Sunday, January 29, 2012

Tuti Fruti Versi Bukan Eskrem

Assalamualaikum,


Sangat adorable dan sangat cute! Geram nak penyek penyek jadi kucing penyek. 
Terima kasih adik saya, Dila Milin sebab upload video nih..
Hilang rasa rindu kat kucing-kucing di kampung :)

Friday, January 27, 2012

Urghh Geram dan Bengang!

Assalamualaikum,

Aku tengah bengang sebenarnye ni. Bengang dengan Pos Malaysia!!

*Oke sabar dulu. Meh aku cite nape aku bengang*

Kuarters yang aku duduk ni kat luar base. Facilities memang kurangla berbanding dengan facilities kat dalam base. Yang nak aku tekankan kat sini ialah kemudahan nak pos mengepos surat. Kat sini takde pejabat pos. Kalau nak pos surat kena pegi Pekan Tuaran. Well pekan tu takdela jauh. Boleh je nak pegi. 

Masalah besar tentang pos pos ni ialah, surat yang dihantar ke kuarters ni selalu tak sampai. Husband aku cakap, posmen hanya hantar kat post guard kat depan. Pastu guard biar jela kat situ. Takdenye nak pegi letak surat-surat tu kat pigeon hole kat blok ni.. Most of the time surat tu hilang, and ko pon tak tau ada surat untuk ko kan. Takkan la hari-hari nak pegi check kat post guard tu... That's why hubby kata kalau sape-sape nak hantar surat kat aku ke ape, hantar kat alamat office dia dalam base. Actually dalam base pun takde pejabat pos. Tapi every Friday ada pejabat pos bergerak masuk.. Dan kalo hantar surat atau parcel ke alamat ofis, lebih selamat kan? Kebarangkalian tak sampai tu kurangla. Tu pada pendapat aku la...

Alkisahnya, hujung tahun lepas, aku ada join satu contest organized by a cloth diaper online shop. Alhamdulillah, rezeki baby kot, aku one of the lucky winner... Untuk penghantaran hadiah tu aku bagi alamat ofis my husband, of course with his name la. Kalau nama aku mana orang nak tau.. Off topic jap, aku berani bagi alamat husband sebab cloth diaper (cd kot hadiah dia) ni aku dapat sebab menang contest. Kalo aku beli online sendiri, aku tak berani nak suruh hantar kat ofis dia. Mau kena marah hahaha.. Dahle duit dah takde, ada beran lagi nak shopping online hihihi.... Dahle hubby tak support mana aku nak guna cd nihh...

Ok ok, back to the story.. organizer tu pun dah hantarla hadiah tu ke alamat yang aku bagi, ermm 17 Jan haritu kalo tak silap aku.. Dia hantar guna registerd post. Harini dah 27 Jan. Dah 10 hari! Peh takkan la lama sangat kan nak sampai ke Sabah ni.. Aku check kat Track & Trace di website Pos Malaysia...



20hb tu undelivered. Aku ingat sebab cuti tahun baru cina. So aku biar jela dulu. Dok pikir maybe 2 or 3 days after CNY sampaila barang tu. Tapi takde jugak... Okla, aku ingat nak bagi masa sampai next week la.. Mana la tau dorang baru masuk opis so baru nak sort surat ke ape kan...

Sekali pagi tadi hubby call dari opis.. Dia cakap barang belum sampai. Tapi sampai surat suruh pegi amik kat Pusat Mel di KK tuhh.. Waaaaaaaaaaaaaaa panas hati akuuu.. Apesal pulak kan?????? Kenapa tak hantar direct barang tu?? Eee geramla aku.... Ingat Tuaran-KK tu dekat ke??? Dahle kalo nak collect kat sana, sah-sah kena pegi ofis hour kan? Macamana nak pegi? Hubby aku ofis hour dia keje laa.. Mana leh suka suki nak keluar.. Sepanggar dengan KK pun bukannya dekat. Aku nak pergi sendiri?? Uii jauh.. Tak berani la aku nak drive sorang-sorang pergi KK tu.. Jalan sini dahle macam ape.. Kereta banyak, laju-laju. Pemandu pulak 'berhemah' sangat. Huh sah husband aku pun tak kasi pergi sendiri.. Kalau nak collect kat pejabat pos Tuaran ok lagi.. Aku berani la pegi amik sendiri.

Aduii.. aku ingat kalo bagi alamat husband ok je. Sekali macam ni pulak. Husband aku tadi pun cakap macam takde mood je. Katanya nantila dia balik bincang cane nak amik benda tu kat KK.. Kompem dia yang kena pegi kan? Tak pasal-pasal dah susahkan dia. Urghh geramnya aku!

Actually ni bukan 1st time barang tak sampai. Haritu pun agen insurans hubby aku ada hantar diari kat hubby aku. Hantar kat alamat ofis jugak, guna pos laju kalau tak silap aku. Tak sampai jugak. Hantar second time baru dapat.. Ynag first tu takleh nak track sebab agen tu tak simpan tracking id.. 

Kat rumah ada problem pos. Kat ofis pun sama. Habis macamana la orang nak hantar surat kat aku and hubby? Nak guna merpati ke?? Grrrrr hangin!

Tak sabar nak tunggu hubby balik. Nak tengok kat surat tu reason ape dia bagi suh pegi amik sendiri ni. Hangin betul laaaaaa!

Thursday, January 26, 2012

Saya Tak Reti Bersosial!

Assalamualaikum,

Bersosial, berkawan, memangla bukan bidang aku.. Aku tak reti sangat sangat.. Sometimes bila duduk dalam crowd, aku rasa macam aku ni kecikkkk je.. Orang bersembang sakan, tapi aku, dok diam je ehe.. Tak reti la nak join orang bersembang ni..

Alkisahnya masa minggu bila tah eh, ajk b a k a t l a u t datang kat tempat aku duduk ni.. Hehe dah jadi bini navy kene la join benda nih. Compulsory okeh.. Unless kalo keje, blehla bagi alasan tak join aktiviti.. Tapi kalo dah kejenye permaisuri rumah tangga, wajibul ghunnah la join..

