Tuesday, February 21, 2012

Makan-makan Lagi

Assalamualaikum,

Entry makan-makan lagi ehehe.. Takde cerita sangat nak share so share jela cerita hal makan ekkk...

Hari ape eh ni, lupe dah.. Aku and my pumpkin keluar makan kat luar.. Weekend pastinye.. Weekend jela ada time nak keluar.. Weekdays dia sibuk keje kan...

Selalu kalo makan kat luar kitorang pegi fast food je.. Jarang nak masuk local restoran.. Erm bukan nak kata tak suka makan makanan orang Sabah cuma kekadang rasa macam tak kena dengan tekak huhuhu.. Aku bab makan ni adventurous je.. Tak kisah nak makan ape-ape.. Tapi tu lah, mungkin kitorang pun baru je lagi duduk sini (baru 5 bulan) jadinye, amik masa la sket nak suka dengan masakan orang Sabah...

Tekak ni senantiasa nak makan makanan orang Semenanjung masak eheheh... Tahla, rasa macam ada perbezaan lah... Sabahan please don't feel offended ye huhuh..

Anyway, hubby bawak aku makan kat satu restoran ni, D Lengkuas.. Dia kata bagi dia la, setakat ni restoran ni yang boleh masak style orang Semenanjung..

hehehe gambar blurrrr...

Ni air aku..
Jus oren & air suam.
Hubby pun order air yang sama

Aku makan nasi putih + tom yam ayam..
Sedap! Memang rasa macam orang Semenanjung masak hihih..
Cukup pedas, cukup masam..
Hubby cakap chef dia orang Thailand kot sebab style masak tu sama lah cam kat Semenanjung

Hubby pulak makan nasi goreng kerabu + sayur campur

Total kitorang makan tu, RM22.50.. Mahal kan? huhuhuh.. Tom yam aku tu kalo tak silap dalam RM6.00 ke RM7.00 camtu lah..  Sebab tu la aku kata lebih berbaloi beli bahan mentah kat pasar pastu masak sendiri kat rumah ehehe.. Tapi takpela, bukan selalu pon makan kat luar ni (yeke bukan selalu?? hehehe).. Lagipun nak lepaskan rindu pada masakan orang Semenanjung kan... Makan dan bayar aje lah ehehe..

Friday, February 17, 2012

Air Tangan Suami

Assalamualaikum,

Cerita pasal makan-makan lagi.. Kali ni nak share makanan yang disediakan oleh suami tercinta buat isterinya ni :D

Alhamdulillah, my pumpkin kekadang rajin jugakla masuk dapur tolong masak untuk wife dia nih ehe.. Bila dia masak memang aku tak kacaula.. Biar dia buat cara dia sendiri.. And masakan dia memang sedap walaupun kekadang simple-simple je.. Ala, aku pun masak simple je untuk dia. Adil la tu kan ehehe..

Terima kasih sayang :)

Yang ni dia masakkan untuk aku, ketupat sotong!
Masa tu baper minggu eh pregnant, lupe pulak.
Tekak ni teringinnn sangat sangat nak makan.
Nak buat sendiri tak reti. Then dia kata dia pandai ehehe..
Apa lagi, pegi pasar cari bahan.. Sume dia yang beli, dari pilih sotong sume lah..
Lidi pulak sanggup berenti tepi jalan, amik lidi kat pokok kelapa renek2 yang ditanam di tepi jalan haha
Gigih suami saya!
Sume dia buat, start dari siang sotong (buang dakwat), perah santan, sumbat pulut, semua2lah..
Aku makan je ehehe
Memang menjadi! Aku makan tak taula berapa ekor..
Pastu pegi checkup kat klinik, gula naik! hahaha..

