Tuesday, June 26, 2012

Update 2 Minggu di Sabah

Assalamualaikum,

Shaheem tido, line laju! Yayy mari update blog yang dah bersawang! :P

Apa kabar semua? Ada ke yang tunggu aku update blog ni? hehe.. Dah balik Sabah ni aku tak sempat sangat nak mengadap blog. Kalau facebook sempat jugakla jenguk sekejap sekejap. Nak up status tu blehla. Nak upload gambar tunggu line laju dan bila masa pun ada.

Susahla nak duduk depan laptop lama-lama. Shaheem tido bolehla. Kalau dia tak tido, mulut dia bising mintak diangkat. Bosan agaknye duk terbaring je. Kekadang kesian kat dia sebab dia takde toys walau satu pun huhu.. Bosan-bosan, dia main dengan tangan sendiri je. Adei, nantila mama beli toy ekk.. Shaheem pun dah pandai nangis dah sekarang kalo kena tinggal sorang. Dulu kat rumah Mak Tok dia ok je kalu aku tinggalkan dia kejap. Pergi dapur ke, toilet ke. Tapi sekarang...... aku hilang kejap je dah meraung. Aku ada depan mata elok-elok je sengih. Aduila anak... Macamana mama nak buat keje? Sudahnye, aku tunggu dia tido dulu barula bleh buat keje rumah. Masalahnya, siang hari dia tido sekejap-sekejap je. Dalam 15-30 minit. So mama kena buat kerja laju-laju... Basuh baju, basuh pinggan, masak semuanya dalam masa dia tido tu.

Serius, aku tak reti lagi nak urus masa uruskan rumah tangga dengan kehadiran Shaheem ni. Slowly la kot kan. Rumah hari-hari bersepah. Padahal anak kecik lagi, Tak paham aku. Hubby cakap kena buat 5S  haha.. Mentang-mentangla dia baru lepas kursus 5S..


* I'm typing with 1 finger. Sebelah tangan lagi tengah bagi susu kat Shaheem. Am I SUPERMAK or what? Kan kata Shaheem ni tido kejap je *


Dah 2 minggu dok Sabah. 2 minggu jugakla kitorang sekeluarga sakan berjalan. Bawak Maksu Shaheem jalan-jalan kenal Sabah. 


* Yayy Shaheem dah tido balik hehe *

Makan puding kelapa & lokan panggang tepi jalan

Melawat Tuaran Crocodile Farm

Makan Kenny Roger's Roasters di CP, KK sempena 1st anni. Thanks my pumpkin belanja ;)
3 plates for me, my pumpkin and my sis ye. Not for Shaheem hehe

Ke Kundasang lagi! Melawat Kinabalu Park, Pekan Kundasang, Tagal Sg Moroli, Poring Hot Spring & Desa Cattle Dairy Farm


* Eh Shaheem dah bangun T_T *

Jalan-jalan pun during weekend je tu. Weekdays my pumpkin keje. Insyaallah esok malam nak pegi makan di Tanjung Lipat pastu nak pegi uptown kat bandar KK tu.. Adik aku nak beli serba sedikit souvenir nak bawak balik.  Mak pun dah pesan ikan bilis sekilo. Baik mak!

Sabtu ni adik aku dah nak balik. Huwaaa.. I'll be lonely after that. Entah camanela nak handle Shaheem sorang-sorang. Masa adik aku ada, kalo Shaheem nangis time aku tengah mandi ke ape, blehla dia tolong angkat tolong pujuk. Lepas ni?? Huuuuu.. Doakanla aku bleh survive jaga anak sendiri yeee...


Nanti aku update lagi ye. Daa!




Sunday, June 10, 2012

Jalan-jalan di Kota Bharu

Assalamualaikum,

Ini cerita hari Jumaat, 8 Jun 2012. Jalan-jalan di KB sebab nak cari hadiah anniversary. 4 hari selepas hari ulang tahun baru terhegeh-hegeh nak cari hadiah untuk my pumpkin hehe..

Kenapa perlu bagi hadiah?? Untuk menunjukkan perasaan kasih dan sayang aku kepada dia dalam bentuk kebendaan.. Boleh buat kenang-kenangan orang kata.. Biar nampak depan mata. Aku tak mampu nak bagi bulan bintang, aku tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal. Cuma mampu bagi apa yang termampu sajalah. Beli tu guna duit hubby jugak sebenarnye haha.. Dah takde income sendiri kan. Guna la elaun bulan-bulan tu hehehe... Hadiah biasa-biasa sahaja. Walaupun tak mahal sangat, hopefully my pumpkin will love it. Bukan harga yang penting. Yang penting keikhlasan dan ingatan kan kan...