Adei lemah betul aku nak join benda ni. Sebabnya ialah... aku tak reti nak bersosial lah!

Haritu pun masa mula-mula aku sampai kat majlis tu, aku duduk kat belakang je eheh.. Senyum-senyum jugakla kat orang. Tapi nak start conversation tu serius payah. Orang tego baru la aku ringan mulut nak bercakap. Kalau nak tunggu aku start dulu memang mintak maaf la huhu...

Hubby dah pesan kat aku, sembang-sembang la.. Dia kata aku kena support dia. Sebab dia sekarang adalah Ketua Blok dan aku adalah Bini Ketua Blok! haha.. Jadinye aku kena la pandai berkawan dengan orang-orang kat blok aku duduk ni. Aduii.. Aku ni dahle malas nak keluar rumah. Serius, hari-hari aku dok dalam rumah je. Unless nak keluar gi pekan ke mana la kan.. Kalo tak memang aku dok dalam umah je...

Psst even ngan jiran sebelah rumah ni pon baru sekali je aku bertegur sapa.. Haaa teruk kan???? Dah dia pun jarang keluar rumah, ape aku bleh buat ehehe..

Tapi kira ok la kan aku join b a k a t tuh.. Lega sebab turun haritu walaupun a bit reluctant. Tapi sebab aku ni bini ketua blok (lol) kena la turun.. Kalo tak turun dorang ni gi terjah ke rumah woooo... Malu sehh... 

Tolong ajar aku macamana nak bersosial. Aku tak reti....

Terima kasih..

Sunday, January 22, 2012

Cerita Sabtu, 21hb...

Assalamualaikum,

Huh lama sungguh cuti tahun baru cina kan. 4 hari tuu bila campur-campur dengan weekend. Seronokla orang-orang bekerja ehehe.. Aku tak bekerja so rasa macam sama je. Cuma yang beza, 4 hari ni 24hrs dok mengadap muka my pumpkin hehe.. Oh cuma hari ni dia keluar dengan kawan-kawan dia. Geng motor scrambler pergi amik angin di Tanjung Aru.. Orang jiwa muda walaupun dah tua ekekek.. Aku tak suka sebenarnya dia keluar dengan motor jauh-jauh. Tak suka sebab bagi aku naik motor ni berisiko tinggi sket. Nak nak pulak dengan jalan kat Sabah ni. Kereta banyak, jalan kekadang tak ok, lagak pemandu lagi. Aduii...Tapi takkan nak halang pulak kan.. Biarla dia hang out dengan kawan-kawan dia time cuti ni.. Release stress sikit kan. Dok umah sesaje bosan gak. Ape-ape pun, aku doakan dia selamat pergi dan balik.

Semalam, Sabtu 21hb, sepatutnya aku ada kelas antenatal di Hospital Likas. Tapi orang hospital call cakap post pone ke 4 Feb pulak. Maybe takde staff nak handle kot. Yelaa orang nak bercuti...

Still kitorang keluar semalam. Lepas Zohor ikut my pumpkin pergi Inanam, settlekan pembayaran hutang-hutang ehe.. Kat Inanam je ada Maybank, CIMB, Public Bank.. Kat Tuaran ape ada huhu.. So nak settle hal kewangan ni kenala pergi ke Inanam. Takdela jauh sangat dari rumah kitorang pun. Sepanjang hubby berurusan tu, aku dok dalam kereta je. Ber cam whore huahuahua


Then kitorang pergi KK.. Tak lain tak bukan ke CP ehe... Bosan tul kan? Makan kat Pizza Hut. My pumpkin sukeeeee sangat-sangat. Tapi semalam pizza macam tak best. Sedap lagi yang kat Inanam.. Tapi still takleh challenge Dominos la.. Aku tak tau kat Sabah ni ada tak Dominos. Kalo takde, meh aku bukak hehehe..

Dah alang-alang kat CP tu, shopping la kan. Kitorang beli beg baby, selimut baby and mittens, bootees & bonnets for baby. Haritu aku beli dua je. Kat Putrajaya dah beli banyak. Tapi mana la tau beranak awal kan huhu.. Untuk langkah berjaga-jaga, beli jela extra....

Lepas tu aku dah tak larat sangat-sangat dah nak berjalan huhu.. Perut pulak senak. Asyik nak terkencing je. Hubby pun dah penat jalan. Lagipun dia baru baik dari demam.. Dia pun ajak balik...

On the way balik tu, tetiba hubby cakap, "dapat lepak-lepak tepi pantai tengok sunset syok jugak ni.. Jom makan kat Tanjung Lipat!" haha.. Macam tak caye je dia ajak makan kat situ. Biasanya susah hehe.. Dia cakap sekali sekala takpe. Lagipun dia kata dia kesian kat aku.. Dahle penat, balik rumah nak pikir nak masak ape untuk dinner.. So baik makan je siap-siap sementara kat luar. Balik rumah dah boleh rehat. Ohhh, hubby saya sangat memahami! Saya memang malas nak masuk dapur haha..

Kitorang makan ikan pisang-pisang masak stim, ketam black pepper , kailan ikan masin & air suam
Total nya RM37.
Sori gambar makanan takde. Tak sabar nak melahap, lupa nak snap hihi

Lepas dah kenyang, terus balik rumah dan berehat! Huh lenguh segala urat-urat....

Harini aku relax relax kat umah. Buat keje umah je sikit-sikit. Esok kot baru keluar lagi, nak shopping barang baby lagi eheh.. Insyaallah kat Tuaran je...

Lusa tulat nak buat ape eh???

