Tuesday, May 22, 2012

Nak Keje Tapi.....

Assalamualaikum,

Harini sembang-sembang dengan mak pasal aku nak balik Sabah 14 Jun nanti. Macam-macamla mak pesan. 

"Rumah tu berhabuk, nanti tukar langsir dengan langsir yang mak bagi. Nipis sikit. Sofa kat rumah tu, lapik dengan kain lain. Cadar ke.. tak pon beli kain bundle kat Tuaran tu.. Pasang jeriji ke net ke dekat beranda rumah tu. Esok Shaheem dah pandai merangkak takut dia pegi kat beranda tuh... Kettle jug dah takleh letak kat meja depan bilik tu. Tukar tempat letak lain. Bahaya bila ada anak kecik ni. Dicapainye nanti... blablablablabla" 

Macam-macam la mak pesan hehehe.. Risau betul Mak Tok nak lepaskan Shaheem dok ngan mama jauh-jauh ye.. Kalau dok dekat boleh Mak Tok monitor. Mak Tok extra risau sebab mama Shaheem ni seorang yang sangat cuai! huhu.. Aku pun risau dengan diri sendiri ni. Mampu ke nak jaga Shaheem.. Kalau mak ada leh relax relax sket hehe.. Dah nak kena handle sendiri dan sorang diri ni rasa macam cuak la pulak "+_+

Tapi sampai bila nak bergantung harap dengan mak atau orang lain kan? Dah anak sendiri, jagalah sendiri! 

Then masa sembang-sembang tadi, mak cakap, "nanti kalau BAKAT buat aktiviti join la.. Bagus tu.." Hah terkejut aku hahaha... Ni mesti sebab masa kat Sabah haritu, AJK Bakat ada datang rumah tengok Shaheem.. Dorang ni memang baik-baik, peramah.. Mak aku suka la hehe... Aku cakap dengan mak, "ala nanti sape nak jaga Shaheem. Bawak dia susah plak. Nak angkut macam-macam. Botol susu, susu, termos.." hehe alasan alasan. Padahalnye bukan satu masalah pun. Dan sebenarnye Shaheem abah dia leh jaga sebab hubby bleh balik awal kalo Bakat ada buat aktiviti.. Hmm memangla aktiviti yang dianjurkan Bakat ni bagus-bagus. Tinggal aku jela.. malas nak bersosial hehehe.... Tengokla macamana mak.. Rajin nanti Wani join heee :D

Dah macam-macam bersembang, tetiba mak cakap sesuatu yang aku pun tak keruan jugak memikirkannya... Mak cakap, "nanti carila keje yang sesuai kat Sabah tu......"

Waaa... keje??? Actually hubby pun penah bagi hint.. Dia penah cakap dengan aku, "survey survey la keje.. mana tahu ada yang sesuai dengan sayang..."

Sobsob bila pikir pasal keje ni memangla buat aku jadi tak tentu arah. Berbelah bahagi dan macam-macamla. Memang aku rasa aku perlu keje nak support hubby.. Yela, gaji hubby takdela besar.. Biasa-biasa aje. Nak hidup tu takleh boros-boros, takleh mewah-mewah. Bersederhana jela.. Aku kena support dia bukan sebab nak hidup mewah tapi untuk hidup lebih selesa. Lagipun sekarang dah ada anak kan.. Belanja tu dah kena lebih.. Shaheem banyak nak kena keluar belanja untuk susu.. Susu Snow tu kat Sabah RM59.90 setin, genapkan RM60 jela.. Shaheem hisap susu seminggu setin.. So dah jadi 4 tin sebulan. Darab dengan RM60 dah kena spend RM240 sebulan untuk susu sahaja. Tak termasuk kos diapers, kos ubat-ubatan kalau sakit dan macam-macam lagila.. Susu tu aku tak berani lagi nak tukar pada yang lebih murah masa Shaheem umur bawah 6 bulan ni. Takut dia cirit birit ke ape. Dah dia ok dengan Snow tu, teruskan jela. Maybe after 6 months baru tukar susu murah sket. Sebab masa tu dia pun dah boleh start makan kan...Then diapers pulak, alhamdulillah aku boleh jimat guna sebab siang hari aku pakaikan Shaheem cloth diaper. Malam jela aku pakaikan Drypers. Belum berani nak pakaikan cd di malam hari. Insyaallah akan cuba satu hari nanti. Insyaallah kalau dapat fully cd, bolehla potong kos untuk diapers tu...