Apa hadiahnya??? Sabar sabar.. Takleh reveal lagi sebab hadiah belum sampai ke tangan my pumpkin. Aku balik 14hb ni baru nak serah kat dia. Suprise surprise.. Eh surprise ape kalo dah bercerita kat blog? Heh worry not.. my pumpkin won't read this. Gerenti 100%! Dia susah nak online. Kalau boleh online pun bukan dia tahu url blog aku nih ekekeke.... Butttt, walaupun dia tak baca still kena berahsia jugak apa hadiahnya hehe.. Kot kot laa dia bleh baca plak ke blog ni. Hubby darling, nak hadiah tunggu 14hb ni yeee ;)

Tak sabar nak balik Sabah, nak bagi hadiah tu. Nak tengok riak wajah dia. Nak tengok respons dia hihihi...

Anywayy, back to the title.. Nak cerita pasal jalan-jalan di Kota Bharu. Thanks to my dear sis yang tolong bawak jalan-jalan dan bawak pegi kedai nak beli hadiah. Thanks jugak to my bro yang bagitau kat mana lokasi kedai yang ada jual barang yang aku nak tu. Thanks to my adik and anak sedara yang jadi peneman. Penatla nak melayan kamu semua! hehe..

Ni first time jugak aku bawak Shaheem jalan-jalan kat KB. Kesian dia kannn.. Asyik dok dalam bilik, dok dalam rumah je... Kalau keluar pun pergi KKIA je... Ada sekali dua pergi rumah makcik aku. Tu jelah.. So Jumaat lepas amik peluang untuk bawak dia sekali. Nasib baik Mak Tok bagi permission hehe..

Shaheem nak jalan-jalan tengok donia dengan mama!
Muka Shaheem excited habis kuikuikui

Memula pegi kelas swimming anak buah aku. Tapi kelas cancel pulakk.. Kelam kabut budak-budak ni salin baju dalam kereta. Sebelum tu masing-masing pakai swimming suit. Takkanle nak berjalan pakai swimming suit kan hehe.. 

Then, kitorang ke kedai aku nak beli hadiah tu. Tetttt takleh bagitau kat mana and kedai ape hehehe... Siap membeli belah di sana, kitorang ke Parksons di Kota Bharu Trade Centre (KBTC). Tengah-tengah bandar Kota Bharu. Heh, tempat aku selalu lepak masa sekolah dulu. Dulu mana ada KBTC ni. Dulu kat tengah-tengah tu ada tempat parking besarrrrr.. Petang-petang selalu ada pasar malam kat situ.... Tapi itu dulu, 10 tahun yang dulu.. 

To be honest ni la first time aku jejak kaki ke Parksons di KBTC ni hehe.. Jarang balik kampung maa.. Kalau balik pun tak suka pergi KB. Jem ngalahkan KL! Besar jugakla KBTC.. Cuma masalah parking jela.. Ada basement parking tapi akak aku cakap susah nak masuk. Entrance dia macam curam sangat. Akak aku tak berani nak drive masuk. Parkingla kat tepi-tepi jalan. Nasib baik ada kosong masa kitorang pergi haritu. Oh ye, takleh parking sebarangan. MPKB rajin je saman orang salah parking ni. Aku penah kena! sobsob..

Masuk dalam KBTC, mula-mula cari kedai makan. Akak aku cakap dalam tu takde kedai makan sebenarnye. So kitorang plan nak pergi McDonalds seberang jalan. Oh McDonalds yang aku selalu pegi time sekolah dulu hihi... Tapi, tak jadi pun makan kat McD sebab ada satu kedai makan dalam KBTC. Baru bukak jugak rasanya sebab ada banyak bunga orang hantar congratulating on their opening. Ichiban ke ape tah namanya... Makanan banyak choices. Air pun macam-macam jenis. Geram nak try semua haha..

