Saturday, June 9, 2012

Late Night Mumblings Again

Assalamualaikum,

Seperti malam-malam sebelumnya, mata tak nak pejam walaupun dah pukul 1.37 pagi. Urgh kenapakah wahai mata? Banyak pikir ke aku ni sampai tak lena nak tido?? Mungkinla. Memang banyak benda dok pikir. Tak habis-habis dok pikir benda sama. Letih dah rasanya huhu... Next time la aku share ape benda aku dok pikir sangat tu. Kot kot korang leh tolong pikir sama hehehe...

Anak teruna sorang dah laaaama tido. Macam biasa jugakla. Tido dengan macam-macam gaya. Kejap-kejap geliat.. Geliat siap bunyi suara. Mama pun intaila kot kot dia terjaga nak susu. Tapi tak. Hampa. Mama bosan nih! haha.. Tadi lepas tidurkan dia (around 9pm), aku cepat-cepat pergi mandi. Dalam bilik air tetiba dengar suara dia nangis. Kuat gileeee.. Aku panik kejap. Nak keluar takleh sebab tengah busy (kuikuikui).. Harapkan adik aku jela. Dia nangis kejap je, pastu diam terus. Aku ingat adik aku dah bagi susu kot. Sebab tu dia diam. Keluar dari bilik air tengok dia syok je tido. Tanya adik aku nape dia nangis. Adik aku jawab, entahh.. Tetiba jekk.. Ngigaula kot tu.. Adik aku angkat, pok pok bontot terus dia tertido balik. Sampaila laaaa ni...

Syyyy... Budak demok tengah tidoooo

Adik aku pun dah tido dah ni. Selalunya dia lah peneman stay up online sampai lebam. Heh dia tido awal sebab laptop dia rosak daaa... Tetiba je pagi tadi dia nak on, dah takleh on.. Lampunye menyala, bunyi kipas pun ada tapi screen gelap gelita.. Tak taula ape masalahnya. Adik aku cakap dulu laptop dia dah pernah jadi camni. Hantar baiki, kena la dalam RM200++.. Lama pulak tu amik masa nak siap. Dia dah frust. Frust sebab dah rosak lagi. Bila rosak nak kena baiki. Nak kena guna duit lagi. Dia frust jugak sebab takleh bawak laptop dia ke Sabah (dia akan ikut aku nanti). Mati kutu la dia kat sana ehehehehe... Sabarla laling. Ape buleh buat.. Benda dah jadi. Ada la tu hikmahnye. Kak Wani nak tolong hulur duit nak repair pun tak boleh sebab Kak Wani sendiri pun perlukan duit huhu... Yang mampu saya tolong ialah, bagi guna laptop uzur Kak Wani ni ehehe.. Harap bersabarlah ye. Laptop saya memang lembab+slow+selalu hang+macam-macam masalah! Dapat update blog & stalk FB orang pun dah cukup bagus....

Laptop aku ni memang dah uzur. Umur dia dah 5 tahun ok! Beli tahun 2007. RM1999.00. Brand Compaq Presario V3000. Laptop adik aku pun Compaq jugak tapi entah kenapa tak tahan lama.. Laptop aku ni pun penah jugak dah rosak. Format pun entah berapa kali dah. Tapi syukur alhamdulillah, dia masih mampu berjasa untuk aku.. Walaupun memang kadang-kadang menyakitkan hati! haha.. Latest sakit hati sebab Google Search aku tak menjadi. Aku guna Google Chrome. Bila nak bukak page www.google.com mesti keluar macam ni..


Penat dah reload. Tak keluar jugak. Dah clear cache and cookies. Tapi still sama. Argggh tension! Susahla nak mengoogle informasi. Paling penting buat masa sekarang sebenarnye ialah aku nak google website courier service nama Kangaroo tu.. nak track kat mana parcel aku berada sekarang. Tengah menunggu botol TT yang dihantar Mama Panda Store hari Rabu lepas. Sampai sekarang tak sampai-sampai. Haihhh... bila takleh nak track lagi sakit hati. Dengg dengg dengggg X(

@};- Tolong sape-sape bagi url website Kangaroo Courier Service ni kat aku.. Masyehhh ;)
@};- Dan eh, tolong like page Mama Panda Store. Cukup 1000 tuan empunya store nak buat giveaway. Hadiah yummy yummy katanya.. Like la like laaa  @-)

Ok, kembali kepada ketensenan google chrome tak menjadi ni. Rasanya nak kena uninstall then install balikla kot. Hii malas sungguh! 

Bila google tak menjadi, nak update blog pun rasa macam lemau je. Baru je bersemangat waja nak buat scheduled entry banyak-banyak. Scheduled entry sampai hujung bulan ni kot. Sebab rasanya kat Sabah nanti susah dah nak online. Tak nak blog bersawang, kenala rajin buat scheduled entry kan. Tapi bila google search dah tak menjadi, otomatik rasa malas dah la nak buat sobsob... Dahla ada 2 blog nak kena update ni!! Haa terus nyesal buat 2 blog hahaha.. Dah nak kena maintain dua-dua.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna kan kan... 

Google search penting untuk saya sebab, saya suka google info. Nak update blog kena ada info yang sahih. Barula bleh share. Google search juga penting sebab senang saya nak cari bahan bercerita di saat saya kehabisan idea nak merepek merapu. Selain daripada tu google search sangat penting untuk saya cari imej-imej yang comel untuk ditempek di blog. Takde imej comel, orang tak minat nak baca kan??? Aduhai google search, kenapa ini terjadi???

Okla, cukupla membebel. Dah hover panjang hehe...

Nite uols. Saya takmo tido lagi. Nak buat scheduled entry untuk lusa dan tulat dan tubeng dan the next next day.... 

Sebelum pen off, tempek dulu wajah latest tuan tanah...

Urghh look at moi!!
Tak segojes dulu kanss (bluwek, dulu pun tak gojes jugekk)
Muka cam pucat je. 
Jerawat kat muka tak payah cakapla. Penat nak kira.
Tudung men capai sahaja. Malas nak iron. 
Ni mujur sedang pakai contact lense. Cuba kalau pakai spek. Haha lagi horror wajahku!
Sedapkan hati dengan berkata, "this is natural beauty uolss!" :P
Nak sedapkan hati lagi, "kamera henpong adik aku ni tak cantekla shot dia. Kabur semacam!" :P :P
Haihh dah jadi mak mak ni malas pulak nak jaga penampilan.
Hishh have to change! Kang me pumpkin tak kenal bini sendiri hehehehe

2 comments:

  1. hu3...org sjk pregnant ni yg mls jga pnmpilan...sblum pregnant ri2 asyik nk bgaya je...hu3...may be sbb xtau nk pakai bju ape kot...hik3....

    ReplyDelete
  2. @nor suhaiza haa sama macam saya la.. start dari pregnant terus jadi malas nak bersolek ape sume. pakai pun main capai je. orang kata sbb pregnant baby boy jadi camtu. wallahualam ehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...