Yang ni ikan jenahak masak stim..
Pegi pasar pastu nampak ikan ni, terus dia beli sebab dia pun teringin nak masak stim.
Dia cakap biar dia je yang buat...
Aku tak pernah makan ikan macam ni.. ada asam boi.
Macam pelik je mula2 tu nak makan ehehe
Tapi rasanya memang sangat marvellous la!
Nyesal beli sekor je ikan tu huhuu

Yang ni pulak air limau kasturi asam boi..
Dia jugak yang buat ehehe..
Sedap sedap... sejuk je anak tekak ni lepas minum :D
My pumpkin memang selalu sangat suruh aku minum air limau.
Sebab limau ni kaya dengan kandungan asid folik..
Time pregnant, asid folik sangat penting untuk pertumbuhan tengkorak bayi (kalau tak silap akula)
Jadi minumla banyak-banyak :)

Dia pernah jugak masak tom yam.. Tapi tak tersnap gambar la pulak.. Memang sedap. Sebijik macam kat kedai ehehe... Dah boleh bukak kedai makan my pumpkin ni ahaha.. Mana la tau kan, lepas pencen nanti :D

Wednesday, February 15, 2012

Entry Masak Memasak - Popia Goreng

Assalamualaikum,

Hehehehe nak gelak-gelak dulu boleh tak.. Aku kalo bab memasak ni selalu rasa kelakar je ekekek.. Sebabnya aku bukan reti masak.. Tapi nak try masak hehe.. Sedap tak sedap belakang cerita..

Anyway, haritu aku baca blog Eamy. Dia share resepi buat popia goreng. Yumm yumm memang nampak sedap sangat. Dahla mudah je cara nak membuatnya. Believe it or not aku tak pernah buat popia ni. Dari buat inti sampai la nak menggulungnya. As usual aku reti makan je hihi.. Bila tengok resepi macam sangat senang, aku pun tryla buat.. Dah beli kulit popia tu kena la buat kan. Kalo tak, buat rugi je beli kan kan...

Resepi asal: Eamy Milea. Thanks for sharing dear :)

And this one is my style hihihi *malunye nak share hahaha*

Bahan-bahan:

Watak utama: Kulit popia

Bawang besar, bawang putih & bawang merah dicincang halus
Aku takde taugeh & kobis pulak hubby tak makan. Yang ada carrot & cendawan je.
Putih telur sebagai gam untuk lekatkan kulit popia masa menggulung
Kuning telur masak sekali dengan inti..

Serunding daging diimport khas dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan
eheheh

Cara-cara membuatnya:

Ok, memula sekali tolong abaikan frying pan aku yang sangat nazak keadaannya haha..
Tapi masih sangat berguna hokkay! :P
Tumis bawang yang dah dicincang halus tadi tu sampai layu dan jadi kekuningan

Pastu masukkan sayur sayuran.. In my case just carrots and mushrooms

Next, masukkan kuning telur..
Oh aku ikut resepi Eamy, guna sebijik telur je.
Lagipon untuk makan berdua, tak perlu buat inti banyak-banyak.
Kalau nak buat banyak, telur mungkin bleh letak lebih

Masukkan serunding daging.. Ikut sukala nak banyak mana..
Eamy kata letak 2/3 sudu, so aku follow je ehehe.
Oh jangan lupa jugak buh garam sikit untuk perasa..
Sikit jela sebab aku rasa serunding tu pun dah cukup berperisa dah

Dah siap inti tu masak, sejukkan dia dulu sebelum menggulung...

Memandangan inti aku buat tak banyak so aku plan nak buat mini popia.
So aku bahagi empat pastu potong kulit popia tu..

haha ni part yang aku malu ekekek..
Yang belah atas, yang kiut miut je gulungannya tu, my pumpkin yang buat,
Bawah aku punye kehkehkeh
Gambar ni my pumpkin yang amik.
Seronok dia sebab dia punye lagi cantik..
Aku memang tangan tak berseni la.. Buat apa pun asal boleh je ehehehe
Ala yang penting benda tu bergulung, inti tak terkeluar okla tu kannnn

Dah siap gulung, bolehla menggorengnya..
Goreng dalam minyak panas..
Agak-agak dia dah tukar kaler jadi warna brownish tu angkatla...

Ni satu lagi gambar my pumpkin amik.
Nak tunjuk perbezaan aku gulung dan dia gulung.
Sabar jelaaaaaaaaaa :P

Inti kat dalam..
Yummylicious okkay!

