Monday, May 7, 2012

Petua Rumah Tangga Bahagia




Source: https://www.facebook.com/ePetua

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

7- Suami isteri perlu mengekalk
an sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia

8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka

9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraan.

1 comment:

  1. hai kak, sorry sbb saya post comment kat sini. Nama saya Hafizah. Saya ada baca entry kak hok pasal braces tu. Lama dah kak post, nak tanya kak soalan. cari link fb takda pulak, tu yang comment sini. Sorry :)

    Btw, klinik kota bharu tu dia dekat bahagian gapo kak? mmg dia provide lah untuk pakai braces kerajaan? lama tak kena tunnggu? Ingat nak pakai jugak, tapi taktahu lokasi klinik gigi hospital kota bharu tu kat bahagian mana. Tq :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...