Aku minum 3 layer tea.
Ye ye.. aku dah minum ais dahh 

Makan pulak, share dengan adik.
Chicken chop with brown sauce

Kakak aku order chicken chop biasa for Hafiy and chicken chop with black pepper sauce for Alia & Alissa. Air pulak, akak aku share dengan Alia, Mocchachino ke ape ntah, Alissa & Hafiy minum air coklat (lupe nama dalam menu). Adik aku minum sama macam aku.. Order juga rojak buah as side dishes. Ada buah belimbing. betik, nenas, kedondong. Total cost, RM71.00. Gulppp telan air liur jap. Mahal! Ayam takdela besar sangat. Lemak je lebih. Rasa pun so-so sahaja. Yang sos black pepper tu sangat tak sedap bagi aku. Akak aku cakap rasa macam rempah ubat orang berpantang. Aku pulak rasa macam kari je haha.. First and last kot makan kat situ..

Siap makan baru pegi jalan-jalan. Masuk Parksons. Oh ye, masa tengah makan tu Shaheem tido. Gambar previous entry aku tengah riba dia la tu sambil tunggu makanan sampai. Masuk dalam Parksons dia jaga. Maybe sebab aku dok bahagian toys. He can sense it maybe hehehe... Terus aku letak dia dalam baby carrier sebab tak larat nak dukung. That boy weighs 6.5kg ok!

Pakai baby carrier Tollyjoy.
Beli di Pacific KB Mall dengan harga RM89.90. Kakak saya sponsor RM50. Masyeh! hehe..
Shaheem ok je dok dalam tu. Cuma aku yang risau takut dia lenguh belakang atau pinggang. Akak aku cakap ok je dia tu. Sebab pinggang dia n belakang dah kuat kan. Carrier ni pun senang je nak pakai. Cumanya, Shaheem ni kan suka sangat hisap bahagian tepi carrier yang kena mulut dia. Sila rujuk gambar no 2 kat belah atas. Nak elak dari dia dok hisap benda tu aku letak jari aku. Baik dia hisap jari aku kann.. Macamana nak buat eh, tak kasi dia hisap??


Bila letak Shaheem dalam carrier senangla sikit aku nak bergerak. Dia pun ok je. Tak meragam. Pandai Shaheem ni. Bila aku stop berjalan mulala dia meronta-ronta. Bila aku berjalan diam je dia hehe... Beli carrier ni sebab nak pakai time kat airport nanti. Penatla nak dukung dia berjam-jam. Buh je dalam ni. Dok diam-diam hehe. Niat di hati nak beli SSC.. Macam Boba tuh.. Waa syomel. Tapi harga pun bleh tahan kan. Takpela, sekali lagi, pakai yang mampu milik sahaja....... 

Tak beli pape pun kat Parksons. Oh, anak buah aku Alissa je berjaya menyogok mamanya beli doll baru.. Hishh doll lama pun bersepah-sepah kat rumah nihhh beli lagi yang baru!Kids.. aku dulu pun camtu jugak kot hehehe.. Tunggu Shaheem besar, abesla mama abah kalo pegi bahagian toys kan kan hehe..

Kemudian, beralih pulak ke Giant di tingkat bawah. Kakak aku nak beli barang rumah sikit. Aku pulak hajatnya nak beli susu Shaheem. Masuk Giant, aku nampak seseorang yang macam pernah aku kenal.. Hehe, classmate SMK KL daaa.. "Kak Wani Amalini!" Dia panggil aku... At first aku konpius jugak. Ingat-ingat lupa nama dia hahaha.. Aku ingat je, Pija nama dia..Dia keje kat Giant. Setahu aku sebelum ni dia keje KL.. Dia bagitau dia dah berenti keje kat KL, balik kampung sebab ayah dia masuk hospital, sakit jantung... Katanya, kat rumah takde orang laki, so dia balikla. Bagus-bagus. Anak yang bertanggungjawab. Sempatla sembang-sembang kejap. Tanya kabar kawan-kawan yang lain.. Tak sangka dapat jumpa dia. Selamat bekerja Pija. Semoga ayah cepat sembuh!

Then aku cari la susu Snow Shaheem. Pehhh dekat Giant KBTC ni mahal! RM59.80. Sama harga di Sabah. Terima kasih jela, memang aku tak beli huhu... Kedai lain boleh jual RM56.50 je. Kenapala Giant yang terkenal dengan harga terendah boleh jual mahal macam tu? Keluar dari Giant dengan tangan kosong sahaja..

By that time dah nak dekat pukul 6 petang dah. Cepat-cepat balik sebab hujan..

