Wednesday, February 8, 2012

Tak Sampai Setahun Dah Kiok

Assalamualaikum,

Kiok.. Anda tahu apa itu kiok? Kiok ialah jahanam dalam loghat Kelate. Eh yeke? Cara sebutannya, key-'ok. Er, 'ok, O tu kena sengau sket sebutannya...  Macam bunyi oink oink piglet tuh.. Haha ape-ape jela..

Apa yang dah jahanam ni??

Setelah lebih kurang 8 bulan berbakti,
bateri handphone SE J10i aku,. jahanam sudahhh~

Nasib baik bukan hand phone nye yang jahanam. Phew!~

Bateri tu dah menggelembung. Tak tau kenapa.. Bila dah jadi macam tu, charge penuh pun macam tak penuh. Kalau nak call out atau orang call in, kena sambung kat charger dulu baru bleh bercakap. Kalau tak, tak sampai sesaat dah putus.

Memandangkan aku sekarang dah tersangat amatla sarat mengandung, hand phone adalah sangat penting! Dibuatnye sakit perut memalam buta masa hubby tengah duty ke ape, bolehla call dia. Ini kalau bateri tak okay, macamana nak call kan.. 

Semalam ke Pekan Tuaran, aku masukla dua tiga kedai jual handphone. Tanya pasal bateri ni. Tapi satu kedai pun tak jual. Abis stock la..apela.. Hmm yang pasti kalo kat KK memang berlambakla aku rasa.

Nasib baik semalam hubby keluar dengan kawan dia pergi KK. Dia tolongla belikan. Berapa harga? RM40! Huwaa mahal sehh... Aku rasa kalo Semenanjung maybe dalam RM20 je kot? Heh entahla. Hubby kata orang kedai tu letak harga RM45. Tawar-tawar dapatla RM40. Takpela, better than nothing. Nak tak nak memang kena beli pun.

And now, my phone is as good as new ececece... Lega rasanya.. Nak nap snap gambar pun dah boleh. Time bateri rosak, amik gambar pun takleh. Click je terus pufff mati..... 

Ni lah padahnya bila aku sendiri tak follow tips macamana nak tahan lama yang aku pernah share dulu....

1 comment:

  1. aik, napa jadi camtu?

    syukur akak pakai SE dulu maintain sampai 2 tahun...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...