012

Kali Pertama Berpuasa di Sabah

Assalamualaikum,

Salah salah.. tajuk post kali ni sepatutnya berbunyi macam ni,

" Kali Pertama Berpuasa di Sabah, Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami, Kali Pertama Berpuasa dengan Anak Kecil, Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh dari Keluarga."

Takleh nak pikir dah kali pertama apa lagi....

Kali Pertama Berpuasa di Sabah. Apa perasaan? So different hokay! Especially timing bukak pose laa... Dulu masa kecik-kecik bila tibi tunjuk waktu berbuka puasa, aku mesti jeles dengan orang-orang Sabah, Sarawak. Yela, pukul 6 lebih dah berbuka. Kalau kat Semenanjung pukul 7 lebih. Sejam beza! Tapi sebenarnye tuan-tuan dan puan-puan, takde beza pun..... Pukul 6 kat sini sama je dengan pukul 7 kat Semenanjung tu. Sabah ni kan paling timur letaknya dalam peta Malaysia, jadi Sabah menerima cahaya matahari terawal dan matahari pun terbenam awal. Subuh kat sini pukul 4.48 pagi, pukul 6 pagi dah cerah terang benderang dah. Sama macam pukul 8 pagi kat Semenanjung. Maghrib pulak pukul 6.35 petang. Memang dah gelap dah time tu. 

Eh apehal aku membebel pasal masa pulak ni huahuahua.. Tak semena-mena.

Erm kat Sabah ni lain sebab aku takde nafsu nak pegi Bazar Ramadhan/Pasar Ramadhan/Param/ape-ape je yang korang panggil. Takde nafsu sebab tak berselera tengok makanan yang dijual. Heh kejamnye statement. Mungkin sebab baru lagi dok sini so tak reti lagi nak try makanan orang Sabah. Slowly lah belajar. So far dah 5 hari puasa ni aku hanya pergi Bazar Ramadhan dalam base Ahad lepas. Kecik je pun. Dan yang berniaga pun kebanyakannya orang Semenanjung. So juadah pun juadah dari Semenanjung lah. Aku beli nasik kerabu, kuih muih. The next day pulak hubby beli laksam. Sumenye not bad lah.

Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami. Yep, ni Ramadhan pertama. Ramadhan tahun lepas kami berjauhan. Hubby di Lumut, aku di Putrajaya. Masa tu pulak aku tengah pregnant so tak larat nak travel pegi Lumut. Hubby pulak berniaga kurma di Pasar Ramadhan dalam base. Sedih woo tak dapat puasa sekali. Dahla baru kawin kan. Sebelum ni dah berfantasi dah nak bukak puasa sama-sama, nak sahur sama-sama, nak pegi terawikh sama-sama. Bila fantasi tu tak menjadi kenyataan memang sedih sobsob. Lebih-lebih lagi bila tengok orang lain yang baru kawin sama macam aku dok post kat Facebook betapa bahagianya mereka berpuasa dengan suami. Ahh angin jeles datang berderu-deru tauu... Tapi takpe, yang tahun lepas dah lepas dah. Tahun ni, syukur Alhamdulillah, Allah bagi kami peluang untuk menyambut Ramadhan bersama :)

Dah jadi isteri ni jadi tanggungjawab aku la kan untuk sediakan makanan berbuka, makanan bersahur untuk suami. Alhamdulillah belum gagal hehehe.. Baru 5 hari puasa dah cakap besar :P Hari pertama berbuka aku masak. Menu gulai lemak pucuk paku, ikan kerisi goreng. Hari kedua berbuka, nasik kerabu beli kat bazar dalam base. Beli sebab dah lewat dah nak masak. Haritu pegi melawat kawan dalam base. Hari ketiga, makan burger ngan laksam. Burger buat sendiri, laksam beli kat bazar. Hari keempat, ni haa yang aku masak

Gulai ayam, sotong celup tepung, tom yam balance sahur hehe, ikan rebus, petai, budu.
Kuih puteri mandi tu pulak hasil air tangan suami tercinta <3

Gigih masak gulai ayam sambil sebelah tangan dokong Shaheem. Last last my beloved pumpkin makan nasik ngan budu, petai, ikan rebus jeee.. Sentap mak huhu... Apa buleh buat, tu fave dish dia. Kalo tak hidang yang tu, tak selera pulak dia makan huhu. Redha. Menu hari kelima iaitu hari ini, ikan goreng dengan balance gulai ayam semalam je. Hubby on duty harini (sebab tu blog berupdate kiki) so tak perlu nak masak beria.... Esok. erm aku tak tau lagi nak masak ape. Pening jugak eh nak masak-masak ni. Lebih-lebih lagi aku ni tak reti masak hehehehe.... But at least aku ada usaha jugak kan. So kasik can laaa... 