Memang sedap sangat popia tu.. Rangup okkay... Inti pun just nice.. Memang licin sepinggan kitorang makan petang semalam ehehe..

Thank you eh Eamy share resepi.. Kulit popia ada banyak lagi. Nanti bleh buat lagi *bila rajin ehehe*

Korang pun blehla try buat. Click je kat link blog Eamy, ada full recipe :D

Kisah Bekal Nasi

Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat Blood Sugar Profile (BSP).. Kena amik darah pukul 8 pagi, 11.30 pagi, 5.30 petang dan 9.30 malam. Lepas amik darah tu kena cepat-cepat makan dan minum air kosong je lepas tu...

Jadi harini, aku gigihla buat bekal... Especially bekal untuk makan tengahari pukul 11.30 tu..

Simple je..
Nasi putih, brokoli rebus & seketul ayam goreng

Bila buat bekal macam ni, teringat masa kecik-kecik dulu. Zaman sekolah rendah....

Masa aku darjah 4 atau 5 camtu (dah lupa dah), aku sekolah sesi pagi. Mak aku pulak, cikgu sekolah menengah sesi petang. Sekolah aku dengan sekolah mak aku mengajar tu sebelah menyebelah je.. Pagi-pagi aku pegi sekolah dengan ayah sebab ayah mengajar sebelah pagi di sekolah yang sama dengan mak aku..

Petangnya, aku ada kelas fardhu ain.. Untuk makan tengahari, mak dah bawak siap-siap bekal dari rumah. So aku akan ke sekolah mak aku untuk makan dan siap-siap untuk ke kelas fardhu ain tu..

Bekal yang mak aku sediakan tu sama macam yang aku sediakan harini. Nasi putih dan ayam goreng, takde sayur sebab kecik-kecik dulu tak suka makan sayur hehe.. Kuah pun takde.. Kelas fardhu ain 3 kali seminggu, makan 3 hari lah aku makan macam tu.. Sedap woooo... Aku tak suka letak kicap ke ape. Suka makan nasik kosong macam tu je... Walaupun simple je bekal yang mak sediakan, tetap sedap sangat rasa dia. Air tangan mak kan?

Rindula dengan masakan mak huhuhu.. Makanan kat Sabah ni tak berapa kena dengan tekak aku huhu.. Masak sendiri pulak, err paham-paham jela. Bukan sedap pun, dah tak reti masak kann... Sabar-sabar.. mak datang minggu depan bolehla makan sepuasnya. Jangan dah beranak sudahlaa ehehehe....

Korang sekolah dulu bawak bekal tak? Selalu bawak bekal ape? :)

Saturday, February 11, 2012

Bertemu Mata Dengan Players Red Warriors :D

Assalamualaikum,

Harini Kelantan lawan Terengganu di Kota Bharu kan. Semasa aku menaip ni, Kelantan tengah mendahului 2-0. Harap-harapnye Kelantan menang la ek ehehe..

Anyway, aku nak bercerita pasal Kelantan lawan Sabah di Stadium Likas 8 Februari lepas.

Masa mula-mula tahu Kelantan akan datang ke Sabah, aku memang excited gile hoho... Nakkk sangat pegi stadium tengok Kelate main secara live. Dah penah tengok dulu di Stadium Shah Alam masa Kelantan lawan Selangor. Pergi dengan kawan-kawan dan abang aku. Kali ni nak la jugak pegi tengok bola dengan my pumpkin kan kan ehehe.. Walau bagaimanapun, hajat saya ni dibangkang sekeras-kerasnya oleh sang suami yang risau bini dia ni terberanak di stadium :P Lagipun suasana dalam stadium tu pun mungkin tak sihat untuk saya.. Lelaki ramai berbanding perempuan. Of course majoritinya merokok kan. Asap rokok tak elok untuk ibu mengandung nih. Kang tak pasal-pasal semput pulak kann... Sebagai isteri yang mendengar kata, saya redha jelaaa... Biarlah suami pergi dengan kawan-kawan dia.. Pasrah je bunyinya haha..