Tu jela kisah jalan-jalan di bandar KB sebelum ke Putrajaya 11hb ni dan kemudian ke Sabah 14hb nanti...  We'll miss you, Kota Bharu! Tanah tumpahnya darahku :)

Wajah-wajah yang bakal dirindui..



Huuu sedihnye nak tinggalkan korang 

/no



Saturday, June 9, 2012

Late Night Mumblings Again

Assalamualaikum,

Seperti malam-malam sebelumnya, mata tak nak pejam walaupun dah pukul 1.37 pagi. Urgh kenapakah wahai mata? Banyak pikir ke aku ni sampai tak lena nak tido?? Mungkinla. Memang banyak benda dok pikir. Tak habis-habis dok pikir benda sama. Letih dah rasanya huhu... Next time la aku share ape benda aku dok pikir sangat tu. Kot kot korang leh tolong pikir sama hehehe...

Anak teruna sorang dah laaaama tido. Macam biasa jugakla. Tido dengan macam-macam gaya. Kejap-kejap geliat.. Geliat siap bunyi suara. Mama pun intaila kot kot dia terjaga nak susu. Tapi tak. Hampa. Mama bosan nih! haha.. Tadi lepas tidurkan dia (around 9pm), aku cepat-cepat pergi mandi. Dalam bilik air tetiba dengar suara dia nangis. Kuat gileeee.. Aku panik kejap. Nak keluar takleh sebab tengah busy (kuikuikui).. Harapkan adik aku jela. Dia nangis kejap je, pastu diam terus. Aku ingat adik aku dah bagi susu kot. Sebab tu dia diam. Keluar dari bilik air tengok dia syok je tido. Tanya adik aku nape dia nangis. Adik aku jawab, entahh.. Tetiba jekk.. Ngigaula kot tu.. Adik aku angkat, pok pok bontot terus dia tertido balik. Sampaila laaaa ni...

Syyyy... Budak demok tengah tidoooo

Adik aku pun dah tido dah ni. Selalunya dia lah peneman stay up online sampai lebam. Heh dia tido awal sebab laptop dia rosak daaa... Tetiba je pagi tadi dia nak on, dah takleh on.. Lampunye menyala, bunyi kipas pun ada tapi screen gelap gelita.. Tak taula ape masalahnya. Adik aku cakap dulu laptop dia dah pernah jadi camni. Hantar baiki, kena la dalam RM200++.. Lama pulak tu amik masa nak siap. Dia dah frust. Frust sebab dah rosak lagi. Bila rosak nak kena baiki. Nak kena guna duit lagi. Dia frust jugak sebab takleh bawak laptop dia ke Sabah (dia akan ikut aku nanti). Mati kutu la dia kat sana ehehehehe... Sabarla laling. Ape buleh buat.. Benda dah jadi. Ada la tu hikmahnye. Kak Wani nak tolong hulur duit nak repair pun tak boleh sebab Kak Wani sendiri pun perlukan duit huhu... Yang mampu saya tolong ialah, bagi guna laptop uzur Kak Wani ni ehehe.. Harap bersabarlah ye. Laptop saya memang lembab+slow+selalu hang+macam-macam masalah! Dapat update blog & stalk FB orang pun dah cukup bagus....

Laptop aku ni memang dah uzur. Umur dia dah 5 tahun ok! Beli tahun 2007. RM1999.00. Brand Compaq Presario V3000. Laptop adik aku pun Compaq jugak tapi entah kenapa tak tahan lama.. Laptop aku ni pun penah jugak dah rosak. Format pun entah berapa kali dah. Tapi syukur alhamdulillah, dia masih mampu berjasa untuk aku.. Walaupun memang kadang-kadang menyakitkan hati! haha.. Latest sakit hati sebab Google Search aku tak menjadi. Aku guna Google Chrome. Bila nak bukak page www.google.com mesti keluar macam ni..


Penat dah reload. Tak keluar jugak. Dah clear cache and cookies. Tapi still sama. Argggh tension! Susahla nak mengoogle informasi. Paling penting buat masa sekarang sebenarnye ialah aku nak google website courier service nama Kangaroo tu.. nak track kat mana parcel aku berada sekarang. Tengah menunggu botol TT yang dihantar Mama Panda Store hari Rabu lepas. Sampai sekarang tak sampai-sampai. Haihhh... bila takleh nak track lagi sakit hati. Dengg dengg dengggg X(

@};- Tolong sape-sape bagi url website Kangaroo Courier Service ni kat aku.. Masyehhh ;)
@};- Dan eh, tolong like page Mama Panda Store. Cukup 1000 tuan empunya store nak buat giveaway. Hadiah yummy yummy katanya.. Like la like laaa  @-)

Ok, kembali kepada ketensenan google chrome tak menjadi ni. Rasanya nak kena uninstall then install balikla kot. Hii malas sungguh! 

