Friday, February 10, 2012

Assalamualaikum,

Takde cerita pun nak share dengan korang tapi sebab kebosanan, izinkanla aku merapu kat sini ye.. Tak nak baca pun takpe. Aku tengah bosan je ni huhu..

Erm harini adik aku post one bad news kat fb. Anak kucing kesayangan satu family dah mati.. Goodbye little Tuti. Tak sempat Mommy Wani nak hug hug kiss kiss huhu.. Cause of death, demam.. And maybe ada jangkitan. Since dia masih kecik, baru berusia 2 bulan, doktor tak dapat nak selamatkan dia. After semalaman dalam ward, dia pergi jua huhu.. Sedih! Dahle dia comel sesangat sobsob...

Boleh baca kisah Tuti and adiknya Fruti di blog adik aku..

Ok, takmo cite sedih.. Mari cerita pasal baby!! :)

Baby dalam perut makin aktif bergerak. Suka suka! Aku suka bila baby gerak. Walaupun kekadang bila dia tendang tulang rusuk aku, pehhh sedap rasanya. Mama ni sure mengaduh kecik ehe... Tapi takpe sayang, mama suka! :) Kalau dia buat tendangan padu di pinggang lagi best. Senak sesenak-senaknya... Sometimes aku rasa my dear baby ni aktif bergerak bila abah ada.. Dengar suara abah je memangla dia non stop bergerak. Galok sungguh! Cuba kalau abah takde (macam sekarang), senyap je dia.. Behave sungguh.. Gerak pun slow slow je. Sekadar menggeliat je.. Anak abah kot nii hehehe..

Now dah masuk 35 minggu 6 hari dah baby dalam perut.. Cepatnye masa berlalu kan? Aku rasa macam baru semalam aku kawin dengan my pumpkin. Macam tak puas lagi ni nak bermanja dengan dia ehehe. Tup tup in few more weeks, anak kami akan dilahirkan, dan kami akan hidup bertiga! Every night sebelum tido, sure aku akan tanya dia dah ready ke blom ni.. Nanti nak tido macamana, nanti sure dua-dua mata merah sebab nak jaga baby etc etc... Tak sangka la pulak dah nak jadi mama ehehe.. 

These few days jugak, asyik dok pikir macamana la keadaannya time aku nak bersalin nanti. Mudah ke payah. Huh, ape-ape pun of course aku berdoa dan memohon pada Allah hari-hari agar semuanya dipermudahkan.. Yang penting both me and baby selamat...

Nak masuk 9 bulan ni, bila baby gerak dalam perut, nun di bawah sana pasti terasa sakit. Huhu kepala baby memang dah kat bawah.. Soon la I guess.. Tunggu Mak Tok & Tok Yah datang ye sayang.. 2 minggu je lagi. Masa tu 37 minggu. Baby keluarla masa 38 minggu ke ehehe.. Bleh pulak nak suruh baby keluar bila-bila ek..

*Haih cuak cuak sudah nii...*

Kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk saya ye? :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...