Sunday, June 3, 2012

Khasiat dan Kegunaan Limau Purut

Assalamualaikum,


Kat belakang rumah mak aku ni ada sepohon pokok limau purut. Lebat betul berbuah.. Daun dia hijau je. Memang subur bebenor lahh... Biasanya kitorang amik daun limau purut tu. Masukkan dalam tom yam atau bila masak paprik. Bau masakan memang jadi sedap la.. Selain daripada tu mak aku pernah jugak amik buah limau purut letak dalam bilik.. Natural fragrance katanya hehehe...

Kadang-kadang buah limau purut ni banyak sangat sampai kitorang biarkan je dia gugur pastu buruk macam tu je. Sayang je kan? Aku pun google la khasiat limau purut ni, tak kiralah buah atau daun sahaja. At least bleh tahu kegunaan lain limau purut selain menjadi pewangi dan untuk menyedapkan bau dalam masakan...

Here's some info hasil googling...

1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 


Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 



Banyak kegunaan limau purut kan. Aku paling suka yang limau purut ni baik untuk rambut. Hmm rasa macam nak pergi kutip buah-buah tu sekarang hehe...

Aku pernah baca somewhere.. Ada orang bagi tips mandi dengan air yang bercampur perahan air limau purut boleh mewangikan badan.. sangat sesuai untuk orang yang dah berumahtangga ehemmm.. Ni rasa macam nak amik banyak-banyak bawak pegi Sabah nihh huahuahua

1 comment:

SalmahJ said...

assalamualaikum, kakak pun tak tau nak buat apa dengan limu purut yg banyak, ada dekat 100 biji kakak kumpul tadi, kata org buah limau purut baik untuk menghalau ular dgn cara belah dan letk di tepi pagar dan kakak rasa nak bubuh dalam periuk sauna nak mandi wap, selain tu kakak nak buat cuci kepala...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...