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum game tu hubby dengan kawan-kawan dia pergi ke Stadium Likas nak beli tiket. Tapi dorang tak jual pun lagi. Esok harinye baru jual.. Tapi dorang ni langkah kanan. Kebetulan pulak masa tu player Kelantan datang ke stadium untuk training. Ape lagi kannnnn ehehehe.. Amikla peluang bergambar dengan dorang..

Ok, saya jeles :P

Tiket perlawanan, RM10 untuk tempat terbuka,
Tapi my pumpkin dapat duduk di grand stand (tiket RM20)
Dengan kapten Red Warriors, Badhri Radzi aka Piya :)
Tinggi rupanya Piya ni..

Daudsu..
4 orang ni ketinggian lebih kurang jek ekekeke

With coach, Peter Butler..

Tan Sri Annuar Musa, sporting :)

Ok, yang ni paaaaling aku jeles.... Sebelum my pumpkin balik dia dah bagitau ada surprise. Aku takleh nak teka la ape benda surprisenye... Dia sampai depan pintu aku sambut macam biasa, tak perasan apa-ape yang pelik. Sekali my pumpkin cakap, "sayang ni tak perasan ke..." Aku tanya dia, "ape dia?" Dia tayang-tayang baju yang dia pakai.... Hohhhhhhhh.... ok jelesssss...


Ni la baju yang dia pakai..
Ada sign Tan Sri Annuar Musa, Peter Butler, Indra Putra, Daudsu, Mat Yo & Piya
Dia pinjam marker pen dengan abang yang jual tiket hehehe..
Guess what, aku belom basuh baju ni! haha.. takut hilang dakwat..
Nak kena letak dalam frame nih...
10-20 tahun lagi sure baju ni sangat berharga kan kan hehehe
*jelesssssssss*
Aku tanya dia nape tak amik gambar & sign player yang lain. Dia kata dia segan. Huh, kalo aku ada kat sana, abes semua orang aku amik gambar hahaha.. Peduliklahh segan ke tak segan :P

Friday, February 10, 2012

Assalamualaikum,

Takde cerita pun nak share dengan korang tapi sebab kebosanan, izinkanla aku merapu kat sini ye.. Tak nak baca pun takpe. Aku tengah bosan je ni huhu..

Erm harini adik aku post one bad news kat fb. Anak kucing kesayangan satu family dah mati.. Goodbye little Tuti. Tak sempat Mommy Wani nak hug hug kiss kiss huhu.. Cause of death, demam.. And maybe ada jangkitan. Since dia masih kecik, baru berusia 2 bulan, doktor tak dapat nak selamatkan dia. After semalaman dalam ward, dia pergi jua huhu.. Sedih! Dahle dia comel sesangat sobsob...

Boleh baca kisah Tuti and adiknya Fruti di blog adik aku..

Ok, takmo cite sedih.. Mari cerita pasal baby!! :)

Baby dalam perut makin aktif bergerak. Suka suka! Aku suka bila baby gerak. Walaupun kekadang bila dia tendang tulang rusuk aku, pehhh sedap rasanya. Mama ni sure mengaduh kecik ehe... Tapi takpe sayang, mama suka! :) Kalau dia buat tendangan padu di pinggang lagi best. Senak sesenak-senaknya... Sometimes aku rasa my dear baby ni aktif bergerak bila abah ada.. Dengar suara abah je memangla dia non stop bergerak. Galok sungguh! Cuba kalau abah takde (macam sekarang), senyap je dia.. Behave sungguh.. Gerak pun slow slow je. Sekadar menggeliat je.. Anak abah kot nii hehehe..

Now dah masuk 35 minggu 6 hari dah baby dalam perut.. Cepatnye masa berlalu kan? Aku rasa macam baru semalam aku kawin dengan my pumpkin. Macam tak puas lagi ni nak bermanja dengan dia ehehe. Tup tup in few more weeks, anak kami akan dilahirkan, dan kami akan hidup bertiga! Every night sebelum tido, sure aku akan tanya dia dah ready ke blom ni.. Nanti nak tido macamana, nanti sure dua-dua mata merah sebab nak jaga baby etc etc... Tak sangka la pulak dah nak jadi mama ehehe.. 

