Wednesday, July 25, 2012

Kali Pertama Berpuasa di Sabah

Assalamualaikum,

Salah salah.. tajuk post kali ni sepatutnya berbunyi macam ni,

" Kali Pertama Berpuasa di Sabah, Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami, Kali Pertama Berpuasa dengan Anak Kecil, Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh dari Keluarga."

Takleh nak pikir dah kali pertama apa lagi....

Kali Pertama Berpuasa di Sabah. Apa perasaan? So different hokay! Especially timing bukak pose laa... Dulu masa kecik-kecik bila tibi tunjuk waktu berbuka puasa, aku mesti jeles dengan orang-orang Sabah, Sarawak. Yela, pukul 6 lebih dah berbuka. Kalau kat Semenanjung pukul 7 lebih. Sejam beza! Tapi sebenarnye tuan-tuan dan puan-puan, takde beza pun..... Pukul 6 kat sini sama je dengan pukul 7 kat Semenanjung tu. Sabah ni kan paling timur letaknya dalam peta Malaysia, jadi Sabah menerima cahaya matahari terawal dan matahari pun terbenam awal. Subuh kat sini pukul 4.48 pagi, pukul 6 pagi dah cerah terang benderang dah. Sama macam pukul 8 pagi kat Semenanjung. Maghrib pulak pukul 6.35 petang. Memang dah gelap dah time tu. 

Eh apehal aku membebel pasal masa pulak ni huahuahua.. Tak semena-mena.

Erm kat Sabah ni lain sebab aku takde nafsu nak pegi Bazar Ramadhan/Pasar Ramadhan/Param/ape-ape je yang korang panggil. Takde nafsu sebab tak berselera tengok makanan yang dijual. Heh kejamnye statement. Mungkin sebab baru lagi dok sini so tak reti lagi nak try makanan orang Sabah. Slowly lah belajar. So far dah 5 hari puasa ni aku hanya pergi Bazar Ramadhan dalam base Ahad lepas. Kecik je pun. Dan yang berniaga pun kebanyakannya orang Semenanjung. So juadah pun juadah dari Semenanjung lah. Aku beli nasik kerabu, kuih muih. The next day pulak hubby beli laksam. Sumenye not bad lah.

Kali Pertama Berpuasa Bersama Suami. Yep, ni Ramadhan pertama. Ramadhan tahun lepas kami berjauhan. Hubby di Lumut, aku di Putrajaya. Masa tu pulak aku tengah pregnant so tak larat nak travel pegi Lumut. Hubby pulak berniaga kurma di Pasar Ramadhan dalam base. Sedih woo tak dapat puasa sekali. Dahla baru kawin kan. Sebelum ni dah berfantasi dah nak bukak puasa sama-sama, nak sahur sama-sama, nak pegi terawikh sama-sama. Bila fantasi tu tak menjadi kenyataan memang sedih sobsob. Lebih-lebih lagi bila tengok orang lain yang baru kawin sama macam aku dok post kat Facebook betapa bahagianya mereka berpuasa dengan suami. Ahh angin jeles datang berderu-deru tauu... Tapi takpe, yang tahun lepas dah lepas dah. Tahun ni, syukur Alhamdulillah, Allah bagi kami peluang untuk menyambut Ramadhan bersama :)

Dah jadi isteri ni jadi tanggungjawab aku la kan untuk sediakan makanan berbuka, makanan bersahur untuk suami. Alhamdulillah belum gagal hehehe.. Baru 5 hari puasa dah cakap besar :P Hari pertama berbuka aku masak. Menu gulai lemak pucuk paku, ikan kerisi goreng. Hari kedua berbuka, nasik kerabu beli kat bazar dalam base. Beli sebab dah lewat dah nak masak. Haritu pegi melawat kawan dalam base. Hari ketiga, makan burger ngan laksam. Burger buat sendiri, laksam beli kat bazar. Hari keempat, ni haa yang aku masak

Gulai ayam, sotong celup tepung, tom yam balance sahur hehe, ikan rebus, petai, budu.
Kuih puteri mandi tu pulak hasil air tangan suami tercinta <3