Oh ye, jiran aku kan, paaaandai sangat buat kuih. Dan dia pun raaaajin sangat bagi-bagi kat jiran. Huu segan aku sebab aku selalu tak tau nak balas balik dengan ape. Haritu beli laksam je bagi dia. Nak buat kuih sendiri mana aku reti huhuhuh.. 

Erm sahur pulak, aku bangun pukul 3.30 pagi. Panaskan lauk berbuka je. Aku normally dah asing siap-siap dah. Aku wajib bersahur. Kalau tak bersahur aku memang boleh lembik huhu. Hubby pun wajib kena sahur!

Kali Pertama Berpuasa Dengan Anak Kecil. Oh sangat mencabar ok! Walaupun orang cakap aku bernasib baik sebab tak breastfeed Shaheem. Kalu breastfeed sure lembik time puasa. Eh tak breastfeed pun lembik jugak tauuuu.... Mungkin tak lembik sangatla hehe.. Shaheem kalo nak tido, nak berdukung je. Dia dahla almost 9kg kot? Huii nak patah pinggang. Pastu kalau nak masak kena tunggu dia tido baru bleh masuk dapur. Kalau tak, kena ngadap dia je. Kalau my pumpin ada blehla gilir-gilir dukung atau pegang dia. Macam harini aku sorang je yang handle. Aduiii penat sehh... Ni nasib baikla dia dah tido. Bleh aku update blog! hihihih

Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh Dari Keluarga. Sedih, sayu, pilu :(.. Lebih-lebih lagi mak tak berapa sihat sekarang. Bila call tanya buka dengan apa mesti mak jawab, "erm tak tau la lagi. mak pun tak larat nak masuk dapur." Aduh, sayu je rasa huhuhuhu... Ingat lagi kalau dulu-dulu meriah betul bila berbuka kat rumah mak. Lauk dah macam-macam. Air pun 2,3 jenis. Makan ramai-ramai memang syokkk... Tapi sekarang kat kampung masing-masing sibuk. Bila ada masa je bleh kumpul ramai-ramai. Haih, rindu dengan keluarga kat kampung uhuhu... Dulu dok Putrajaya ada jugak amik cuti balik kampung kejap. Sekarang taklehla. Tiket mahalun! Tapi jangan sedih-sedih, insyaallah 13hb nanti kitorang balik Semenanjung. Blehla berpuasa kat kampung pulak. Insyaallah :)

Sekian cerita kali pertama aku hehe..

Selamat berpuasa untuk korang sume! :)

Friday, July 20, 2012

Nak Private Blog

Kenapa?

Sebab... lately rasa macam jiwa kacau bilau. Emosi tak stabil. Emosi tak stabil sokmo aku nih. So rasa macam perlu meluahkannya. Nak luah kat orang, tak tau nak luah kat sape. So senang luah kat blog sendiri. Bila nak luah-luah perasaan ni rasa macam tak best pulak bila ada yang baca. Pulekk... Bukan ke nak luah kat blog supaya orang baca dan komen? Kalau takde orang komen sedih pulak kan muahaha.. Rasa segan la bila orang baca luahan hati aku ececece... Segan dan takut orang salah paham. Takut orang pikir bukan-bukan... 

Tapi...

Kalo private blog, bila orang google tak kuar la blog aku kan? Sikitla unique visitor nanti. BE ME sume tak jalan la kann? Sikitla earning aku nanti. Waaa...

Ceh nampak sangat blogging sebab duit hehe.. Takdela, aku blogging bukan sebab duit tapi sebab passion okeh. Passion suka mengarut sorang diri. Orang baca tak baca aku no hal. Tapi sekali lagi, kalu takde orang komen sedih lak eh hahaha.. dasar......... Duit duit ni bonus je. Sebelum ni mana aku tau pasal Nuffnang. Ala earnings aku pun cinonet je. Dari tahun 2009 aku blogging, sekali pun aku tak pernah cashout. Nak cashout buat apenye, bulan lepas baru cecah RM100 ngehngeh.. 

