Sunday, June 10, 2012

Jalan-jalan di Kota Bharu

Assalamualaikum,

Ini cerita hari Jumaat, 8 Jun 2012. Jalan-jalan di KB sebab nak cari hadiah anniversary. 4 hari selepas hari ulang tahun baru terhegeh-hegeh nak cari hadiah untuk my pumpkin hehe..

Kenapa perlu bagi hadiah?? Untuk menunjukkan perasaan kasih dan sayang aku kepada dia dalam bentuk kebendaan.. Boleh buat kenang-kenangan orang kata.. Biar nampak depan mata. Aku tak mampu nak bagi bulan bintang, aku tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal. Cuma mampu bagi apa yang termampu sajalah. Beli tu guna duit hubby jugak sebenarnye haha.. Dah takde income sendiri kan. Guna la elaun bulan-bulan tu hehehe... Hadiah biasa-biasa sahaja. Walaupun tak mahal sangat, hopefully my pumpkin will love it. Bukan harga yang penting. Yang penting keikhlasan dan ingatan kan kan...

Apa hadiahnya??? Sabar sabar.. Takleh reveal lagi sebab hadiah belum sampai ke tangan my pumpkin. Aku balik 14hb ni baru nak serah kat dia. Suprise surprise.. Eh surprise ape kalo dah bercerita kat blog? Heh worry not.. my pumpkin won't read this. Gerenti 100%! Dia susah nak online. Kalau boleh online pun bukan dia tahu url blog aku nih ekekeke.... Butttt, walaupun dia tak baca still kena berahsia jugak apa hadiahnya hehe.. Kot kot laa dia bleh baca plak ke blog ni. Hubby darling, nak hadiah tunggu 14hb ni yeee ;)

Tak sabar nak balik Sabah, nak bagi hadiah tu. Nak tengok riak wajah dia. Nak tengok respons dia hihihi...

Anywayy, back to the title.. Nak cerita pasal jalan-jalan di Kota Bharu. Thanks to my dear sis yang tolong bawak jalan-jalan dan bawak pegi kedai nak beli hadiah. Thanks jugak to my bro yang bagitau kat mana lokasi kedai yang ada jual barang yang aku nak tu. Thanks to my adik and anak sedara yang jadi peneman. Penatla nak melayan kamu semua! hehe..

Ni first time jugak aku bawak Shaheem jalan-jalan kat KB. Kesian dia kannn.. Asyik dok dalam bilik, dok dalam rumah je... Kalau keluar pun pergi KKIA je... Ada sekali dua pergi rumah makcik aku. Tu jelah.. So Jumaat lepas amik peluang untuk bawak dia sekali. Nasib baik Mak Tok bagi permission hehe..

Shaheem nak jalan-jalan tengok donia dengan mama!
Muka Shaheem excited habis kuikuikui

Memula pegi kelas swimming anak buah aku. Tapi kelas cancel pulakk.. Kelam kabut budak-budak ni salin baju dalam kereta. Sebelum tu masing-masing pakai swimming suit. Takkanle nak berjalan pakai swimming suit kan hehe.. 

Then, kitorang ke kedai aku nak beli hadiah tu. Tetttt takleh bagitau kat mana and kedai ape hehehe... Siap membeli belah di sana, kitorang ke Parksons di Kota Bharu Trade Centre (KBTC). Tengah-tengah bandar Kota Bharu. Heh, tempat aku selalu lepak masa sekolah dulu. Dulu mana ada KBTC ni. Dulu kat tengah-tengah tu ada tempat parking besarrrrr.. Petang-petang selalu ada pasar malam kat situ.... Tapi itu dulu, 10 tahun yang dulu.. 

To be honest ni la first time aku jejak kaki ke Parksons di KBTC ni hehe.. Jarang balik kampung maa.. Kalau balik pun tak suka pergi KB. Jem ngalahkan KL! Besar jugakla KBTC.. Cuma masalah parking jela.. Ada basement parking tapi akak aku cakap susah nak masuk. Entrance dia macam curam sangat. Akak aku tak berani nak drive masuk. Parkingla kat tepi-tepi jalan. Nasib baik ada kosong masa kitorang pergi haritu. Oh ye, takleh parking sebarangan. MPKB rajin je saman orang salah parking ni. Aku penah kena! sobsob..

Masuk dalam KBTC, mula-mula cari kedai makan. Akak aku cakap dalam tu takde kedai makan sebenarnye. So kitorang plan nak pergi McDonalds seberang jalan. Oh McDonalds yang aku selalu pegi time sekolah dulu hihi... Tapi, tak jadi pun makan kat McD sebab ada satu kedai makan dalam KBTC. Baru bukak jugak rasanya sebab ada banyak bunga orang hantar congratulating on their opening. Ichiban ke ape tah namanya... Makanan banyak choices. Air pun macam-macam jenis. Geram nak try semua haha..

Aku minum 3 layer tea.
Ye ye.. aku dah minum ais dahh 

Makan pulak, share dengan adik.
Chicken chop with brown sauce

Kakak aku order chicken chop biasa for Hafiy and chicken chop with black pepper sauce for Alia & Alissa. Air pulak, akak aku share dengan Alia, Mocchachino ke ape ntah, Alissa & Hafiy minum air coklat (lupe nama dalam menu). Adik aku minum sama macam aku.. Order juga rojak buah as side dishes. Ada buah belimbing. betik, nenas, kedondong. Total cost, RM71.00. Gulppp telan air liur jap. Mahal! Ayam takdela besar sangat. Lemak je lebih. Rasa pun so-so sahaja. Yang sos black pepper tu sangat tak sedap bagi aku. Akak aku cakap rasa macam rempah ubat orang berpantang. Aku pulak rasa macam kari je haha.. First and last kot makan kat situ..