Bila google tak menjadi, nak update blog pun rasa macam lemau je. Baru je bersemangat waja nak buat scheduled entry banyak-banyak. Scheduled entry sampai hujung bulan ni kot. Sebab rasanya kat Sabah nanti susah dah nak online. Tak nak blog bersawang, kenala rajin buat scheduled entry kan. Tapi bila google search dah tak menjadi, otomatik rasa malas dah la nak buat sobsob... Dahla ada 2 blog nak kena update ni!! Haa terus nyesal buat 2 blog hahaha.. Dah nak kena maintain dua-dua.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kan kan... 

Google search penting untuk saya sebab, saya suka google info. Nak update blog kena ada info yang sahih. Barula bleh share. Google search juga penting sebab senang saya nak cari bahan bercerita di saat saya kehabisan idea nak merepek merapu. Selain daripada tu google search sangat penting untuk saya cari imej-imej yang comel untuk ditempek di blog. Takde imej comel, orang tak minat nak baca kan??? Aduhai google search, kenapa ini terjadi???

Okla, cukupla membebel. Dah hover panjang hehe...

Nite uols. Saya takmo tido lagi. Nak buat scheduled entry untuk lusa dan tulat dan tubeng dan the next next day.... 

Sebelum pen off, tempek dulu wajah latest tuan tanah...

Urghh look at moi!!
Tak segojes dulu kanss (bluwek, dulu pun tak gojes jugekk)
Muka cam pucat je. 
Jerawat kat muka tak payah cakapla. Penat nak kira.
Tudung men capai sahaja. Malas nak iron. 
Ni mujur sedang pakai contact lense. Cuba kalau pakai spek. Haha lagi horror wajahku!
Sedapkan hati dengan berkata, "this is natural beauty uolss!" :P
Nak sedapkan hati lagi, "kamera henpong adik aku ni tak cantekla shot dia. Kabur semacam!" :P :P
Haihh dah jadi mak mak ni malas pulak nak jaga penampilan.
Hishh have to change! Kang me pumpkin tak kenal bini sendiri hehehehe

Friday, June 8, 2012

Late Night Updates

Assalamualaikum,

Ahh dah pukul 2.35 pagi dan aku masih berjaga! Tak ngantuk langsung. Why why?? Dari dulu lagi aku macam ni. Payah benar nak tidur. Nak kata berjaga sebab anak berjaga tak jugak. Cos anak aku tido dengan sangat lena!!!

Phew lega sebab Shaheem bukan baby yang suka berjaga malam. Setakat ni la hehe.. Rutin tidur dia memang fix. Tidur dalam pukul 9 atau 10 malam. Pastu bangunla dalam pukul 3 pagi untuk minum susu. Pastu sambung tidur balik sampai subuh. Sometimes dia tak jaga langsung in between tu! Mama ni kalau ikut memang senang hati laa hehe... Dulu risau jugak takut Shaheem ni berjaga malam sebab masa pregnant pun aku selalu tido lambat. Tapi alhamdulillah lah dia okay... Saaayang Shaheem!

Salah satu gaya tido Shaheem yang macam-macam.
Dari lahir lagi kalau tido je nak posing gaya orang dewasa.
Apa-apa jelah anak..
Asal lena tido!


Sepatutnya bila anak tido, aku pun kenala tido jugak kan. Tak tau la kenapa takleh tido ni huhu.. Tapi aku yakin balik Sabah nanti sure aku takde berjaga malam macam sekarang hahaha... Kena paksa tido awal lagi kottt kehkehkeh...

