Sunday, February 5, 2012

Sebab Ini lah Saya Takmo Bersosial...

Assalamualaikum,

2 hari lepas aku pegi rumah akak jiran sebelah rumah aku dulu yang dah pun pindah masuk dalam base. Aku dengan dia memang kamceng la. Sebab husband dia kawan baik dengan husband aku.. Dia pun baik je..

Masa melepak kat rumah dia tu, dia cakapla, ada kawan dia yang duduk seblok dengan aku ada datang rumah dia. And then tanya dia, "budak yang duk sebelah rumah ko dulu tu memang tak reti kuar rumah ke?" 

Wallah wallahh... tak sangka, aku pun boleh jadi bahan perbualan... hebatnye aku ngehngeh....

Aku bukan tak kuar rumah, kalo nak ke pasar, nak ke klinik, aku keluar je.. Tapi kalo sekadar keluar rumah nak bertandang ke rumah orang, tu bukan aku la.. Entahla, memang aku tengok orang-orang kat sini sangat rapat sampai petang-petang melepak kat rumah jiran-jiran ni. Aku rasa aku ada banyak keje lain lagi nak buat kat rumah daripada dok melepak bersembang ni... Petang la time untuk aku masak untuk husband. Tengahari pulak aku settlekan keje kemas-kemas rumah. Lagipun aku sekarang tengah memboyot. Perut dah besar, tak laratla aku nak keluar ni...

Aku bukanla sombong, hidung tinggi. Kalau jumpa orang, aku senyum dan tego jugak. Takde la tunduk je pastu menonong je jalan.. Tapi kalau orang expect aku untuk keluar rumah dan bertandang rumah jiran memangla aku tak suka... Kecuali jiran ajak sebab dia buat makan ke ape, aku okla...

Anyway, jiran ni jiran yang duduk wing sebelah. Yang duduk sama level dengan aku, aku baru kenal sorang je. Dia pun jarang keluar rumah. Takdenye aku bising. At least dah kenal nama tu okla kan.. Takde la aku nak pergi ketuk pintu rumah dia hari-hari nak bersembang...

Ada satu sebab kenapa aku malas nak bersosial.. Aku ok je nak duduk bersembang, tapi kalau dah  sembang hal peribadi aku laki bini memang aku tak suka la..

Ada satu contoh.. Masa aku baru balik dari mana tah, terjumpala sorang jiran tetangga yang duduk kat tingkat bawah rumah aku. Dia tego aku, "awak bini ketua blok kan?" Aku senyumla, and cakap "a'ah..." Then dia tanya, "selalu beli kelapa parut kat mana?" Aku cakapla beli kat pekan.. Then dia kata,"oh saya ada jual. Kalau nak beli datangla rumah.." Aku pun cakap, "oh yeke.. bagusla. Senang tak payah nak pergi jauh-jauh.. blablabla.. " dengan mesranye la aku bersembang.. Then dia tanya, " anak nombor berapa ni?" sambil tunjuk kat perut aku.. Aku cakapla "oh anak sulung ni.." Then dia buat muka.. "Eh yeke, tapi laki awak nampak tua la.... Ingatkan anak dah ramai.. berapa umur dia blablabla..." And I was like.... eh pehal lak nak cakap camtu?? Nak kata laki aku tua tapi anak baru nak masuk sorang? Salah ke?

Aku serius tak suka camni.. Awal-awal dia nak bagitau dia jual kelapa parut tu ok dah tu.. Sekali nak sentuh hal laki aku pulak, memang aku tak suka laa.... Tak tau la kalo korang rasa this is nothing. Tapi bagi aku, it is something. Nak bersembang bolehla. Tapi tak perlula nak sentuh hal peribadi.... 

Sebab ni la aku jadi laaaagi malas nak bersosial.. Orang-orang ni sure masa bersembang, sibuk nak korek hal peribadi... Aku tak suka! 

Aku tau, sebagai isteri ketua blok, aku kenala rajin-rajin bersosial.. Aku tak kisah, dan aku memang tak pernah la tak tegur orang. Cuma kalau orang expect aku nak join bersembang dan bercakap mengenai hal rumah tangga aku, memang aku mintak maafla.. Aku tak suka...


7 comments:

  1. huuuh..kat mane2 tempat mesti akan ada org mcm ni. Jenis busy budy. Buat hal sendiri sudahlh. Klu nk ckp benda elok2 kt org xpe jgk. Ni ckp itulah..inilah. Sabor jelah org cam gini..menyampah den!

    ReplyDelete
  2. bengang kan bile org bz bodi sal kitee.....grrr...yg baca ni pun sakit hati ish3x...nanti kite jumpe byk nk sembang ngan wani...pasal2 ni juga la..huhu..[sangat memahami situasi begini...isk3x..]

    ReplyDelete
  3. ishhh...xda keje la tu.hrp xdpt jiran cm tu bila dh dok sabah t.....

    ReplyDelete
  4. Salam Puan,
    HAhahhaah, setuju sangat. Sabar sabarrr lah ye. Memang manusia mcm gtu banyak dan merata-rata.

    ReplyDelete
  5. @Nor Suhaiza :wife2 APMM = wife2 ex-Navy.. 2 x 5 jew heheheee....jgn terkejut....

    ReplyDelete
  6. dila milin
    huu kan kan.. i pon nyampoh..

    eamy milea
    haha eamy pun alami benda sama jugak ke kat rumah? ok2, nnt kita sembang hehe

    nor suhaiza
    ekekek.. eamy dah bagi amaran awal tuu ehehe..

    cikguzam
    wsalam cikgu.. tula, xleh nak buat ape. sabar jelah. malas nak layan kerenah orang yg macam2 ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...