Siap makan baru pegi jalan-jalan. Masuk Parksons. Oh ye, masa tengah makan tu Shaheem tido. Gambar previous entry aku tengah riba dia la tu sambil tunggu makanan sampai. Masuk dalam Parksons dia jaga. Maybe sebab aku dok bahagian toys. He can sense it maybe hehehe... Terus aku letak dia dalam baby carrier sebab tak larat nak dukung. That boy weighs 6.5kg ok!

Pakai baby carrier Tollyjoy.
Beli di Pacific KB Mall dengan harga RM89.90. Kakak saya sponsor RM50. Masyeh! hehe..
Shaheem ok je dok dalam tu. Cuma aku yang risau takut dia lenguh belakang atau pinggang. Akak aku cakap ok je dia tu. Sebab pinggang dia n belakang dah kuat kan. Carrier ni pun senang je nak pakai. Cumanya, Shaheem ni kan suka sangat hisap bahagian tepi carrier yang kena mulut dia. Sila rujuk gambar no 2 kat belah atas. Nak elak dari dia dok hisap benda tu aku letak jari aku. Baik dia hisap jari aku kann.. Macamana nak buat eh, tak kasi dia hisap??


Bila letak Shaheem dalam carrier senangla sikit aku nak bergerak. Dia pun ok je. Tak meragam. Pandai Shaheem ni. Bila aku stop berjalan mulala dia meronta-ronta. Bila aku berjalan diam je dia hehe... Beli carrier ni sebab nak pakai time kat airport nanti. Penatla nak dukung dia berjam-jam. Buh je dalam ni. Dok diam-diam hehe. Niat di hati nak beli SSC.. Macam Boba tuh.. Waa syomel. Tapi harga pun bleh tahan kan. Takpela, sekali lagi, pakai yang mampu milik sahaja....... 

Tak beli pape pun kat Parksons. Oh, anak buah aku Alissa je berjaya menyogok mamanya beli doll baru.. Hishh doll lama pun bersepah-sepah kat rumah nihhh beli lagi yang baru!Kids.. aku dulu pun camtu jugak kot hehehe.. Tunggu Shaheem besar, abesla mama abah kalo pegi bahagian toys kan kan hehe..

Kemudian, beralih pulak ke Giant di tingkat bawah. Kakak aku nak beli barang rumah sikit. Aku pulak hajatnya nak beli susu Shaheem. Masuk Giant, aku nampak seseorang yang macam pernah aku kenal.. Hehe, classmate SMK KL daaa.. "Kak Wani Amalini!" Dia panggil aku... At first aku konpius jugak. Ingat-ingat lupa nama dia hahaha.. Aku ingat je, Pija nama dia..Dia keje kat Giant. Setahu aku sebelum ni dia keje KL.. Dia bagitau dia dah berenti keje kat KL, balik kampung sebab ayah dia masuk hospital, sakit jantung... Katanya, kat rumah takde orang laki, so dia balikla. Bagus-bagus. Anak yang bertanggungjawab. Sempatla sembang-sembang kejap. Tanya kabar kawan-kawan yang lain.. Tak sangka dapat jumpa dia. Selamat bekerja Pija. Semoga ayah cepat sembuh!

Then aku cari la susu Snow Shaheem. Pehhh dekat Giant KBTC ni mahal! RM59.80. Sama harga di Sabah. Terima kasih jela, memang aku tak beli huhu... Kedai lain boleh jual RM56.50 je. Kenapala Giant yang terkenal dengan harga terendah boleh jual mahal macam tu? Keluar dari Giant dengan tangan kosong sahaja..

By that time dah nak dekat pukul 6 petang dah. Cepat-cepat balik sebab hujan..

Tu jela kisah jalan-jalan di bandar KB sebelum ke Putrajaya 11hb ni dan kemudian ke Sabah 14hb nanti...  We'll miss you, Kota Bharu! Tanah tumpahnya darahku :)

Wajah-wajah yang bakal dirindui..



Huuu sedihnye nak tinggalkan korang 

/no



3 comments:

  1. amal dearie..sgt lama shi x check blog..bru tau ni amal dh jd mommy..shi dh jd aunty pn..huhu..
    hrp blum lmbt utk wish congrats dear! :) tumpang hepi tgk kebahagiaan amal sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  2. salam wani,
    br sempat usya blog.
    carrier tu ok la cos shaheem kecik lg... tp kalo dh besar n berat mcm kurang selesa nnt cos dia akan 'tergantung' n bukan dlm keadaan 'duduk'.

    wani pn akan sakit bahu n belakang bila shaheem dh berat cos xde support kt pinggang...

    tp xpela, leh je pakai yg ni dl. mana tau nnt ade rezeki leh upgrade pakai ssc yang lebih ergonomic

    kt bhgn straps tu mmg baby suke isap (esp baby kecik). sbb tu ramai org tempah sucking pads utk ltk kt straps tu... hehe

    ReplyDelete
  3. Hai wani!!!

    Akmall ni..budak alam sekitar..hehe..ingat lg tak??

    Tadi dah singgah blog liyana. ni dapat blog wani plak!!!

    Jom exchange link www.pinkgegirl.blogspot.com..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...