Friday, January 20, 2012

Ally Iskandar & Farah Lee ^ So0o sweet! ^ :)

Assalamualaikum,

Hari ni, 20.1.2012 personaliti TV3, Ally Iskandar dah selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Farah Lee. Senang kann.. kawin je terus! Bercinta, lepas kawin pun boleh. Malah lebih indah sebenarnya :) Beza usia dorang bedua ialah 13 tahun. Age doesn't matter. Aku dengan my pumpkin pun beza 7 tahun ehe.. Aku memang nak husband yang 7 atau 8 tahun lebih tua daripada aku. Alhamdulillah, Allah makbulkan :) 

Pfft nak jugak letak cerita pasal diri sendiri kann :P

Anyway, semoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba!! :)


alala sweet mweettt

Nak tengok lebih banyak gambar pernikahan Ally & Farah, jengukla www.ohbulan.com. Sume gambar cun cun! :)

Oh Farah Lee ni blogger juga.. Sila jenguk blog dia : http://farahinlee.blogspot.com/

Aku tertarik dengan post dia tentang 'Bakal Suami'. Bernas! 

saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.

Ahamdulillah, Farah dah berjumpa jodohnya, dan semoga berbahagia selalu! :)

Apabila Suami Sakit.....

Assalamualaikum,

Seminggu ni agak sibuk. Sibuk menjaga suami yang kurang sihat. Demam dan cirit birit. Sepanjang kahwin selama 7 bulan lebih ni aku baru ada 2 kali pengalaman jaga dia time sakit. Termasuk yang ni lah. Bukan nak kata dia tak pernah demam sebelum ni. Ada jugak dia demam tapi masa tu aku takde dengan dia la. Maklumla, baru 3 bulan duduk sebumbung :)

My dearest pumpkin ni kalo dia demam, huhh sangatla membuatkan aku susah hati. Panas dia panas lain macam! Tahla, rasa macam panas sangat. Pastu boleh nampak dia tak bermaya sangat. Sampai satu tahap aku pun tak tau nak buat ape. Dan dia pun just asked me to be beside him.. Tak buat ape pun takpela... Aduh husband...

Makan pun dia tak lalu.. Tido pun tak berapa nak lena..  Aku keluar beli cool fever and air badak.. Bagi badan dia sejuk sikit. Demam macam kebah sekejap tapi 2,3 jam selepas tu panas balik.. Then aku bawak dia pegi klinik. Alhamdulillah lepas makan ubat dia ok sket..Cuma cirit birit hari ni baru ok.. Apa tah dia makan huhu..

Aku suspect husband aku ni kuat sangat bekerja sampai demam.. Haritu dia duty, pastu balik duty dia ada gotong royong. Balik berpeluh-peluh macam buruh kasar je aku tengok. Then dia keluar pulak jumpa kawan. Esoknye keje lagi.. Pegi keje pulak naik moto. Cuaca dahla sangat panas sekarang ni. Masuk ofis  sejuk, keluar ofis panas.. Mana tak demam kan?

Aku pun memang tak senang dudukla bila dia demam. Bila tido, tetiba leh terjaga sebab teringatkan dia.. Cepat-cepat raba dahi dia.  Nak tengok panas ke tak.. Seriously, seminggu ni aku agak penatla jugak. Tapi takpe, yang penting aku jaga husband aku betul-betul.. Aku puas hati....

Dearest hubby, semoga sihat-sihat selalu ye pasni. Abah takleh demam.. nak kena jaga anak kecik pulak pasni ehehe.. Love you hun!

Monday, January 16, 2012

Kerja Harini

Assalamualaikum,

Ape ingat suri rumah tangga duduk rumah goyang kaki je ke? hehe nehi nehi tidakk...

Suri rumah pun ada keje jugakkkk....

Keje aku harini ialah,

Cuci baju.. Tak banyak pun.
Baju dok pakai hari-hari :D
Pagi-pagi keluarkan dulu lauk mentah dari peti ais.
Keluarkan ayam & ikan kembung.
Ni untuk dinner. Lunch makan ape ada je..
Petang baru masak untuk dinner.
Sempoi weh lauk harini hehe.
Aku dah malasssss
Cukupla ikan singgang n ayam goreng dan budu.
Dessert, mangga masam hehe
Hubby pun prefer lauk-lauk macam ni je

3 keje kat atas tu keje rutin hari-hari.
Yang ni je tak rutin :)
Aku prewash cd harini.. Prewash kali pertama.
Esok sekali lagi.
Alhamdulillah cuaca panas terik..
Pocket cd n insert kering elok je.

Tu lah keje aku harini.. Aku sebenarnya ada satu lagi keje... Lipat baju! haha malas betul. Bertimbun-timbun dah baju dalam bilik tengah tu. Adei bila nak rajin...

Satu lagi keje ialah.. prewash baju baby! Bile tah huhuhu.......

Friday, January 13, 2012

Rindu Tempat Kerja Lama

Assalamualaikum,

Hari ni, pagi ni, sekarang ni, tetiba aje hati rasa sayu sobsob.. Aku ni sayu sokmo...

Sayu sebab tetiba aku rindu dengan tempat kerja dulu. 

Dulu bangun pagi, mandi-mandi, siap-siap pergi kerja. Sampai ofis, bukak pc, go through email, hantar email daily clearing to production.... Then breakfast dengan kawan-kawan. Rindunye dengan coffee machine tu. Selalu minum white coffee. Celup dengan crackers. Sedapnya crackers ofis. Padahal crackers Hup Seng je tapi sebab makan kat ofis rasa lain dari biasa. Boleh gitu? hehe.. Kadang-kadang ada yang baik hati belikan nasik lemak. Bestnye la... Makan-makan sambil ngumpat kehkehkeh...

Rindunya nak duduk di cubicle aku.. Nak duduk buat kerja..

Then lunch.. Selalu pening tak tau nak makan katne. Time berduit pegila makan tempat mahal-mahal sket. Well Cyberjaya tak banyak tempat makan murah-murah huhu... Selalu makan kat Ayam Penyet API. Tak pon pegi Kitchen Village la.. Penang House, Q Thai... Secret Recipe..Kalo time hujung-hujung bulan tu, makan di Terminal jela.. ada food court kat situ. Selalu order Nasi Goreng Cili Padi kat gerai abang jual nasik ayam. Dia dah tau dah kalo nampak kitorang. Selalu mintak dia buat kaw kaw pedas. Huh meleleh air hingus makan.. Satu lagi suka makan kat gerai ayam penyet kat pejabat pos tu.. Beratur orang nak makan. Nasi dia biasa-biasa je tapi tahla nape.. Sedap hehe..

