Tuesday, June 26, 2012

Update 2 Minggu di Sabah

Assalamualaikum,

Shaheem tido, line laju! Yayy mari update blog yang dah bersawang! :P

Apa kabar semua? Ada ke yang tunggu aku update blog ni? hehe.. Dah balik Sabah ni aku tak sempat sangat nak mengadap blog. Kalau facebook sempat jugakla jenguk sekejap sekejap. Nak up status tu blehla. Nak upload gambar tunggu line laju dan bila masa pun ada.

Susahla nak duduk depan laptop lama-lama. Shaheem tido bolehla. Kalau dia tak tido, mulut dia bising mintak diangkat. Bosan agaknye duk terbaring je. Kekadang kesian kat dia sebab dia takde toys walau satu pun huhu.. Bosan-bosan, dia main dengan tangan sendiri je. Adei, nantila mama beli toy ekk.. Shaheem pun dah pandai nangis dah sekarang kalo kena tinggal sorang. Dulu kat rumah Mak Tok dia ok je kalu aku tinggalkan dia kejap. Pergi dapur ke, toilet ke. Tapi sekarang...... aku hilang kejap je dah meraung. Aku ada depan mata elok-elok je sengih. Aduila anak... Macamana mama nak buat keje? Sudahnye, aku tunggu dia tido dulu barula bleh buat keje rumah. Masalahnya, siang hari dia tido sekejap-sekejap je. Dalam 15-30 minit. So mama kena buat kerja laju-laju... Basuh baju, basuh pinggan, masak semuanya dalam masa dia tido tu.

Serius, aku tak reti lagi nak urus masa uruskan rumah tangga dengan kehadiran Shaheem ni. Slowly la kot kan. Rumah hari-hari bersepah. Padahal anak kecik lagi, Tak paham aku. Hubby cakap kena buat 5S  haha.. Mentang-mentangla dia baru lepas kursus 5S..


* I'm typing with 1 finger. Sebelah tangan lagi tengah bagi susu kat Shaheem. Am I SUPERMAK or what? Kan kata Shaheem ni tido kejap je *


Dah 2 minggu dok Sabah. 2 minggu jugakla kitorang sekeluarga sakan berjalan. Bawak Maksu Shaheem jalan-jalan kenal Sabah. 


* Yayy Shaheem dah tido balik hehe *

Makan puding kelapa & lokan panggang tepi jalan

Melawat Tuaran Crocodile Farm

Makan Kenny Roger's Roasters di CP, KK sempena 1st anni. Thanks my pumpkin belanja ;)
3 plates for me, my pumpkin and my sis ye. Not for Shaheem hehe

Ke Kundasang lagi! Melawat Kinabalu Park, Pekan Kundasang, Tagal Sg Moroli, Poring Hot Spring & Desa Cattle Dairy Farm


* Eh Shaheem dah bangun T_T *

Jalan-jalan pun during weekend je tu. Weekdays my pumpkin keje. Insyaallah esok malam nak pegi makan di Tanjung Lipat pastu nak pegi uptown kat bandar KK tu.. Adik aku nak beli serba sedikit souvenir nak bawak balik.  Mak pun dah pesan ikan bilis sekilo. Baik mak!

Sabtu ni adik aku dah nak balik. Huwaaa.. I'll be lonely after that. Entah camanela nak handle Shaheem sorang-sorang. Masa adik aku ada, kalo Shaheem nangis time aku tengah mandi ke ape, blehla dia tolong angkat tolong pujuk. Lepas ni?? Huuuuu.. Doakanla aku bleh survive jaga anak sendiri yeee...


Nanti aku update lagi ye. Daa!




2 comments:

  1. bestnya tgk hidup amal sekarang bersama suami & anak2x..kdg mia berdoa semoga dpt jd mcm amal dekat d cc suami & anak...bestnya tgk menu tue

    ReplyDelete
  2. @mia-ina insyaallah nanti mia pun leh duduk sebumbung dgn husband :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...