Ermmm dah tak lama dah nak balik Sabah. Next week dah. Haih, hati ni berbelah bagi. Balik kang tinggal mak kat kampung. Tak balik kang tinggal husband pulak.. Aduhh kenapala Sabah jauh sangat?? Kenapa nak pegi Sabah amik masa yang lama?? Aku sedih sebenarnye nak tinggalkan mak. Nanti dia sure sunyi bila aku & Shaheem dah takde. Yelah, sekarang ni Shaheem la mainan dia... Shaheem la tempat mak hilangkan rasa sunyi dan bosan. Kat rumah ni bukan ada orang. Kalau aku takde, yang tinggal mak, ayah and nenek aku jela. Akak aku sebelah rumah ni ada je ngan anak-anak dia. Tapi dorang malam baru ada sebab keje & sekolah kan...

Mak pun dah selalu dah keluarkan ayat-ayat sedih bila main dengan Shaheem.. "Nanti Mak Tok sunyi laa Shaheem takde..." "Bilala Mak Tok nak jumpa Shaheem lagi..." Huuu... aku sedih :'( Mak tak sihat sangat sebenarnye. Uzur jugakla dia. Since kat Sabah masa temankan aku nak bersalin dulu lagi. Mak stress sangat. Sebab takut ape-ape jadi kat aku. Pastu pulak keletihan travel ape sume.. Hmmphhh...



Shaheem & Mak Tok
Nanti kita balik jenguk Mak Tok lagi eh..
Tak pun, Mak Tok je datang Sabah dok ngan kitorang hehe..
Mak Tok kena sihat-sihat selalu sebab mama & Shaheem saaaaayang Mak Tok!!


Ok dahla sedih-sedih. Dah pukul 3 pagi T__T .. I better go to sleep now.. Daa~

Thursday, June 7, 2012

Beg Duit Baru!

Assalamualaikum,

Heee semalam ke KB Mall bersama kakak, adik dan anak buah. Shaheem tinggal kat rumah dengan Tok Ayah, Mak Tok and moyang dia, Cik hehe.. At first nak bawak jugak. Tapi dia tertido pulak.. Kesian nak bawak since dia dah lena tidur. So tinggalkan jela kejap..

Kat ruang legar tengah-tengah KB Mall tu tengah buat promotion barang leather. Hand bags, belts, wallets for guys, purses for ladies dan baaanyak lagilah. Aku bila nampak ada jual purse terus excited hehe.. Dah lama dah nak beli purse baru sebab purse lama pemberian my pumpkin dah koyak rabak huhu.. Dah lama dah purse tu berjasa dengan aku.. First gift dari my pumpkin sebenarnye tu.. That's why aku amik masa lama nak tukar kepada yang baru haha.. Konon setia pada yang satu laa.. Memang setia pun eheh.. Lagipun purse tu tahan lasak. After 3 tahun baru koyak rabak. Selagi tak koyak aku rasa tak syok je nak tukar baru...


Purse cap Polo pemberian my pumpkin satu masa dahulu..
Dah nazak dah keadaannya..
Ni gambar dah siap-siap kosongkan pastu buang dalam tong sampah.
Hahaha kejam pulak rasa..
Isk rasa macam nak selongkar balik tong sampah tuhh...


Sori beg lama huhu.. Sampai sini sahaja kamu berkhidmat kepadakuu huhu... Lama kan bersama, 3 tahun++  lebih kurang..

Ini beg baru...

Cap Polo jugeee hehehe...
Harga asal RM239 kalau tak silap aku.
Ada diskaun 70% dapatla beli dengan harga RM47.80.
Cheap cheap kann?


Bahagian dalam.
Suka beg ni sebab ada dua layer, banyak poket dan tempat letak gambar ada tiga!!
Aku dah lama cari purse yang ada 2 tempat letak gambar sebab aku nak letak gambar mak & ayah dan aku & my pumpkin. Ni dapat beg yang ada 3 tempat kira bonus la. Satu lagi leh letak gambar Shaheem kan kan :)

Aku beli purse ni konon-konon hadiah untuk diri sendiri sempena anniversary hehe.. MMS kat my pumpkin then he said, "Yang, abang baru ingat nak belikan purse untuk sayang sempena ulang tahun. Abang tahu purse sayang dah koyak-koyak..." Heheheehhe.. takpela bang, simpan je duit tu. Tak pun, beli hadiah lain  untuk sayang ekeke. Hand bag keeeee :P

Kat KB Mall semalam intai-intai jugak hadiah nak beli untuk my pumpkin sempena anniversary. Tapi aku memang fail lahh bab membeli hadiah nihh.. Ikutkan hati nak beli macam-macam tapi masalah pulus lah huhu.. Susah jugak bila dah takde income sendiri.. Hmmm... Tapi aku dah tau dah nak beli ape hehe.. Nanti dah beli, dah bagi kat dia aku share kat sini ye ;)

Cuba korang teka ape benda nyeee...