Kekadang aku balik lambat. Malam baru balik. Yang jadi peneman aku, Timah... Sebelum balik kitorang suka lepak kat restoran Arab, Restoran Saba' tu. Order nasik sepinggan yang large punye. Makan kongsi.. Air pula selalu amik Adani Tea Pot tu.. Peh sedapp.. Balik dengan perut yang kenyang gila ehehe.. *Alahai rasa nak makan nasik Saba' tu la pulakkk uwuwu.. Sabah mana adeeeeeeeee*

Ermm aku dengan office mate pun selalu outing kat luar. Bawak family dorang. Penah piknik kat Taman Botani Putrajaya, kat air terjun dalam FRIM tu... Makan-makan kat Flaming Steamboat dan banyak tempat lagilaa.. Best sangat... 

Ofis pun selalu ada event.. Makan-makan. Heh mana la tak gemuk dok kat ofis tu. 3 tahun keje, naik 10 kilo ok hahaha.. Sabar jela..

Eh rindu laaaa.. Aku rindu dengan kawan-kawan aku kat ofis tu. Kitorang memang close. Especially me & Timah. Kitorang close gile. Dia banyak tolong aku... Tuhan je dapat balas jasa baik dia. Oh it's her birthday today. Agaknye sebab tu la aku terlalu rindukan tempat kerja aku dulu.. :(

Ex boss aku yang dah bertukar ke ofis di Sydney ada di KL sekarang. And I heard kawan-kawan aku nak bawak dia makan di Flaming Steamboat minggu ni. Waa bestnyeee... Aku rindu jugak kat ex boss aku ni. Dia baik sangat.. Sedih tak dapat jumpa dia.. Takde rezeki kan. Takpelaa...

Macamana la nak hilangkan rasa rindu ni? Huhuhu....

Thursday, January 12, 2012

Our Dinner Last Night :)

Assalamualaikum,


Gulai ayam, ikan goreng, sambal belacan

Dinner yang tak berapa nak sihat sebab takde sayur! hehehehe.. Tapi sungguh menyelerakan!

Tiba-tiba je tekak nak makan gulai ayam. So lepas ke klinik semalam aku ke pasar cari ayam.. Beli sekor macam ni

Seksi tak??
Kihkihkih..

Pastu balik rumah aku garu-garu kepala. Macamana nak siang ni weh? Hohoo.. Masa duduk Semenanjung dulu kalo beli ayam, tokey ayam tu akan potong untuk kita siap-siap kan... Tapi kat sini sume kena buat sendiri. Termasukla ikan. Tapi aku takde masalah nak siang ikan. Ayam je tak reti eheh... Aku bleh je nak beli ayam yang dah siap potong tu kan tapi rasa macam rugi je nak beli macam tu. So aku belila sekor. Guna sikit untuk buat gulai, selebihnya simpan untuk masak lain kali. So, aku kenala pikir macamana nak siang ayam yang seksi nih ehehehe..

Aku tak pikir panjang pun, pisau ada, cincang jela! kihkihkih.. Don't ask me how it turns out.. There will be no after picture. Bayangkanla ayam tu selamat dicincang ye ehe..

Ketung ketang ketung ketang kat dapo petang semalam masak gulai ni. Fisrt time tau. Haritu guna santan kotak. Kali ni pakai fresh santan dari kelapa parut.. Menjadi jugakla. Cuma a bit cair kot sebab blender aku takleh pakai. Jadi takleh nak blend dulu kelapa parut tu. Kalo blend banyakla sket santan dapat kan. Ni aku buh air je pastu perah-perah huhu.. 

Walau ape pun, gulai ku menjadi! hihi.. Hubby pun puji cakap jadila ni. Ayam pun lembut empuk.. Hohoho.. For a first timer ok la tu kan :P

Then bila gulai dah siap masak, tetiba pulakkkk tekak nak makan sambal belacan. Aku tak reti buat sebab mak aku (rasanya la..) tak pernah buat sambal belacan. Selalu buat sambal tak taruk belacan. Kat rumah pon takde stok belacan. 

Tapi kat rumah aku ni ada la pulak sekotak belacan ehe.. Ni sebab my pumpkin yang beli haritu.. Buat colek jambu hehe..  Soooo... aku tanyala my pumpkin pandai buat sambal belacan tak. Dia kata pandai.... Ape lagi kan, aku pon dengan manjanya mintakla dia buatkan hihihi... Dia ata on je. Nanti tengok dia buat ehehehe..

After maghrib, dia masuk dapo. Dengan penuh gaya, dah macam chef tapi pakai kain pelikat haha.. Rugi pulak rasa tak amik gambar dia in action ehehe...

Cara-cara my pumpkin buat sambal belacan ialah:

- Potong cili merah dalam 3 tangkai (buang biji)
- Cili padi 3 tangkai (kalo nak pedas tambahla lagi. Dia buh sikit je, takut aku dan baby kepedasan hehe)
- Tumbuk cili-cili ni sampai lumat. 
- Goreng atau bakar sedikit belacan. Goreng tu tanpa minyak. Just letak atas frying pan kejap. Macam nak panaskan gitu la...
- Tumbuk belacan dengan cili tadi...
- Bubuh garam secukup rasa
- Last sekali, perah limau..

Siap dimakan! And the taste is awesome! Suka suka.. Thanks pumpkin cayang ehehehe... My pumpkin makan berulamkan petai jeruk. Aku tak suka sangat, so makan macam tu je dengan nasik panas-panas. Oh sedap! :D

Alhamdulillah, walaupun simple je we're happy :)

Now, tengah pikir nak masak ape pulak harini.. Hmmmmmmmm....