These few days jugak, asyik dok pikir macamana la keadaannya time aku nak bersalin nanti. Mudah ke payah. Huh, ape-ape pun of course aku berdoa dan memohon pada Allah hari-hari agar semuanya dipermudahkan.. Yang penting both me and baby selamat...

Nak masuk 9 bulan ni, bila baby gerak dalam perut, nun di bawah sana pasti terasa sakit. Huhu kepala baby memang dah kat bawah.. Soon la I guess.. Tunggu Mak Tok & Tok Yah datang ye sayang.. 2 minggu je lagi. Masa tu 37 minggu. Baby keluarla masa 38 minggu ke ehehe.. Bleh pulak nak suruh baby keluar bila-bila ek..

*Haih cuak cuak sudah nii...*

Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk saya ye? :)

Wednesday, February 8, 2012

Tak Sampai Setahun Dah Kiok

Assalamualaikum,

Kiok.. Anda tahu apa itu kiok? Kiok ialah jahanam dalam loghat Kelate. Eh yeke? Cara sebutannya, key-'ok. Er, 'ok, O tu kena sengau sket sebutannya...  Macam bunyi oink oink piglet tuh.. Haha ape-ape jela..

Apa yang dah jahanam ni??

Setelah lebih kurang 8 bulan berbakti,
bateri handphone SE J10i aku,. jahanam sudahhh~

Nasib baik bukan hand phone nye yang jahanam. Phew!~

Bateri tu dah menggelembung. Tak tau kenapa.. Bila dah jadi macam tu, charge penuh pun macam tak penuh. Kalau nak call out atau orang call in, kena sambung kat charger dulu baru bleh bercakap. Kalau tak, tak sampai sesaat dah putus.

Memandangkan aku sekarang dah tersangat amatla sarat mengandung, hand phone adalah sangat penting! Dibuatnye sakit perut memalam buta masa hubby tengah duty ke ape, bolehla call dia. Ini kalau bateri tak okay, macamana nak call kan.. 

Semalam ke Pekan Tuaran, aku masukla dua tiga kedai jual handphone. Tanya pasal bateri ni. Tapi satu kedai pun tak jual. Abis stock la..apela.. Hmm yang pasti kalo kat KK memang berlambakla aku rasa.

Nasib baik semalam hubby keluar dengan kawan dia pergi KK. Dia tolongla belikan. Berapa harga? RM40! Huwaa mahal sehh... Aku rasa kalo Semenanjung maybe dalam RM20 je kot? Heh entahla. Hubby kata orang kedai tu letak harga RM45. Tawar-tawar dapatla RM40. Takpela, better than nothing. Nak tak nak memang kena beli pun.

And now, my phone is as good as new ececece... Lega rasanya.. Nak nap snap gambar pun dah boleh. Time bateri rosak, amik gambar pun takleh. Click je terus pufff mati..... 

Ni lah padahnya bila aku sendiri tak follow tips macamana nak tahan lama yang aku pernah share dulu....

Tuesday, February 7, 2012

Rumah Takde Air!

Assalamualaikum,

Arghh tension! Dari semalam (Isnin) lagi takde air. Aku tersedar dari tido dalam pukul 4 pagi. Masuk bilik air nak buang air. Masa tu ada lagi air.. Sekali bangun pukul 5 nak solat Subuh., bukak bukak paip, setitik air pun takde. Aduh..........  Hubby pulak duty.. Dalam pukul 8 lebih baru dia balik.

Risik-risik, beberapa buah rumah tak bernasib baik, takde air. Ada rumah yang ada. 