Entahla aku bingung jugak pikir pasal keje ni.. Ada satu benda je yang aku titik beratkan kalau aku nak bekerja.. SAPE YANG AKAN JAGA SHAHEEM? Dan sebenarnye bila pikir kalau keje aku terpaksa tinggalkan Shaheem pada babysitter terus rasa seriau je.. Takut! Tak sanggup! Tak nak! Aku tak nak orang lain jaga anak aku. Especially strangers. Kalau family member tu lainla. Tapi kalau orang yang aku tak kenal ni aku rasa macam takut sangat.. Lagi-lagi kat Sabah ni huhuhu.. Erm masa pregnant dulu, ada la pekerja Filipin ni dok cakap dengan hubby aku (dia member kung fu hubby) dia nak anak yang aku kandung tu sebab dia dah lama kawin tapi tak dapat anak lagi. Dia cakap tu dalam nada bergurau jela... Then one day hubby cakap dengan aku, "Yang, nanti kan kalo kita upah Filipin tu datang kemas rumah kita, jaga baby kita, ok tak?" Hohhhh terus pucat lesi muka aku. Hubby aku ni main-main je kot huhuh.. Aku tak nak bagi dorang jaga! Sebabnya dorang penah cakap nak anak aku kan walaupun dalam nada bergurau. But who knows??. Sekali dia bawak lari anak aku camne? Nauzubillahiminzalik. Mintak jauhla dari benda-benda macam tu.. Aku tak sanggup! Ye aku memang suka pikir bukan-bukan tapi sekarang kan macam-macam benda dah jadi.. Budak kena bawak lari, budak kena dera dengan pengasuh.. Aduh.... Aku tak nak benda ni jadi pada anak aku! Memangla orang kata malang ni tak berbau. Even kalau jaga sendiri pun budak tu boleh jatuh ke ape. Tapi aku rasa tak ralat sangat kalau it happens in front of me. Kalau di bawah jagaan orang lain something happen to my son rasa macam tak best je huhu... Korang paham tak perasaan aku? 

Bila pikir pikir pikir balik, takpelah... Aku tak mau keje! Huhu..unless aku dah balik kampungla. Kat Sabah ni tak maula aku keje.. Biarla aku dok rumah je jaga anak aku sendiri. Hal duit tu takpelah, aku berkorban. Mama tak perlu la nak shopping mopping barang mama. Lagipun aku tak perlu beli ape pun. Baju seluar pakai yang mana ada jela. Anak lebih penting kan? Kalau ada rezeki lebih bolehla, kalau tak, utamakan yang lebih penting. Barang anak pun tak payah nak mengada nak beli benda yang ngarut-ngarut yang mahal-mahal yang lama-lama tak pakai pun. Buat membazir huhu...Utamakan kerperluan daripada kehendak!

Mujurle kat Sabah susah nak pos-pos barang. Kurangla aktiviti shopping online hehehehehehe.. Selamat duit.... Baik simpan buat beli susu Shaheem kan kan kan :)



Eh, working mommies janganla salah anggap pulak dengan apa yang aku cakap ni. Sesungguhnya aku respect mommies yang terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja. Tak semua orang bleh buat kan. Aku la tu huhu.. Mak aku pun working mom jugak dulu.. Akak akak aku sume pun working moms. Dorang kuatkan semangat je nak hantar anak-anak kat taska/rumah pengasuh. Aku je yang rasa tak mampu. Mungkin sebab Shaheem masih kecik. Mana lah tahu bila dia dah besar sikit aku pun dah berani nak tinggalkan dia dengan orang lain sementara aku bekerja? Wallahualam. Allah lebih tahu...

3 comments:

  1. insyaalah amal semoga ALLAH prmudahkan urusan amal, bila jadi ibu kaki kita dah selangkah ke syurga amin:)

    ReplyDelete
  2. amal..belajar la menjahit.akak dulu selalu berangan kalau xdapat keje, nak belajar jahit baju.then boleh amik upah jahit.keje kat rumah.kalau org kate housewife boleh buat bisnes online..takde la..serius.kak dah try tp jadik mcm org bekerja gak,.mane nak update stok,nak pos barang,nak layan customer yg mcm2..nak jaga anak..tah..ke akak yg tak reti?huhuhu..akak tabik la amal pandai jimat..

    ReplyDelete
  3. Saya sokong. Saya dibesarkan dlm kem askar. Arwah abah dulu PW, gaji zaman dulu lg la ciput. Mak usaha belajar menjahit dan hasilnya dapat la membantu abah menyara kami sekeluarga. Alhamdulillah, mungkin berkat rezki tangan mak, kami semua dah berjaya dengan karier memasing. Saya pon turunkan petua ni pada staf staf yang punya wife tak kerja, suruh wife u all belajar menjahit dan ambil upah menjahit. Senang, opis dan boss sendiri di rumah. InsyaAllah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...