Tuesday, June 5, 2012

Shaheem Sebaya Dengan Siapa? :D

Hewhewhew mama Shaheem takde keje.. Dok mengoogle anak Hollywood celebs yang lahir pada bulan Mac 2012. Sungguh-sungguh takde keje kan? haha..

Thomas Colton Padalecki
19 Mac 2012
3.8kg (woooo berat drpd Shaheem!)
Anak Jared Padalecki cerita Supernatural tuu..


Luca Cruz Comrie
20 Mac 2012
3.35kg

Eh dua ni je?? Hehh ada lagi sebenarnye tapi malas nak share sebab tak kenal sape hahaha...

Thomas, Luca nanti blehla main bola dengan Shaheem ye? Kehkehkeh...

Kenapa la takde baby girl. Kalau ada, boleh buat menantu muehehehehe...

Monday, June 4, 2012

1st Anniversary. Alhamdulillah Ya Rabb..

Assalamualaikum,

Hari ini, 4 Jun 2012, genap setahun perkahwinan aku dan pakcik labuku shayang hehe...Setahun sudah!!! Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku dok kalut-kalut prepare nak kawin.. Rasa macam baru semalam jari manis aku ni disarungkan cincin kawin.. Rasa macam baru semalam aku dengan dia bersanding atas pelamin.. Semuanya rasa macam baru berlaku semalam! Oh how time flies.. 

Now dah setahun dah.. Dah ada anak sorang dah pun. Anak pun dah umur 3 bulan (in 2 days time - 6 Mar).. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan kami rezeki awal. Ada la tu hikmahnya kan? Ada yang tumpang gembira sebab kami dapat anak awal. Ada yang ermm aku pun tak taula tumpang ape.. Bila dorang kata "hah dapat anak awal tak dapatla korang nak honeymoon berdua-duaan puas-puas.." " Dapat anak awal susah. Tak sempat nak enjoy berdua. Nanti dah nak kena bawak anak sekali.." Haa ni orang tumpang ape ni? hehehe.. Ape-ape jelah. Banyak benda positif aku dengar, banyak jugakla yang negatif. Apa-apa pun, aku terimanya dengan hati terbuka.

Susah ke ada anak awal ni? At first mungkin la.. Aku admit, masa aku mengandung aku rasa ralat jugak sebab tak bleh nak jadi macam pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Dari segi nak pergi berjalan la maksud aku. Benda-benda lain okkay jee hehe.. Orang baru kawin kann suka berjalan. Jeles jugak tengok orang ke sana sini dengan husband masing-masing. Aku pulak dah memboyot. Tak larat jalan dan nak buat ape-ape benda pun terbatas la sket. Kesian laki aku dan kesian kat diri sendiri wuhuhu.. Tapi bila pikir-pikir balik, kenapala aku nak jeles kan.. Tu lah silap aku dari dulu sampai sekarang. Suka sangat nak ikut orang sedangkan setiap orang ni ada perancangan yang berbeza. Allah dah tetapkan dah... Allah dah rancang untuk aku dan suami punyai anak lebih awal. Pasti ada sebabnya kan? Sama jugak kisahnya buat pasangan suami isteri yang belum mempunyai anak setelah sekian lama berkahwin. Pasti ada sebabnya. Percayalah, Allah ada perancangan yang terbaik buat hamba-Nya.. 

Eh panjang pulak membebel, ada ke yang nak baca ni :P

Apa-apa pun, setahun berkahwin ni boleh kata macam-macam jugakla yang kami dah belajar. It's not easy ok. Macam-macam dugaan nak kena hadapi. Kahwin ni bukan sekadar duduk serumah lelaki perempuan dengan sah, bleh buat benda-benda yang dulunya haram tapi kini halal.. It's more than that. Ada hati yang perlu dijaga, ada maruah yang perlu dijaga dan banyak lagilah. Slowly we're learning. Insyaallah dengan setiap pengalaman ni kami akan belajar untuk menjadi suami isteri yang lebih baik... Insyaallah dengan kehadiran anak ni akan menjadikan kami lebih dewasa dalam alam perkahwinan ni.. Anak ni akan menjadi pengikat kasih kami. 