Tuesday, January 10, 2012

Berfacebook Biar Berpada-pada

Assalamualaikum,

Korang ada Facebok? Sure ada kann.. tipulah kalo takde. Budak kecik umo 7 tahun pun dah ada facebook tau. Jangan tak tauu... Anak sedara aku la tu *sigh*

Aku pon ada facebook. Dulu aktif berfriendster je. fb fb ni tak pandang. Ada account tapi tak aktif. Tak reti guna. Tapi lama-lama bila frenster pun dah tak bes, kawan-kawan pun ramai dok guna fb je, aku pon beralih angin jugakla......

Facebook bagi aku sama macam frenster. Tempat untuk mencari balik kawan-kawan lama, time sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti... Temapt untuk mengeratkan lagi pertalian persahabatan tu.. Juga untuk update latest story pasal aku.. Buat stalker yang ingin tahu kehkehkeh.. Ada ke yang nak stalk aku??

Walau bagaimanapun, aku selalu ingatkan diri, main facebook ni kena beringat... Jangan terlampau mabuk.. Mabuk update status. Habis sume benda nak cerita kan. Status berupdate setiap 10 minit.. News feed tu penuh dengan status dia aje.. Nak berak nak kentut nak kencing sume ada.. Aku penah ke eh buat status camtu.. Sorila kalo ada huhu.. 

Pastu elakkan update status macam ni "Sorang-sorang kat rumah....hubby esok baru balik..." Huish mengundang bahaya nihh.. Yela, mana tau stalker memang dah dok peratikan kita, rumah kita pun dia tau kat mana.. Tetiba kita dari dok sorang jadi dok berdua huwaaa.. Seremmmm... Nauzubillahiminzalik la kan. Mintak jauh.. Jadi sama-sama la beringat. Jangan update status yang boleh bagi hint kat orang yang anda sedang bersendirian di rumah atau di mana saje. Bahaya bahaya...... Aku selalu ingatkan diri....

Pastu lagi, cerita-cerita dalam kelambu, dalam selimut, dalam kain, tak usahla diceritakan dalam facebook. Not appropriate ok.. Nak gaduh suami isteri pun tak usahla nak diuar-uarkan pada orang ramai. Cukupla korang suami isteri je tahu. Jangan dibuka aib sendiri huhu.. Aku bukan ape, ada la terbaca status orang yang sedang ada masalah rumah tangga... Yang aku sedih, orang-orang yang bagi komen tu. Bagi komen tah hape-hape.. Yang suruh bersabar ape sume tu biasala. Tapi kalo ada yang menghasut macamana pulak? Hishh... And then kekadang status tu tak jelas membuatkan orang tertanya-tanya. Secara tak langsung bleh menimbulkan fitnah pulak... Orang buat spekulasi macam-macam.. Not nice la kan? Untuk peringatan aku sendiri jugak.. Tak mau la macam ni huhuhu...

Kalau nak buat status bersayang-sayang tu takpelaa.. Cos aku pun selalu post status camtu hahaha.. 

Itu jela aku nak bebel malam ni... Berfacebooklah dengan penuh hemah.. Terima kasih...



Selingan: Liga Super, Kelantan vs Lions 12. Kelantan 2:1 Lions 12.. Yayy Kelate menang! hehehe

My Better-Late-Than-Never-2012 Resolutions

Assalamualaikum,

1.  Be a good wife. Jaga makan minum pakaian perasaan my pumpkin. More importantly to understand his job more. Nak urus rumah tangga sebaik mungkin. Nak kata tak penah gaduh dengan my pumpkin tu nampak sangatla menipu kan... Tahun 2012 ni tak mau gaduh-gaduh. Nak bahagia je. Insyaallah...

2.  Belajar masak. Sangat penting untuk point nombor 1. Aku kan tak reti masak huahua.. So kenala belajar kan. Nak kasi gemuk sikit my pumpkin tu ehe..

3.  Be a good mama to our soon to be born baby pumpkin :) 60 days and counting! Insyaallah, I plan to exclusively breast feed our darling baby nanti. Mudah-mudahan tercapaila impian aku yang satu ni. Since tak keje kan insyaallah boleh. Nak jaga dia, nak sayang dia sepenuh hati aku!

4.  To cloth diapered my baby! Insyaallah, mudah-mudahan dipermudahkan. Semoga my pumpkin support me on this. Sekarang mungkin dia tak nampak kebaikan cloth diaper ni. Hopefully bila dah start dia slowly nampak. Semoga takdela halangan ape-ape nanti. Kalau ada pun, akan ku tempuh semuanya! Cewaahh semangat waja :P Harusla semangat waja. Dah banyak duit habis dok beli cd huahuahua...

5.  Nak tambah pendapatan. Hmm sekarang dah tak keje, takde gaji. Ada elaun bulan-bulan from husband je. Cukup tapi tak cukup sangat kot? Haha dasar tak bersyukur... Ape-ape pun satu income is never enough dalam keadaan sekarang ni kan. Thinking of adakan kelas tuisyen untuk anak Navy kat sini. Ajar English ke.. Maths ke.. Erk mampu ke?? Huhu.. Aku tak yakin sangat ni. Tengokla kalo ada keberanian nak cuba. Eh ni azam ke ape ni.......

6.  Nak buang semua tabiat buruk. You know, bila dah kawin ni baru aku tau, aku sebenarnya ada banyak tabiat buruk. Heh.. Thanks to my pumpkin sebab selalu tego *haha maluu..* Paling teruk, aku suka menguap pastu siap ada sound effect lagi.. Ala bunyi "huarghhhhh.." tu.. Pehal la kan nak bunyi-bunyi. Cukupla sekadar nganga mulut je. Tapi tu lah namanya tabiat buruk kan. Buat tanpa sedar. Ok ok, akan lebih berhati-hati dan lebih sopan santun lepas ni..

7.  Nak khatam Quran! Ya Allah, lamanya rasa tak baca Quran *bad me!* Baca tu baca la cuma selalu baca Yasin je.. Tak pun kekadang sebelum tido baca Al Mulk.. Dah lama tak baca Quran dari Juzuk 1 sampai habis Juzuk 30. Insyaallah, semoga Allah berkati niat baik aku ni...

