Wednesday, February 15, 2012

Kisah Bekal Nasi

Assalamualaikum,

Hari ni aku kena buat Blood Sugar Profile (BSP).. Kena amik darah pukul 8 pagi, 11.30 pagi, 5.30 petang dan 9.30 malam. Lepas amik darah tu kena cepat-cepat makan dan minum air kosong je lepas tu...

Jadi harini, aku gigihla buat bekal... Especially bekal untuk makan tengahari pukul 11.30 tu..

Simple je..
Nasi putih, brokoli rebus & seketul ayam goreng

Bila buat bekal macam ni, teringat masa kecik-kecik dulu. Zaman sekolah rendah....

Masa aku darjah 4 atau 5 camtu (dah lupa dah), aku sekolah sesi pagi. Mak aku pulak, cikgu sekolah menengah sesi petang. Sekolah aku dengan sekolah mak aku mengajar tu sebelah menyebelah je.. Pagi-pagi aku pegi sekolah dengan ayah sebab ayah mengajar sebelah pagi di sekolah yang sama dengan mak aku..

Petangnya, aku ada kelas fardhu ain.. Untuk makan tengahari, mak dah bawak siap-siap bekal dari rumah. So aku akan ke sekolah mak aku untuk makan dan siap-siap untuk ke kelas fardhu ain tu..

Bekal yang mak aku sediakan tu sama macam yang aku sediakan harini. Nasi putih dan ayam goreng, takde sayur sebab kecik-kecik dulu tak suka makan sayur hehe.. Kuah pun takde.. Kelas fardhu ain 3 kali seminggu, makan 3 hari lah aku makan macam tu.. Sedap woooo... Aku tak suka letak kicap ke ape. Suka makan nasik kosong macam tu je... Walaupun simple je bekal yang mak sediakan, tetap sedap sangat rasa dia. Air tangan mak kan?

Rindula dengan masakan mak huhuhu.. Makanan kat Sabah ni tak berapa kena dengan tekak aku huhu.. Masak sendiri pulak, err paham-paham jela. Bukan sedap pun, dah tak reti masak kann... Sabar-sabar.. mak datang minggu depan bolehla makan sepuasnya. Jangan dah beranak sudahlaa ehehehe....

Korang sekolah dulu bawak bekal tak? Selalu bawak bekal ape? :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...