Lagi satu sebab aku blogging ialah sebab aku nak share ape-ape yang aku rasa menarik. Untuk semua orang tahu..Tapi, luahan perasaan aku tak semua perlu tahu kot ek? Yela, takut ada yang menyampah. Takut ada yang mengeksploitasinye lalu mengambil kesempatan ke atas aku. Especially the haters. Err aku tak penah pulak la dapat private message ke ape dari orang yang tak suka apa yang aku tulis dalam blog ni. Tak pernah. Tapi aku rasa aku ada ramai silent reader. Aisey perasan pulak khenn. Sebab bila check keywords ada je yang google nama aku. Means ada orang nak tau pasal aku kannn... Jadi kena lebih berhati-hati di situ. Sebab aku tak tau mereka baca sebab suka atau sebab tidak suka.

Kepada silent reader saya, terima kasih sebab sudi membaca blog saya. Perkenalkanla diri, buleh saya kenal-kenal sape anda ;)

So nak private ke tak nak nih??

Eh bleh buat entry yang kena letak password tu kan? Yang aku sorang je leh tengok tu kan? Ada kan? Macamana nak buat?

Wednesday, July 11, 2012

Cerita Campur-campur

Assalamualaikum!

Haha aku ni sekejap ada sekejap takdo je kannn... Busy busy.. Walaupun tak bekerja ikut opis hour, aku tetap busy. Busy menjaga anak! Takleh lepas sikit dari pandangan mata. Penah sekali aku syok sangat dok berfb, anak kat belakang dah tertonggeng dah. Meniarap tak kena cara kikiki.. Kesian anakku... So aku dah had kan masa online hanya bila dia tido. Tho laptop and bradband aku on 24/7. Chat fb tu nampak je selalu hijau tapi aku idle sebenarnye tuh hehe.. Berblogging pulak aku tunggu bila my pumpkin duty baru berani nak update blog kiki.. Aku seganle nak update blog depan dia. Tak suka dia baca.. Banyak kot rahsia hati aku dalam blog ni hehe.. Tapi kalo dia ada baca senyap-senyap wallahualam lah....

Anywaysss... yes, Shaheem my 4 months old son dah pandai meniarap! Yeahooo!! One big achievement for him so far. Dia meniarap masa umur 3 bulan, 3 minggu, 3 hari on 30th June. Pandai anak mama pilih umur dan hari. 30 Jun tu birthday Mak Tok yang ke 65 :) Lambat ke dia meniarap? Tak kottt.. Biasala tu kan.. Eh ada budak tak meniarap pun. Terus merangkak. Haibat! :D


Sekarang dah makin pro dah meniarap. Sampai tido pun nak meniarap jugak.. Aku biasanya awal-awal je biarkan dia tido meniarap. Lama sket aku betulkan balik. Sebab takut dia sakit dada ngan perut meniarap lama-lama. Dan ada orang share dengan aku katanya tak elok tido meniarap. Tu cara orang tido dalam neraka..

Baca ni untuk pencerahan -  Kenapa tak boleh tido meniarap?


Anak dah 4 bulan umurnye. Alhamdulillah. Dia membesar dengan sihat. Semoga sihat sokmolah anak mama ni ye. Rambut tak tumbuh-tumbuh haha.. 9 bulan dok dalam perut lebat je rambut Shaheem. Kena tunggu 9 bulan lagilah ye kalo nak lebat macam baru lahir dulu. Tapi aku rasa macam tak je huhu.. Tetiba rindu masa dia ada rambut....  Dah pakai cd sepenuhnye. Kot? hehe.. Kat rumah memang fully cdla. Dari pagi sampaila ke tido. Kalu keluar kejap-kejap atau setakat nak pegi Tuaran je aku pakaikan cd jugak. Kalau nak pegi jauh macam tak berani je. Alhamdulillah la so far pakai cd memang takde masalah.  Enjoy sangat! Bulan Julai tak beli pun stok Drypers sebab yang bulan Jun 2 pek lagi tak bukak.. Biso dop? hehe... Suka suka.. And hubby pun suka jugak. Haritu aku nak pakaikan Shaheem Drypers je sebab rasa bersalah je tengok belum bukak lagi. Takut bukak nanti dah tak muat saiz. Tapi hubby cakap, " eh tak payahlaa. pakai jela cd.." Aku macam, hmmphh ni dia nak perli aku ke hape hehehe... One time dia penah tanya, "cd ni bleh ke jimatkan 64 keping Drypers tu?" Aku jawab, "eh mestilaaa... kan 2 bungkus tak bukak lagi tuuuu..." Dia senyum jelaa hehehe....