8.  Seiring dengan point nombor 7, I want to be a better Muslimah. Solat tak nak tinggal dah pasni huhu.. Another *bad me!* Especially time kat luar. Selalu ambil mudah pasal solat. Ya Allah ampunkanlah hambaMu ini :(.. Alhamdulillah, my pumpkin seorang yang sangat menitik beratkan solat. Kat luar, dia seboleh mungkin akan cari tempat untuk solat. Dia tak akan lengah-lengahkan. Walaupun rumah dekat je tapi sebab waktu dah nak habis, dia akan berhenti solat di mana-mana surau stesen minyak. Terima kasih Allah, Kau pertemukan aku dengan dia yang dapat membimbing aku. Sometimes kalo solat jemaah dengan dia, selalu rasa nak nangis wuwu... Nangis terharu sebab diberikan peluang untuk solat berjemaah dengan seorang lelaki bergelar suami. Alhamdulillah alhamdulillah =')

9.  Nak jadi anak yang baik untuk mak dan ayah. Tak nak dah susahkan dorang. 2011 banyak dah dok susahkan mak ayah sobsob...

10.  Want to be a better me. Nak jaga kesihatan diri. Aku kan nak jaga suami dan anak, jadi sebelum tu kenala jaga diri sendiri dulu kan? Insyaallah.....  Another thing is 2012 ni, aku nak kuatkan emosi dan semangat. Aku akui aku ni memangla berjiwa rapuh. Senang mengalah, senang menangis. Tahun 2011 tahun air mata bagi aku. Asyik naaaaangis je. So 2012 ni nak happy happy je. Sedih pun nak senyum je. Buleh ke? Insyaallah. Semoga Allah kuatkan semangat aku, tabahkan hati aku untuk menghadapi apa jua ujian dan dugaan....

Monday, January 9, 2012

Puding Trifle

*** Entry yang dah lama terperap dalam draft. Harini baru ada mood nak siapkan and publish***

Assalamualaikum,

Cuti Krismas tahun lepas pergi Taman Rekreasi Motung-Lotung dengan kawan-kawan my pumpkin aku bawakla trifle ni buat pencuci mulut selepas makan nasik. Aku buat malam sebelum pegi tu. Letak dalam fridge siap-siap nak suruh sejuk.

Cara buat trifle aku mintak dengan mak aku ehehe.. Dah lama dah ngidam nak makan. Lepas buat MGTT baru berani nak makan manis manis. Ni minggu 32 nak kena buat lagi nih huu.. 2 minggu atau seminggu sebelum tu kenala puasa makan minum manis lagi. So now, kita bantai makan manis puas puas hihihi...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat trifle ni ialah... aku google je gambar ni ehe

Ikut sukala nak pakai tepung jagung cap ape.. Yang penting tepung jagung.
Jangan tepung gandum sudah hehe

Susu cair atau evaporated milk

Swiss roll atau kek gulung

Pewarna makanan

Garam dan gula

Agar-agar strips

Fruit cocktail dalam tin

Cara-cara membuat...

1. Potong kek gulung dan susun dalam bekas.. Kekgulung tu terpulang la pada korang nak pakai flavour ape. Aku beli pandan & coklat haritu.. Tapi banyak guna pandan.

Susun macam ni haa..
(woops perut pun nak interframe ekeke)
2. Lepas tu air gula dari fruit cocktail tu korang curah la sikit atas kek.. Jangan banyak, nanti kek kembang, biar dia lembap sket sket je...

3. Agar-agar strip tu korang masak dulu bagi dia hancur. Masukkan secawan gula dan pewarna sikit.. Dah siap masak, sejukkan..

4. Dah sejuk, bolehla curah atas kek dalam bekas tadi tu..

Gambar ni ngan kat atas tak sama tau.
Yang ni aku dah letak agar2.. Tapi agar2 aku kaler putih sebab aku takde pewarna hihi

5. Biarkan agar-agar tu keras...

6. Now nak buat susu dia pulak. Mula-mula, bukak tin susu ehehe.. Masukkan dalam periuk. Pastu bubuh air dalam tin susu tadi masukkan dalam periuk jugak. Kira satu tin susu, satu tin air..

7. Masukkan juga 4 camca besar tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air, gula secawan,sedikit garam dan sedikit pewarna kuning.. 

8. Masak di atas api yang perlahan. Kacau perlahan-lahan sampaila dia jadi pekat. Non stop tau kacau tu sebab tak nak dia jadi berketul atau melekat di periuk..

9. Bila dah siap masak susu tu, biarkan dia sejuk.

10. Dah sejuk, bolehla curahkan atas kek tadi..

11. Last sekali, tabur buah cocktail atas susu tu.. Yumm yumm.. Letakkan dalam fridge semalaman, makan sejuk sejuk. Memang yummy! hehe


Macam ni lah rupanya....
Susu aku nampak putih sebab aku takde pewarna

Husband aku memang suka sangat makan ehehe.. Dia bleh habiskan bekas kecik tu sorang-sorang. Hehe suka aku tengok.. Bukan senang nak tengok dia suka makan ni.. 

Oh ye, resepi ni dari mak aku.. Aku tengok dalam My Resepi lain cara buatnye. Guna tepung kastard. Pastu dia letak susu dulu baru agar-agar.. Nantila next time aku try buat cara tu pulak. Mesti sama sedap je kott..

Selamat mencuba la ye kawan-kawan. Sori kalo arahan aku tah hape hape. Tak reti betul nak share resepi nih ehehe :D



Sunday, January 8, 2012

Masterchef Malaysia Season 1 - Siapa Juara?? EZANI!! :D

Assalamualaikum,




Dah habes dah pon Masterchef, Ezani juara pertama Masterchef Malaysia :) Tahniah tahniah...

Aku lebih suka kalau Wahidan yang menang hehe sebab suka dengan keikhlasan dia.. Start dari tangga bawah tapi Wahidan slowly naik ke atas dan akhirnya jadi salah sorang finalis. Tak menang pun takpe la, sekurang-kurangnya, orang dah kenal dia :)

 Ezani memang bagusla. Sepanjang berapa minggu Masterchef ni Ezani memang cool je. Masakan dia pun selalu dapat pujian. She deserved the title..

