Saturday, May 5, 2012

Sebulan Lagi Genap Setahun!

Assalamualaikum,

Sekali lagi nak cakap, cepatnya masa berlalu!! Hehehehe.. sekarang dah Mei. Lepas Mei, Jun. 4 Jun 2012, genap setahun my pumpkin dan aku menjadi suami dan isteri. Tengok ticker kat atas, harini 11 bulan 1 hari kitorang jadi husband and wife. Alhamdulillah... 

Pancaroba amatlah banyak bila dah berkahwin, dah duduk sebumbung. Gaduh-gaduh tu ada. Tapi selalunya tak berpanjangan. Masing-masing dah matang kan... Bila dah berbaik, cuba renung balik kat mana silapnya yang menyebabkan perselisihan faham berlaku. Pastu belajar untuk berubah, belajar untuk memahami dan jangan ulang lagi. Macam tu la baru lebih bahagia kan? Dan ye, saya amat bahagia! Aku bertuah sebab punya suami yang cukup menyayangi aku. Masa aku pregnant, dalam pantang, dia betul-betul jaga aku. Tapi awal-awal tu je dia dapat jaga. 2 minggu lepas bersalin dia kena ke Lumut. Kursus 2 bulan. Dari 19 Mac hingga 9 Mei ni.

Dia dapat balik Lumut selama 2 bulan tu kira rezeki jugakla untuk kitorang. Sebab aku pun balik berpantang di rumah mak aku di Kota Bharu. So at least dia boleh balik weekend jenguk aku dan Shaheem. Setakat ni dah 3 kali kot dia balik? Lupe dah.. Bayangkan kalau dia berada nun jauh di Kota Kinabalu. Mau nangis aku wuwuwu...

Bila balik weekend, tugas hubby ialah... buat susu untuk Shaheem di tengah tengah malam, pastu tido balik hahaha.. Dia selalu cakap, "kalau nak susu order je, abang buat..." Memang bila order dia akan pegi buat tapi tang tido balik tu yang geram tu. Jeles! hahaha..

Dia akan balik ke KK pada 21 Mei nanti.. Aku pulak 14 Jun baru balik KK. Nak balik dengan dia taklehla plak sebab dia guna waran kerajaan. At first dia ingat nak balik dengan tiket sendiri tapi pikir sayang pulak kalau tak guna waran kerajaan tu. Nak beli tiket sendiri pun mahal. Dalam RM129. Nak amik check in luggage lagi. Dah berapa dah kat situ. Aku amik tiket on June sebab hujung bulan Mei tu kan cuti sekolah. Tiket flight KB-KL-KK mahal! Around RM200 huhu.. Tiket June tu RM79 je... So takpelah, biarlah dia balik dulu. Aku dan Shaheem menyusul kemudian. Tak sampai sebulan pun kan dia di KK aku di KB..

Erm by the way, aku tengah pikir ni... 4 Jun tu, dia di KK, aku di KB.. Rasa macam nak buat something special for him.. But then dah duduk jauh ni macamana nak buat? Plan nak arrange flower/chocolate delivery bagi dia ehehe.. Tak sure kat KK ada tak. Nak kena survey dulu.. 

Ingat nak pos kad ke ape jugak. Tapi... korang tau la, pos kat sana hampeh je. Kang tahun depan baru sampai kad tu huhu..

Korang ada idea lain tak? 

2 comments:

  1. plan smbut anniversary ye amal?:-) cepatnya masa berlalu kan..moga bahgia selalu

    ReplyDelete
  2. dear kalu ado gapo2 i blh tlg just inform je ok.anytime....mana tahu kot2 blh tlg2 wt srprise ko heheheheehhehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...