However..... langit tak sentiasa cerah kann huhu.. Harini terrrpaksa guna Drypers sebabnye rumah takde air! Kalu takde air macamana nak basuh cd tuhh? Terpaksala kan... Takde air dari subuh pukul 5 pagi. Tetiba dengar hubby panggil dari toilet, "yangg, amik cetong. Air takdok! Nak cebok air dale tong nihhh" kikiki.. Nasib baik kitorang dah prepare tong besar. Dalam tu memang dah berisi air. Dah prepare sebab kat rumah ni selaaalu sangat takde air. Kemuncaknye masa aku tengah sarat pregnant dulu and masa aku dah lahirkan Shaheem. Bayangkan masa Shaheem dalam hari tu takde air. Sebab tu la hubby pegi beli tong besar tu. Masa tu teruk sangat takde air. Navy siap hantar bantuan lori tangki air tu. Hubby dengan selamba angkut pinggan mangkuk tak berbasuh, pegi basuh kat lori tuh haha... Kenangan kenangan.... Air ada balik pukul 11 lebih tadi. Lamanye la aihh.. Katanya ada paip bocor di blok B. Dorang tutup main supply. Dugaan betul takde air ni. Nak mandi susah, nak kencing susah, nak berak susah. Shaheem tadi berak aku lap-lap dengan baby wipes je huhuh.. Terpaksala nakkk....  Bila air dah ada tadi cepat-cepat aku isi tong bagi penuh balik, cepat-cepat basuh pinggan mangkuk dan cepat-cepat basuh baju. Takut esok pun takde air jugak. Naye naye...

Tula yang tak bestnya dok sini. Takde air. Tapi yang lain-lain ok. Aku suka dengan persekitaran dia. Cantek! Rumah pun ok sebab ada beranda sendiri. Bolehla nak jemur baju. Nak lepak petang-petang tengok sunset, tengok Gunung Kinabalu dari jauh... Erm dengar cite hujung tahun ni dah nak kena pindah tempat lain sebab SPNB nak amik alih balik. Tempat baru pulak tak jauh mana pun dari sekarang. Tapi orang kata rumah tu tak best macam sekarang. Takde balkoni. Flat seflat flatnye. Sadis! Tak bestnye nak kena pindah. Nak sewa sendiri mahal la pulak rumah kat sini.. Nak pindah masuk dalam, sama jugak. Orang kata rumah kat dalam teruk kondisinye huhu.. Aku malas jugak sebenarnye nak dok dalam. Leceh.... Haih donnola. Tunggu akhir tahun. Insyaallah aku update hal rumah ni :P

Ape lagi nak cite eh?

Haa good news! Aku dah bleh shopping online! haha.. Kan sebelum ni aku cakap aku susah nak shopping online sebab masalah pos kat rumah aku ni. Well, worry no more cos Pos Laju masuk je dalam ni! haha.. Alkisahnye haritu aku dok sidai baju kat beranda rumah. Then jeng jeng jenggg mata aku nampak van Pos Laju berhenti kat parking blok sebelah. Wah masa tu mata aku dah bersinar-sinar dah. Then minggu depannye aku nampak lagi van tu! Kali ni kat depan blok aku pulak. Haha seronok kemain aku... Tanpa membuang masa, masa duit tengah banyak, aku pun belila fitted diaper online. Aku cakap dengan penjual tu suruh hantar ke alamat rumah aku guna Pos Laju. Dia pun pos la hari Jumaat lepas. Orang pos bagitau dia hari Selasa akan sampai. Harini Selasa kan? hehe.. Pagi tadi ada orang dari pejabat pos call bagitau dorang akan deliver barang petang. Seperti yang dijanjikan dalam pukul 4 petang camtu, ada la orang ketuk pintu rumah aku. Yabedabeduuu barang dah sampai!! eekeke.. Seronok seronok! Maka terbuktila kan, Pos Laju takde masalah kat rumah aku nih. Haa blehla shopping online lagi pasni haha.. Sekarang tengah gila nak beli toys for Shaheem. Kesian dia dok main dengan tangan sendiri je.. Heh lepas ni, pakcik Pos Laju tu dok mengetuk pintu rumah aku jela hahahaha... 

Seronok seronok jugak. Jangan boros udahle ye? 

Dah tu jela cerita yang ada.. Ni pun dah kemain panjang aku membebel hehehe... Rajin-rajin aku update lagi ye.

Bubye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...