Bila pulak audition Masterchef season 2? Aku nak pergi ni huahuahuahua...

Tetiba ada yang cakap, "nyingge pun tok pandaiiiiii...."

Cehsssss kesok ati :P

******


Ezani atau Wahidan?



Ezani cool je orangnye.. Wahidan pulak awal-awal dulu boleh kira underdog jugakla, tup tup dapat ke final. Caya lahh..

Ape-ape pun jom tengok dulu :)

Ada orang tu cakap nak support Wahidan, sekali tetiba nak add Facebook Ezani pulak. Gatai! haha

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih 2012 - Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan terkini,

Kelantan 1 -  2 N9


*************************


Sape agaknye yang menang ek?  Tengok dalam stadium dari segi penyokong ramai penyokong Kelate (as usual) ehe.. Tapi dari segi permainan sape lagi terer nih?? Berdebar pulak aku hihi.. Kita tunggu dan lihat jela..

GKG!

Tuesday, January 3, 2012

Jalan-jalan Tahun Baru

Assalamualaikum,

Minggu lepas (yeke minggu lepas, malas nak tengok kalendar) cuti Krismas both me and pumpkin pergi berkelah di Taman Rekreasi Motung-Lotung tu. Kali ni cuti weekend panjang sempena tahun baru, kitorang jalan-jalan kat Kota Kinabalu je. Boringgg ehehehe.. Tak boring pun actually, ni lah masanya nak jalan-jalan berdua. Pasni dah susah wooo.. Nak kena bawak baby together pulak. Heh takleh imagine..

Sabtu.. tengahari kitorang pergi Likas. Pergi Hypermarket Servay.. beli barang baby hihi.. Tak beli banyak pun sebab masa cuti Krismas hari tu dah pergi CP beli baju baby... Anyway boleh baca pasal barang baby ni kat pregnancy journal aku.

Malamnya kitorang berdua keluar makan roti canai di KKIP. My pumpkin la selalu dok bercerita pasal kari kambing kat situ yang best sangat katanya. Malam tu aku order roti telur + kari kambing dan juga sepinggan megi goreng. Tow dia, makan tak hengat.. Dan hasil makan tak hengat ialah....

Hari Ahad, aku menjadi pelanggan tetap toilet huahua.. Cirit birit ok... My pumpkin pun sama tapi dia sekali je memerut terus ok. Aku pulak sampai ke malam sakit.. Huh kari kambing punye pasal! Takmo dah makan kat situ uuhuhuhu... So hari Ahad tak keluar mana-mana pun. Melepak je kat rumah. Oh cuma my pumpkin je pagi tu keluar pergi Tuaran sebab ada Tamu.. saje cuci-cuci mata..

Hari Isnin, aku dah fully recovered. Dah tak sakit perut so bolehla keluar jalan-jalan makan angin luar. Kitorang keluar pagi-pagi lagi. Lepas Subuh tak tido, sembang-sembang jap, siap-siap terus keluar untuk breakfast :) Jauhh betul lokasi breakfast. Sampai ke airport sana. Aku tak tau ape nama tempat tu. Tapi dekat dengan airport and dekat dengan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah...

Ada satu kedai mamak kat situ. My pumpkin cakap specialty kat situ, Roti Cobra with Kari Kambing. Toww dia kari kambing lagi. Tak serik-serik ke weh ahahah.. 

Inila dia roti cobra tu.. Ala roti canai jugak pun. Cuma ada extra telur  mata.
Kuah kari kambing tu pulak banjir atas roti
Tak tau la kenapa dipanggil cobra
Aku tak dapat habiskan sebab kuah banyak sangat sampai roti aku pun kembang. Dan juga mungkin aku trauma! Trauma, takut sakit perut lagi... Makan setakat mampu jela..

Siap breakfast kitorang plan nak pegi Suria Sabah. Saje jalan-jalan jugak sebab belum pernah pegi lagi. Kalau pegi KK selalu pegi Centre Point je.. Tapi masa tu baru pukul 9 pagi. Kedai bukak pukul 10 pagi. So kitorang ada masa sejam. Tak tahu nak pergi mana actually eheh..

Aku ajak my pumpkin pergi Jesselton Point....

Sori, henpon cikai.. blurrrr semacamm...

Jesselton Point ni jeti nak ke pulau-pulau. Ramaila tourists kat sini. Kat dalam ada kaunter-kaunter orang jual tiket bot. Macam-macam pakej la ada. 

Maybe masih awal pagi, orang tak ramai lagi..

At first kitorang pun macam nakk jugak naik bot round round pulau kan. Kalo round 3 pulau baru berapa ringgit, tak sampai seratus la. Tapi memikirkan aku tengah pregnant dah 7 bulan ni, lain kali jelaa... Naik bot ni risky jugak. Kalo gelora kuat, bot melambung-lambung. Takut effect baby pulak. Aku pun tak selesa. Poor my hubby. Dia nak sangat tu round round pulau. Nak snorkelling. Orang laut kan, memang takleh dipisahkanla dengan laut ehehe.. Tapi next time jela eh sayang pumpkin. Tunggu bila baby dah keluar and dah besar ke.. Kita bawak dia jalan-jalan :)

Cantik je view dia kan :)
lalala sempat jugakla posing posing.
Kenangan ni, gambar ketika perut buncit hihi..
Takde gambar berdua sebab datang berdua je kan.
Takede sape nak tolong amikkan..
Take turn jela amik gambar..

Dah bosan-bosan kat sana kitorang pun gerakla ke Suria Sabah. Tak jauh pun dari Jesselton Point tu. Masa kitorang sampai tu tepat-tepat jam 10 pagi. Tapi kedai kat dalam tu banyaaak lagi tak buka. Pelik betul. Patutnya, sharp on time pukul 10 dah kena bukak la kan? Ini pukul 10 dorang dok vacuum vacuum kedai lagi. Pelikla bagi aku ehehe.. Sementara menunggu kedai bukak, kitorang duduk duduk dulu amik gambar hahaha.. Sabar jela, takde keje kan..


