Saturday, May 26, 2012

Thomas & Uber Cup

Assalamualaikum,

Sekarang ni tengah berlangsungnya Thomas & Uber Cup di China. Dah final dah pun. For both Thomas & Uber Cups, Korea Selatan vs China. Tadi sempat jugak aku tengok sekejap final Piala Uber. Perseorangan pertama. Huh hebat betul player China. Apa ntah nama dia ehe.. First set Korea menang. Second set Korea dah nak menang dah, dah mata akhir dah. Sekali China dapat kejar, dapat mata deuce 20-20. And finally China menang terus masuk rubber set. Dah masuk set ketiga, Korea dah penat. China pulak bersemangat. Apatah lagi main depan penyokong sendiri kan.. Menangla dia akhirnya. Huh sengit sengit. Aku kalau tengok badminton mesti rasa gerun. Especially kalau doubles. Huh, takut! Laju betul dorang ni main...

Aku tak nak komen pasal Malaysia yang awal-awal dah bungkus :P

Just nak share asal usul Piala Thomas & Uber ni..

PIALA THOMAS



  • Sebelum ini dikenali sebagai World's Men Team Championship. Pertandingan badminton antarabangsa di antara ahli-ahli Persatuan Badminton Dunia atau Badminton World Federation (BWF).
  • Diadakan setiap 2 tahun semenjak tahun 1982. Sebelumnya setiap 3 tahun.
  • Pertandingan pertama diadakan pada tahun 1948-1949.
  • Semenjak diperkenalkan, Indonesia menang 13 kali, China (hanya mula menyertai pada tahun 1982) 8 kali dan Malaysia 5 kali.
  • Piala ini diperkenalkan oleh pemain badminton England yang terkenal pada tahun 1900 iaitu Sir George Alan Thomas.
  • Malaya negara pertama memenangi Piala Thomas dengan menewaskan Denmark 8-1. Dan menjadi juara bertahan sehingga tahun 1955. Pada tahun 1958, Malaya tewas kepada Indonesia.
Boleh baca lagi di Wikipedia | Thomas Cup

PIALA UBER


  • Piala Uber ialah Piala Thomas versi wanita.
  • Pertama kali diadakan pada tahun 1956-57.
  • Nama piala ini adalah sempena nama bekas pemain badminton England, Betty Uber yang memperkenalkannya pada tahun 1950.
  • China telah memenanginya sebanyak 11 kali, Jepun 5 kali dan Indonesia serta US, 3 kali.

Boleh baca lagi di Wikipedia | Uber Cup


Bila aku baca info ni barula aku tahu Malaysia dulu sebuah pasukan yang hebat sangat sehinggalah Indonesia dan China menjadi kuasa baru dalam dunia badminton ni. Kena plak negara kita tak ramai pemain pelapis. Dok bergantung harap pada sorang pemain je. Last sekali kita menang ialah pada tahun 1992. Tahun ni di China kita awal-awal lagi dah kalah. Tahun 2014 tak tahu lagi main kat mana tapi hopefully akan ada la pemain baru Malaysia yang dapat bawak pulang Piala Thomas ke Malaysia... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...