Monday, May 21, 2012

I Miss My Other Half

Hubby dah balik Sabah. Actually dia sekarang kat transit, esok baru fly balik Sabah. Ape-ape pun, bila dia tiada di sisi, serta merta hidup ni rasa kosonggg je sobsobsob.. 

Nasib baiklah time aku balik berpantang kat kampung dia pun ada kursus kat Lumut, 2 bulan. Bolehla dia curi-curi masa time weekend tu balik jenguk aku & Shaheem. Dapatla melepaskan rindu sikit-sikit ehehe.. 

Bila dia dah balik Sabah ni aku rasa macam jauhhh sangat dengan dia. Memang jauh pun kan? Merentasi Laut China Selatan. Orang kata takpe teknologi kan ada. Canggih manggih pulak tu. Tapi kitorang takde pun that canggih manggih techno. Nak buat video call tak bleh cos handphone aku dan dia cikai-cikai cap ayam punye je.  Nak berweb cam pulak kat rumah Sabah takde line internet. Broadband aku dah lama tak berbayar. Mentang-mentangla dok kampung ada line streamyx kakak aku, bb tak dipandang ehehe.. Alah kalau ada line tenet pun bukan leh web cam jugak. Sebab laptop aku takde camera! Laptop cap ayam jugekk hehe.. Jadi yang mampu hanyala phone call biasa dan text messaging... Dapat dengar suara pun jadi lah.. Nak tatap wajah, tatap gambo jela.. Sedihnyee!

Aku ni memangla sorang yang takleh langsung berenggang dari hubby. Kalau bleh nak berkepitt je dengan dia 24/7. Tak tahula kenapa. Bila takde dia rasa macam ada benda yang tak lengkap, ada benda hilang. Mungkin sebab aku sayang dia cinta dia sepenuh jiwa aku? Kekadang rasa macam aku ni bukanla seorang isteri yang baik untuk dia. Banyak lagi kekurangan dalam diri aku ni.. Bulan depan dah nak setahun dah kawin tapi aku rasa macam aku belum bagi yang terbaik untuk dia. Except for having his baby la.. Benda lain macam jaga makan minum pakai dia, urusan rumah tangga ape sume tu aku rasa aku fail lagi. Belum cukup sempurna bagi aku. Hubby tak pernah nak komplen tapi mana lah tahu kan? Kekadang rasa beruntung sebab dapat suami yang tak cerewet. Suami yang berdikari. Makan apa pun tak kisah. Baju pun basuh, iron sendiri. Tapi takkanla kita sebagai isteri nak biarkan aje. Mentang-mentang suami tak kisah kita pun lepas tangan. Macam amik kesempatan pulak kan? 

Jadi bersempena dengan nak setahun dah kawin ni aku nak tambahkan ilmu rumahtangga dalam diri ni.. Insyaallah.. Nak belajar masak, nak belajar urus rumah tangga dengan lebih baik. Kata sekarang keje sebagai perngurus rumah tangga kannn ehehe.. Rasa macam nak masuk sekolah balik, amik course ERT tu.. Bleh belajar jahit lagi. Wah wah.. menjadi impian jugak tu nak ada ilmu menjahit.. Heh banyak sangat impiannya tapi satu pun belum terlaksana :P

Ahh ape-ape jelah. Yang penting malam ni aku rindu laki aku (kembali pada tajuk). Huwaaaa... nangis polok bantal. Nasib ada anak. Boleh hilangkan rasa rinduuu :')

Dear husband, I'll see you soon ok! :)



1 comment:

  1. kejap je dh nk setahun wani kawin....semoga berkekalan ke akhir hayat...bile hidup berjauhan dek kerana keje..kite akan rase tanggung jawab terhadap dia xsesempurna seperti suami isteri...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...