Bekerja keras la hubby mengangkut air dari tingkat bawah naik ke tingkat dua ni.. Kesian dia. Kalau aku tak pregnant ni, dah lama dah aku tolong. Dah ada pengalaman angkut air masa dok UPM dulu. Perkara biasa je angkut-angkut air ni. Tapi dah sarat ni, mana mampu aku nak tolong. Nak angkut perut ni pun dah tak larat. Ada hati nak angkut baldi penuh dengan air?? Tolong tengok jela yang mampu ehehehe...

Dalam pukul 12 tengahari kitorang keluar ke Pekan Tuaran. Makan kat sana. Air takde macamana nak masak huhu.. Then solat kat masjid. Oh ye, pagi tu kitorang mandi. Mandi kerbau je kehkeh.. Nak jimat air punye pasal... Then balik rumah dalam pukul 1 lebih, alhamdulillah air dah ada. Aku penuhkan baldi. In case air takde lagi. Dan tekaan ku tepat. Pukul 4 lebih air takde lagi. Aduiyai.... Malamnye kitorang keluar lagi, makan kat luar je... Balik tu air dah ada. Legaaa.... Bleh tido dengan aman dan nyenyaknye..

Semalam aku bangun tido few times jugak sebab nak masuk tandas (normal la bagi ibu mengandung asyik nak terkencingggg je..). Alhamdulillah, air ada sampai ke pagi. Hubby pun bleh mandi untuk pegi keje...

Tetapi.... sekali lagi air ni menguji kitorang. Dalam pukul 7 pagi takde lagi sekali! Arghh.. and guess what, sampai sekarang pukul 6.30 petang ni air takde lagi. Aduiii... Aku baru mandi sekali je harini.. Aduh.. Nak solat pun payahnye.. 

Selama lebih kurang 4 bulan duduk sini, ni la first time kitorang ada masalah dengan air. Biasanya masalah elektrik je, blackout for an hour or so. Bagi aku, takde letrik ok lagi. Panas jela. Tapi bila takde air ni, aduiyai payahnye. Nak masak tak boleh, nak cuci baju tak boleh, nak mandi, nak kencing, nak berak... Susahlaaaa...

Nasib baikla anak tak keluar lagi. Kalo ada baby macamana la nak handle. Huhu cepat-cepatla ada air.. Dah tak tahan dengan bau badan sendiri nehhh :P

Hubby dah check dengan orang perumahan. Katanya ada masalah dengan pump. Rosak ke ape tah. Air takleh nak di pam masuk ke dalam tangki. Hmmm....

Sabar sabar.. ibu yang tengah sarat mengandung kena banyak bersabar. Kang stress stress baby keluar awal pulakkk :P

Korang pernah hadapi masalah air? Stress tak???

Sunday, February 5, 2012

Sebab Ini lah Saya Takmo Bersosial...

Assalamualaikum,

2 hari lepas aku pegi rumah akak jiran sebelah rumah aku dulu yang dah pun pindah masuk dalam base. Aku dengan dia memang kamceng la. Sebab husband dia kawan baik dengan husband aku.. Dia pun baik je..

Masa melepak kat rumah dia tu, dia cakapla, ada kawan dia yang duduk seblok dengan aku ada datang rumah dia. And then tanya dia, "budak yang duk sebelah rumah ko dulu tu memang tak reti kuar rumah ke?" 

Wallah wallahh... tak sangka, aku pun boleh jadi bahan perbualan... hebatnye aku ngehngeh....

Aku bukan tak kuar rumah, kalo nak ke pasar, nak ke klinik, aku keluar je.. Tapi kalo sekadar keluar rumah nak bertandang ke rumah orang, tu bukan aku la.. Entahla, memang aku tengok orang-orang kat sini sangat rapat sampai petang-petang melepak kat rumah jiran-jiran ni. Aku rasa aku ada banyak keje lain lagi nak buat kat rumah daripada dok melepak bersembang ni... Petang la time untuk aku masak untuk husband. Tengahari pulak aku settlekan keje kemas-kemas rumah. Lagipun aku sekarang tengah memboyot. Perut dah besar, tak laratla aku nak keluar ni...

