Thursday, May 3, 2012

Hidup Sudah Berubah!

Assalamualaikum,

Yes.. hidup aku dah berubah. Berubah menjadi hidup yang sangat indah! :)

Rasa macam baru je semalam family my pumpkin datang merisik.. pastu kawin.. pastu pregnant.. then now anak dah ada depan mata dah.. Huh dalam masa setahun lebih, macam-macam dah berlaku dalam hidup aku..

11 Feb 2011 - Dirisik

4 Jun 2011 - Bertunang & berkahwin

9 Julai 2011 - Disahkan mengandung 4 minggu

6 Mac 2012 - Alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki sulung

Dalam masa yang sekejap, hidup aku dah berubah sepenuhnya! Dulu single mingle.. Suka hati nak buat ape.. Pastu dah ada pakwe, melayan pakwe la pulak hehehe.. Layan jiwang hoho.. Then kahwin. Dah tukar status menjadi bini orang.. Dah ada suami nak kena jaga.. Dah ada suami, pasti ada anak pulak kan.. Dah jadi mak pulak dah... Macam tak percaya je!

Dah jadi mak ni, perangai budak-budak dah kena buang jauh-jauh. Kalau dulu time single, nak bangun pukul 12 tengahari pun takpe. Dah kawin pun aku bangun pukul 12 tengahari jugak haha.. Tapi bila dah ada anak, sometimes, every hours di tengah-tengah malam kena bangun.. Nak membuta sampai tengahari pun dah takleh dahla.. Sekejap anak nak susu. Sekejap anak nak tidur. Sekejap nak kena tukar diapers anak sebab berak etc etc..

Dah ada anak dah tak boleh lengah-lengah masa lagi. Semua benda kena buat dengan cepat. Kalau dulu bila mandi mesti dok dalam bilik air sampai sejam. Sekarang 5 minit pun kira lama dah tu... Kena cepat, takut nanti anak jaga dari tidur, nangis nak susu..... Makan pun kena laju-laju.. Tak tau la kenapa.. anak aku si Shaheem ni, everytime aku nak mandi, aku nak makan, aku nak tidur, dia yang elok-elok tengah lena tidur bleh jaga. Mata dia yang kuyu jadi bulat serta merta. Shaheem saja nak uji ketahanan mama yee... huhuu...

Serius, hidup sudah berubah! But I enjoyed it every moment..

Hidup aku dah lengkap sekarang. Dah ada suami, dah ada anak.. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu ini....

4 comments:

  1. Tahniah dear, dah ada anak dah, Myra dah 2thn lebih anak belum lagi ada rezeki.. :)

    Nanti nak tgk gambar bb ye :)

    ReplyDelete
  2. putaran ms cpt berlalu...jd ibu yg baik amal...best kan dh dpt semuanya ber1

    ReplyDelete
  3. Congrats kak wani! :)

    ReplyDelete
  4. myra jay
    tq! insyaallah nanti turn MJ pulak.. saya doakan :)

    mia ina
    a'ah cepat betul masa berlalu. thanks mia :)

    becca
    adik becca my silent reader! hihih tqvm.. waiting for ur turn pulak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...