Anniversary pertama ni takleh nak sambut bersama.. Sorang di Malaysia Timur. Sorang lagi di Malaysia Barat. Takpelah... 10 hari lagi, we'll be reunited. Nanti nak makan Kenny Rogers ehehh.. 

Pumpkin dearie,

Happy 1st anniversary! Dah setahun dah bang.. Banyak benda lagi sayang tak buat untuk abang. Ye la kan, setahun kawin ni banyak bulan kita tak duduk bersama. Nanti kita ganti balik all the time we have missed. Terima kasih sebab sentiasa bersama sayang waktu susah dan senang. Especially masa dalam labour room haritu haha.. I know that was the hardest thing for you to do kann.. Tapi demi sayang abang masuk jugak dalam LR. Love you even more for that hehehe... Kita lupakan yang pahit, kita ingat yang manis. Kita tinggalkan yang keruh, kita amik yang jernih. Let's work hard to be the best hubby and wifey and the best abah and mama for our darling son, Shaheem, ok bang? I love you with all my heart :x

Bergambar dengan hadiah anniversary..
Saif Shaheem our boy!
Produk hasil setahun kawin.
Dua tahun kawin keluar produk baru lagi.
Ada beran???
:P



Sunday, June 3, 2012

Khasiat dan Kegunaan Limau Purut

Assalamualaikum,


Kat belakang rumah mak aku ni ada sepohon pokok limau purut. Lebat betul berbuah.. Daun dia hijau je. Memang subur bebenor lahh... Biasanya kitorang amik daun limau purut tu. Masukkan dalam tom yam atau bila masak paprik. Bau masakan memang jadi sedap la.. Selain daripada tu mak aku pernah jugak amik buah limau purut letak dalam bilik.. Natural fragrance katanya hehehe...

Kadang-kadang buah limau purut ni banyak sangat sampai kitorang biarkan je dia gugur pastu buruk macam tu je. Sayang je kan? Aku pun google la khasiat limau purut ni, tak kiralah buah atau daun sahaja. At least bleh tahu kegunaan lain limau purut selain menjadi pewangi dan untuk menyedapkan bau dalam masakan...

Here's some info hasil googling...

1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 


Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 



Banyak kegunaan limau purut kan. Aku paling suka yang limau purut ni baik untuk rambut. Hmm rasa macam nak pergi kutip buah-buah tu sekarang hehe...

Aku pernah baca somewhere.. Ada orang bagi tips mandi dengan air yang bercampur perahan air limau purut boleh mewangikan badan.. sangat sesuai untuk orang yang dah berumahtangga ehemmm.. Ni rasa macam nak amik banyak-banyak bawak pegi Sabah nihh huahuahua

Saturday, June 2, 2012

Nama Melayu Bila Dikoreakan.....

[JUST FOR FUN] Find out your Korean name by date you were born

Last name: Last digit of the year you were born (ex: 1997 then 7 as Lee)
- 0: Park
- 1: Kim
- 2: Shin
- 3: Choi
- 4: Song
- 5: Kang
- 6: Han
- 7: Lee
- 8: Sung
- 9: Jung



Middle name: Month you were born
- 1: Yong
- 2: Ji
- 3: Je
- 4: Hye
- 5: Dong
- 6: Sang
- 7: Ha
- 8: Hyo
- 9: Soo
- 10: Eun
- 11: Hyun
- 12: Rae



Name: date you were born
- 1: Hwa
- 2: Woo
- 3: Joon
- 4: Hee
- 5: Kyo
- 6: Kyung
- 7: Wook
- 8: Jin
- 9: Jae
- 10: Hoon
- 11: Ra
- 12: Bin
- 13: Sun

- 14: Ri
- 15: Soo
- 16: Rim
- 17: Ah
- 18: Ae
- 19: Neul
- 20: Mun
- 21: In
- 22: Mi
- 23: Ki
- 24: Sang
- 25: Byung
- 26: Seok
- 27: Gun
- 28: Yoo
- 29: Sup
- 30: Won
- 31: Sub


Mine is Kang Ha Yoo. What's yours? :P

Friday, June 1, 2012

22 Tips Menangani Anak


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak dengan menggunakan tangan.  Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control..

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5). Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 
Insyaallah akan praktikkan 22 tips di atas terhadap anak sulung kami, Shaheem dan anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan eh ehhh hehehehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...