Monday, November 19, 2012

My Version of Ayam Penyet

Assalamualaikum,

Petang tadi dah selamat makan ayam penyet buatan sendiri for dinner. WEhe.. Hubby kata menjadi! Dia makan bertambah dan pinggan pun licin. Puas hati la kan hihihi.. Bila hubby suka aku pun suka. Walaupun sebenarnye aku rasa sambal kurang menjadi. Sebab aku blend, tak tumbuk. Bila blend kena buh air sket, kalau tak, blender tak jalan. Aku tak tumbuk sebab takmo tangan panas terkena lada. Kan nak pegang Shaheem. Kesian lak dia kalau terkena panas lada tu.. Next time la try tumbuk pulak.. Mungkin lebih menjadi. Sambal tu aku just blend cili padi (dalam 10 tangkai) ngan tomato sebijik. Bubuhla garam, gula secukup rasa. Aku bubuh jugak ajinomoto. Tapi sikit jela. Niat di hati tak nak letak sebab aku memang tak reti masak buh aji, tapi hubby suruh letak. Katanya nanti lebih umpphhh.. So aku pun bubuhla sikit.. Aku bubuh jugak belacan. Sikitttt je..

Sup pulak, aku rebus ayam 2,3 ketul dengan bawang putih dan halia. Kalau ikut jiran aku, dia kata just rebus air, bawang ngan halia pun dah cukup. Pastu tambahla kiub pati ayam tu. Tapi aku takde kiub tu, sebab tu aku rebus dengan ayam.. Biar ada rasa ayam. Nak rebus kosong dengan halia ngan bawang putih je, rasa macam tak sedap...

Ulam pulak bunga kantan, carrot, terung dan kacang panjang yang aku celor. 

Ayam goreng kunyit biasa. Aku buh jugak tepung jagung nak bagi rasa rangup. Tapi tak rangup pun. Mungkin sebab aku bubuh sikit sangat. Aku ketuk ayam dengan pisau besar tu.. Ketuk ala kadar je, bagi nampak macam terpenyet. Ketuk masa panas-panas.. Kalau kat kedai biasanya ayam besar an, tapi ayam aku ni masa beli kat pasar semalam hubby uruh orang jual tu potong kecik-kecik.. So makan jela yang kecik macam ni. Next time la makan ayam besar punye ehehe


Cubaan pertama buat ayam penyet.
Ala bukan susah pun kan.
Tang sambal tu je kena sedap 


Bila hubby puji kata sedap dan menjadi, harusla senyum sampai ke telinga kannn hehehehehe

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...