Aku bukanla sombong, hidung tinggi. Kalau jumpa orang, aku senyum dan tego jugak. Takde la tunduk je pastu menonong je jalan.. Tapi kalau orang expect aku untuk keluar rumah dan bertandang rumah jiran memangla aku tak suka... Kecuali jiran ajak sebab dia buat makan ke ape, aku okla...

Anyway, jiran ni jiran yang duduk wing sebelah. Yang duduk sama level dengan aku, aku baru kenal sorang je. Dia pun jarang keluar rumah. Takdenye aku bising. At least dah kenal nama tu okla kan.. Takde la aku nak pergi ketuk pintu rumah dia hari-hari nak bersembang...

Ada satu sebab kenapa aku malas nak bersosial.. Aku ok je nak duduk bersembang, tapi kalau dah  sembang hal peribadi aku laki bini memang aku tak suka la..

Ada satu contoh.. Masa aku baru balik dari mana tah, terjumpala sorang jiran tetangga yang duduk kat tingkat bawah rumah aku. Dia tego aku, "awak bini ketua blok kan?" Aku senyumla, and cakap "a'ah..." Then dia tanya, "selalu beli kelapa parut kat mana?" Aku cakapla beli kat pekan.. Then dia kata,"oh saya ada jual. Kalau nak beli datangla rumah.." Aku pun cakap, "oh yeke.. bagusla. Senang tak payah nak pergi jauh-jauh.. blablabla.. " dengan mesranye la aku bersembang.. Then dia tanya, " anak nombor berapa ni?" sambil tunjuk kat perut aku.. Aku cakapla "oh anak sulung ni.." Then dia buat muka.. "Eh yeke, tapi laki awak nampak tua la.... Ingatkan anak dah ramai.. berapa umur dia blablabla..." And I was like.... eh pehal lak nak cakap camtu?? Nak kata laki aku tua tapi anak baru nak masuk sorang? Salah ke?

Aku serius tak suka camni.. Awal-awal dia nak bagitau dia jual kelapa parut tu ok dah tu.. Sekali nak sentuh hal laki aku pulak, memang aku tak suka laa.... Tak tau la kalo korang rasa this is nothing. Tapi bagi aku, it is something. Nak bersembang bolehla. Tapi tak perlula nak sentuh hal peribadi.... 

Sebab ni la aku jadi laaaagi malas nak bersosial.. Orang-orang ni sure masa bersembang, sibuk nak korek hal peribadi... Aku tak suka! 

Aku tau, sebagai isteri ketua blok, aku kenala rajin-rajin bersosial.. Aku tak kisah, dan aku memang tak pernah la tak tegur orang. Cuma kalau orang expect aku nak join bersembang dan bercakap mengenai hal rumah tangga aku, memang aku mintak maafla.. Aku tak suka...


Thursday, February 2, 2012

Barang Yang Ditunggu Sudah Ada Di Tangan

Assalamualaikum,


Hubby balik rumah dan tunjuk surat dari Pos Malaysia tu.. Ala yang bagitau dia takleh nak drop parcel sebab takde orang kat rumah bla bla bla.. Takde pulak alasan lain yang dia bagi. Tak wajar la.. barang tak hantar lagi dah bagi surat kata kita takde kat rumah masa hantar.. Pfttt marah betul! Tak ter snap pulak gambar surat tu. Marah sangat punye pasal. And guess what, surat tu bertarikh 21hb tapi 27hb baru sampai pejabat husband aku. Ape cer kan...

Nasib baik hubby macam ok je.. Dia kata takpela, nanti bila-bila dia mintak pelepasan pegi KK amik.. Huu..

28hb, Sabtu, kitorang ke Hospital Likas. Hubby suruh aku bawak surat tu. Mana tau pejabat pos bukak hari Sabtu kan. Maybe bukak half day ke.. We were lucky that day. Kelas antenatal di Hospital Likas tu habis dalam pukul 12 tengahari dan pejabat pos pun bukak sampai ke petang. Kitorang gamble je pegi pejabat pos tu.. 