Bila kedai dah bukak, kitorang masuk Metrojaya. Plan nak beli barang baby. Sekali mahal je harganya. Tak beli ape-ape kat sana. Masuk F.O.S grab 3 rompers for darling baby heh.. jadi la... My pumpkin pulak beli seluar sehelai. Murah je RM19.90 hehe.. Aku pulak takde beli ape. Ingat nak beli maternity blouse satu sebab dah bosan asyik pakai baju sama je huhu.. Baju tu ok cuma lengannya pulak pendek.. Suku lengan.. My pumpkin tak suka. Kalo aku, ok je hahaha.. Tapi dah suami tak suka tu, dengarla ye.. Jangan buat bodo pulak. Dia tak suka jangan beli. Lagipon pakai duit dia jugak tu ehehehe.. So aku tak beli pape. Takpela, dapat grab something for baby dah cukup buat hati aku senang :)

Ermm seronok dapat jalan berdua dengan my pumpkin. Nasibla dia memang suka berjalan ehehe.. Kekadang aku rasa ralat jugak sebab aku sekarang dah tak larat sangat. Kesian dia nak pegi mana-mana tersangkut sebab aku. Ni cuti CNY dia dah tanya aku nak pegi mana. Dia macam nak pegi jalan-jalan tempat jauh-jauh tapi aku ni pulak dah sarat kot. Susah sket la nak berjalan. Huu sorry my pumpkin.... Nantila bila baby dah keluar, dah besar, kita pegi jalan-jalan tempat jauh-jauh. Buat masa sekarang kita pusing-pusing Tuaran dengan KK jela dulu ek.. Tak pon up sket, pegi Inanam hahaha... Up la sangat ek ehe... 

Eh rindula pulak kat laki aku neh.. Dia duty malam ni sob sob....



p/s: Esok genap 7 bulan kawin. Heeeeee :D

Ombak Rindu

Assalamualaikum,

Heee baru sekarang dapat tengok Ombak Rindu. Maklumle, nak tengok kat wayang tak dapat. Kat Astro First malas nak langgan sebab rasa macam rugi je nak bayar RM15.. Kesian kat hubby jugak. Dia bukan tengok. So dia suruh aku beli cd je. Lagi murah kot dari Astro First tu pastu leh tengok banyak banyak banyak kali.

Aku dengar cakap dia......isteri mithali kan aku nih huahua..

Tadi keluar ke KK dapatla beli.. Aku tanya tokey kedai, cd cetak rompak ke nih. Dia kata tak, ori.. So, aku tak tau, tokey tu cakap ori k ehehe.. By the way quality memang cantek. Memang macam ori lahh.. Worth it la beli..

Ombak Rindu ni, aku ada novel dia. Dah lama dah beli. Ingat-ingat lupa dah jalan cerita. Aku memang macam ni, kalo baca novel, tak pernah lekat dalam jiwa ehehe.. Haritu aku ada mintak adik aku carikan novel tu kat rumah and then pos kan pada aku. Tapi adik aku cakap dia cari tak jumpa pun. Huwaaa sedih je rasa. Mana tah pergi novel tu.. Sayang wooo....

Bagi aku filem ni ok ok jela.. Aku tak suka part yang di ranjang tu huhu.. Agak geli bila orang Melayu melakonkan perbuatan seperti itu... 

Aaron Aziz nampak dah tak kaku sangat dah ehe.. Selalunya problem aku dengan Aaron ni aku rasa his acting quite stiff sometimes. Macam dalam cerita Nora Elena tu... Tapi this time macam ok sikitla.. Aduh part dia mengalirkan air mata tu, aku pon cair weh ahahaha... Tapi tahan cos hubby ada kat sebelah. Kang dia boo aku hihi.. Dia dahla tak suka cerita ni. Asyik dok compare dengan cerita Tentang Dhia je ehe.. But anyway, air mata aku tumpah jugak last last tu masa Hariz datang cari Izzah kat kampung. Masa ni hubby dah pegi training kung fu dia, jadi bolehla feeling feeling hihihi..

Maya Karin as Izzah.. err aku ragu-ragu dari dulu lagi. Dari masa mula-mula tahu dia yang akan lakonkan watak Izzah ni.. Ramai orang dok komen pasal slang Melayu dia tu kan.. aku pon sama la, tak nampak sangat dia Melayu ehe.. Kureng menjadi la kot.. Tapi ok jela, dia bleh buat aku nangis jugak ehe.. Hubby tak suka. Dia cakap Maya ni belakon jadi hantu jadila.. ahaha jahat.. Sorry Maya, my hubby is so not into Ombak Rindu. That's why he is being so cruel hihi..

Lisa Surihani pulak, first time aku tengok dia berlakon watak macam tu. Selalu lembut-lembut je kan. Kali ni dia nak kena jerit-jerit marah.. Terkejut jugak aku, adakah btul ini Lisa?? hihih.. Menjadi la jugak.. Bravo Lisa sebab berjaya get out of the box :)

Oh Azizan Mahzan sorang lagi. Aku tak suka! Kenapa nak cakap slang slang? Datuk memang cakap macam tu eh huhuhuhuh.....

Whatever it is, aku enjoyla tengok cerita ni....


Sunday, January 1, 2012

ShoutMix is Goneeeee..

Assalamualaikum,

Aku memang dah alert dah pon yang shoutmix akan terminate dia punye free service. Tak meroyan pun ehe.. Sebabnya aku rasa takde guna jugak letak shoutmix box tu kat blog. Everyday yang singgah, hanyala orang-orang yang nak promote barangla.. cakap dah follow aku tapi sebenarnya tak follow pun. Takde pun yang betul-betul drop by to really say HI to me. Kalo ada pun very rare la....

So takpela dah gone pun. Aku pon dah remove dah dari blog. Dan tak bercadang nak letak benda lain.

If you guys have anything to ask me, just drop a comment kat mana-mana latest entry ye..

Tq! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...