Gigih masak gulai ayam sambil sebelah tangan dokong Shaheem. Last last my beloved pumpkin makan nasik ngan budu, petai, ikan rebus jeee.. Sentap mak huhu... Apa buleh buat, tu fave dish dia. Kalo tak hidang yang tu, tak selera pulak dia makan huhu. Redha. Menu hari kelima iaitu hari ini, ikan goreng dengan balance gulai ayam semalam je. Hubby on duty harini (sebab tu blog berupdate kiki) so tak perlu nak masak beria.... Esok. erm aku tak tau lagi nak masak ape. Pening jugak eh nak masak-masak ni. Lebih-lebih lagi aku ni tak reti masak hehehehe.... But at least aku ada usaha jugak kan. So kasik can laaa... 

Oh ye, jiran aku kan, paaaandai sangat buat kuih. Dan dia pun raaaajin sangat bagi-bagi kat jiran. Huu segan aku sebab aku selalu tak tau nak balas balik dengan ape. Haritu beli laksam je bagi dia. Nak buat kuih sendiri mana aku reti huhuhuh.. 

Erm sahur pulak, aku bangun pukul 3.30 pagi. Panaskan lauk berbuka je. Aku normally dah asing siap-siap dah. Aku wajib bersahur. Kalau tak bersahur aku memang boleh lembik huhu. Hubby pun wajib kena sahur!

Kali Pertama Berpuasa Dengan Anak Kecil. Oh sangat mencabar ok! Walaupun orang cakap aku bernasib baik sebab tak breastfeed Shaheem. Kalu breastfeed sure lembik time puasa. Eh tak breastfeed pun lembik jugak tauuuu.... Mungkin tak lembik sangatla hehe.. Shaheem kalo nak tido, nak berdukung je. Dia dahla almost 9kg kot? Huii nak patah pinggang. Pastu kalau nak masak kena tunggu dia tido baru bleh masuk dapur. Kalau tak, kena ngadap dia je. Kalau my pumpin ada blehla gilir-gilir dukung atau pegang dia. Macam harini aku sorang je yang handle. Aduiii penat sehh... Ni nasib baikla dia dah tido. Bleh aku update blog! hihihih

Kali Pertama Berpuasa Sangat Jauh Dari Keluarga. Sedih, sayu, pilu :(.. Lebih-lebih lagi mak tak berapa sihat sekarang. Bila call tanya buka dengan apa mesti mak jawab, "erm tak tau la lagi. mak pun tak larat nak masuk dapur." Aduh, sayu je rasa huhuhuhu... Ingat lagi kalau dulu-dulu meriah betul bila berbuka kat rumah mak. Lauk dah macam-macam. Air pun 2,3 jenis. Makan ramai-ramai memang syokkk... Tapi sekarang kat kampung masing-masing sibuk. Bila ada masa je bleh kumpul ramai-ramai. Haih, rindu dengan keluarga kat kampung uhuhu... Dulu dok Putrajaya ada jugak amik cuti balik kampung kejap. Sekarang taklehla. Tiket mahalun! Tapi jangan sedih-sedih, insyaallah 13hb nanti kitorang balik Semenanjung. Blehla berpuasa kat kampung pulak. Insyaallah :)

Sekian cerita kali pertama aku hehe..

Selamat berpuasa untuk korang sume! :)

6 comments:

  1. slmt berpuasa wanie.. wahh blh tahan rajin gk wani masak..err 13hb dh nk blk kg?? x lama dh tu..bestnye blh blk ry ...isk..isk.isk..

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa ye..(^__^)

    ReplyDelete
  3. semuanya kali pertama yer.. xpe xpe.. kuatkan semangat ye.. selamat berpuasa tau

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa....hik3..rajin ek mask.org masak baru sekali je.hik3..xlart dh...hik3..kita balik 10ribln... ;)

    ReplyDelete
  5. mesti sedih bile terkenangkan keluarga..

    ReplyDelete
  6. senang wani... feverret din senang je nk fullfilled... Dina pon skrg ni nk masak mesti berperang ngan Fateh... die da la bambam da 8kg... berat kot nk pangku sepanjang masak ni... bimbang terpercik myk ke ape... nak potong2 g... huhuhu redho jela pape lauk yg dapat wat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...