So dah amik dahla barang tu. Hubby tanya kenapa nak kena amik sendiri. Dorang cakap, kalo pos berdaftar memang kena datang amik sendiri.. Hishh silap aku takde kat situ sebab aku tunggu dalam kereta je. Kalau tak, mesti macam-macam soalan aku tanya. Nape takleh nak hantar pulak dan nak kena amik sendiri pulak kan.. Geram jeeeee...




Inilah barangnya.
Seketul cd Sun Baby & 2 pamphlets mengenai cd.
Thanks Baby Ultra Cloth Diaper Shop :)

Hubby geleng kepala je tengok hahaha.. Dia kata tak habis-habis dengan benda ni.. Bila dia tengok pamphlet and ada diterangkan pasal penjimatan guna cd ni dia tanya aku, betul-betul boleh jimat ke. Aku cakap yelaaa... Sebab kita leh pakai, basuh dan pakai balik. Bukan pakai, buang dan amik yang lain.. Dia cebik je ehehe.. Dia kata takpela, tengok cane. Tapi basuh abang tak jamin abang leh buat... Haha dah agak, sure geli dengan taik baby nihhh.. Takpela sayangg, sayang abang ni nanti dok umah je. Serah kat sayang jela bab basuh membasuh ni yeee :)

Bertambah lagi koleksi cd. Suka!! :)

Februari Sudah Mari

Assalamualaikum,

Eh Februari sudah? Cepatnye la aihh masa berlalu.. Tak sabar nak tunggu 22 Feb tiba.. Mak dan ayah is coming to town! Yeahhhh.. rindu sangat-sangat. Serius..

Nak beranak tak sabar jugak ke? Well, boleh tak aku nak cakap, aku rasa aku macam dah ready je. In fact tak sabar rasanye nak bersalin.. Sebabnya ialah, doktor cakap baby aku agak besar, around 3.2kg. Walhal sekarang baru 34 minggu! Kalo tunggu betul-betul mature which is on 37 weeks, tah berapa kilo la baby.. Kalo tunggu sampai 40 weeks? Aduhh.. aku imagine 4kg++.. Takutnye kalo baby besar sangat. Sure susah nak deliver normal kan? Doakanla aku ye, semoga dipermudahkan semuanya.. 

Kenapa baby aku bleh jadi besar sangat? Well, aku ada GDM - gestational diabetes melitus. Kencing manis yang ada time pregnant je. Insyaallah lepas bersalin takdela.. Bila ada GDM baby memang bleh jadi besar. Tak tau nape aku ada GDM ni. Aku rasa aku takdela makan manis sangat. Entahla.. maybe sebab family history kan. Masa mak aku ngandungkan aku dulu, mak aku ada kencing manis jugak. Sekarang kena buat Blood Sugar Profile every 2 weeks.. Sedih... Penat woo ulang alik pegi klinik/hospital untuk amik darah. Although amik kat hujung jari je. Penat sebab nak kena puasa.. Bleh minum air masak je.. Lapar tau wuwu... Tapi takpelah. Aku redha. Terima semua ni dengan tabah. Allah nak uji ketabahan aku kan? Sekarang kena betul-betul jaga makan. Manis-manis memang big NO NO. Nasik pun takleh makan banyak sangat.. Susah jugak sebenarnye sebab bila pregnant ni macam-macam ko rasa nak makan. Tapi dah jadi camni, kena tahan jela..... Cayok cayok Wani!! :P

Aku makin malas la sekarang..... Nak masuk dapur malas.. Nak ngemas rumah makin malas.... Tido pun malas.. Sebab bila tido badan mula sakit-sakit.. Kalo ada orang tolong urut syok niiii..... My pumpkin takleh urut.. kang jadi benda lain muahahahaha...

Ok dahla membebel tak tentu hala.. Aku cuma nak cakap, Hello February! Semoga bulan ni bulan yang terindah.. Eh hujung minggu ni Maulidur Rasul kan.. Alhamdulillah, ternyata Februari bulan yang sangat indah :)

Take care all. Enjoy your February!

p/s Kalo baby keluar 29 Februari macamana?? Jeng jeng jengg.. 4 tahun sekali la besday anak ku hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...