Tuesday, February 7, 2012

Rumah Takde Air!

Assalamualaikum,

Arghh tension! Dari semalam (Isnin) lagi takde air. Aku tersedar dari tido dalam pukul 4 pagi. Masuk bilik air nak buang air. Masa tu ada lagi air.. Sekali bangun pukul 5 nak solat Subuh., bukak bukak paip, setitik air pun takde. Aduh..........  Hubby pulak duty.. Dalam pukul 8 lebih baru dia balik.

Risik-risik, beberapa buah rumah tak bernasib baik, takde air. Ada rumah yang ada. 

Bekerja keras la hubby mengangkut air dari tingkat bawah naik ke tingkat dua ni.. Kesian dia. Kalau aku tak pregnant ni, dah lama dah aku tolong. Dah ada pengalaman angkut air masa dok UPM dulu. Perkara biasa je angkut-angkut air ni. Tapi dah sarat ni, mana mampu aku nak tolong. Nak angkut perut ni pun dah tak larat. Ada hati nak angkut baldi penuh dengan air?? Tolong tengok jela yang mampu ehehehe...

Dalam pukul 12 tengahari kitorang keluar ke Pekan Tuaran. Makan kat sana. Air takde macamana nak masak huhu.. Then solat kat masjid. Oh ye, pagi tu kitorang mandi. Mandi kerbau je kehkeh.. Nak jimat air punye pasal... Then balik rumah dalam pukul 1 lebih, alhamdulillah air dah ada. Aku penuhkan baldi. In case air takde lagi. Dan tekaan ku tepat. Pukul 4 lebih air takde lagi. Aduiyai.... Malamnye kitorang keluar lagi, makan kat luar je... Balik tu air dah ada. Legaaa.... Bleh tido dengan aman dan nyenyaknye..

Semalam aku bangun tido few times jugak sebab nak masuk tandas (normal la bagi ibu mengandung asyik nak terkencingggg je..). Alhamdulillah, air ada sampai ke pagi. Hubby pun bleh mandi untuk pegi keje...

Tetapi.... sekali lagi air ni menguji kitorang. Dalam pukul 7 pagi takde lagi sekali! Arghh.. and guess what, sampai sekarang pukul 6.30 petang ni air takde lagi. Aduiii... Aku baru mandi sekali je harini.. Aduh.. Nak solat pun payahnye.. 

Selama lebih kurang 4 bulan duduk sini, ni la first time kitorang ada masalah dengan air. Biasanya masalah elektrik je, blackout for an hour or so. Bagi aku, takde letrik ok lagi. Panas jela. Tapi bila takde air ni, aduiyai payahnye. Nak masak tak boleh, nak cuci baju tak boleh, nak mandi, nak kencing, nak berak... Susahlaaaa...

Nasib baikla anak tak keluar lagi. Kalo ada baby macamana la nak handle. Huhu cepat-cepatla ada air.. Dah tak tahan dengan bau badan sendiri nehhh :P

Hubby dah check dengan orang perumahan. Katanya ada masalah dengan pump. Rosak ke ape tah. Air takleh nak di pam masuk ke dalam tangki. Hmmm....

Sabar sabar.. ibu yang tengah sarat mengandung kena banyak bersabar. Kang stress stress baby keluar awal pulakkk :P

Korang pernah hadapi masalah air? Stress tak???

2 comments:

  1. rela x de elektrik dr xde air..

    ReplyDelete
  2. shaherah
    kannnn... xde elektrik ok lagi. xde air seksa!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...