Sunday, May 27, 2012

Video dan Lirik Lagu Rasmi Himpunan Jutaan Belia 2012

Assalamualaikum,

Karnival Himpunan Jutaan Belia tengah havoc kat Putrajaya tu kan. Harini hari last. Tahun lepas aku tak pegi sebab masa tu kat kampung tengah prepare untuk majlis kawin aku (eh 4 Jun dah tak lama dahh :P).. Tahun ni sah-sah la tak pegi kan. Ada anak kecik lagi susah. Aku bukan minat sangat pegi tempat-tempat macam ni. Ramai orang.. restless, menyerabutkan kepala! Time muda mudi dulu sukala kot pegi karnival-karnival ni. Dah tua macam sekarang dah malas dah.. Walaupun aku masih lagi seorang belia (had umur belia ialah 15-30 tahun), biarla belia yang junior-junior tu je pegi. Belia senior duduk rumah ngaji Quran lagi bagos! 

Anyway, haritu dalam TV1 aku ada dengar lagu rasmi Himpunan Jutaan Belia ni.. Best jugakla lagu tu. Lirik dia siap ada campur-campur bahasa lagi.. 

Cuba korang dengar sendiri....


Dalam banyak-banyak bait lirik tu kan.. Aku tertarik dengan satu baris lirik ni..

"Jutaan belia bersama, bersatulah tenaga. Demimu negaraku, 1 Malaysia tercinta.."

Persoalannya di sini, sejak bila pulak Malaysia dah tukar nama jadi 1 Malaysia ni? hehehe....

Lepas ni kalau orang tanya, "Where are you from?" Aku nak jawab, "I'm from 1 Malaysia .." kekeke...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...